Pesta Buku 1 Malaysia (PWTC)

Assalamualaikum..

InsyaAllah saya akan berada di pesta buku PWTC pada 2 febuary 2013 ini utk sesi bertemu peminat bg novel saya (Kudakap erat cintamu)

so, kepada sesiapa yg nak sign…bleh la dtg..kita jumpa di sana yeee…

saya datang dalam tengahari ke atas smpai pkul 4.00 petang..hari sabtu yeerrr…

saya datang dari Penang tau..jauh ni..sesiapa yg belum dapatkan lagi novel (kudakap erat cintamu) bolehlah dapatkan di sana…

~see u there~  tata..titi..tutu..

🙂

sinopsis ~ Kudakap erat cintamu

k

ISBN: 978-967-365-145-0
Sem. Malaysia: RM 20.00
Sabah / Sarawak: RM 23.00

Natasha Camelia seorang gadis yang ceria dan hidupnya penuh dengan kasih sayang keluarga. Hari pertama di kolej dia bertembung dengan dua lelaki yang membuatkan dirinya berada dalam dilema. Fariss Haikal membuatkan dirinya bagaikan di awangan, seperti jatuh cinta pandang pertama. Manakala Adam Haziq membuatkan hidupnya haru-biru dan selalu saja bertikam lidah apabila bertembung.

Awak ni boleh duduk diam-diam tak? Dahlah berat macam gajah.”

Hei, aku tak suruh kau angkat aku pun! Dah tahu aku ni berat, janganlah gatal sangat tangan tu nak angkat aku!”

 

“Saya nak tolong dia. Biar saya tolong angkat pula.”

Natasha Camelia memilih Fariss Haikal berbanding Adam Haziq. Adam bertindak menjauhkan diri setelah tahu Natasha Camelia dan Fariss Haikal bercinta. Namun, saat Natasha Camelia berada dalam kesedihan, kesakitan atau kesusahan, Adam Haziq akan menjadi orang pertama yang akan muncul menyelamatkan keadaan.

Langit tak selalunya cerah. Perhubungan Natasha Camelia dan Fariss Haikal dilanda badai. Saat hati Natasha Camelia dilanda rawan, timbul pula isu anak angkat dan dirinya dihalau keluar dari rumah. Di sini, Adam Haziq bertindak sebagai pelindung.

Saat hati Natasha Camelia terpaut dengan kebaikan yang ditunjukkan Adam Haziq, saat hati sudah mula rasa sayang, saat cinta antara mereka sudah mula bertaut, muncul kekasih lama Adam Haziq menagih kasih. Fariss Haikal juga muncul kembali, menagih kasih yang terputus di tengah jalan.

Apakah cinta yang baru wujud dalam diri Natasha Camelia dan Adam Haziq akan terpaut? Atau Natasha Camelia akan mengalah dan kembali membiarkan cinta Fariss Haikal kembali kepadanya? Atau akan ada permata lain yang akan menyinari hidupnya? Mampukah Natasha Camelia mendakap cinta yang sempurna untuknya?

Terbit DEC 2012

Assalamualaikum…

dah lama rasanya tak update apa-apa entry..di sini sy nk maklumkan, novel – Kudakap erat cintamu akn ada di pasaran pada bulan december ini keluaran FAJAR PAKEER..

untuk entry novel-Luruhnya bunga-bunga cinta…saya akan masukkan secepat mgkin…sebenarnya saya sedang cuba menghabiskan manuskrip ini secepat mungkin untuk di nilai pihak penerbitan…so stay tune ~~~

Di bawah, saya sertakan pic cover novel pertama saya…kepada peminat cerita ini, harap dapat berikan sokongan..n jgn lupa beli k…

lepas baca keseluruhan cerita…hope dpt berikan feedback..sama ada cerita ok atau ko….saya accept segala kritikan utk kemajuan penulisan saya… 🙂

ENJOY READING!!untitled

Bila terbit?

Assalamualaikum…  🙂

Info terbaru tentang novel – Kudakap Erat Cintamu…

InsyaAllah, Novel ini akan di terbitkan antara bln December 2012 atau January 2013…Under penerbitan Fajar Pakeer

Pada pengikut novel ni, harap dapat berikan sokongan dengan dapatkan novel ini di pasaran tak lama lagi k…

Saya akan update perkembangan untuk novel ni bila dh dapat info lagi k..Buat masa ini, ini saja info yang ada..

So, tunggu k..  🙂

Love,

hidayah

Update Story…2

Sedikit sedutan dari bab 45…

~Ku Dakap Erat Cintamu~

I’m so stupid” ayat itu yang terkeluar dari mulut aku sekarang ni.

Baby” aku memalingkan wajahku. Ya, great semua pun ada kecuali mama.

“Selama Tasha hidup di dunia ni, Tasha paling menyesal satu perkara, Tasha menyesal Tasha pernah di besarkan dalam keluarga ni” air mata aku tumpah lagi. Aku terus melangkah ingin meninggalkan semua sandiwara ini.

“Adik, nanti dulu” abang Imm cuba menghalang.

Don’t call me adik again. I’m not your sister anymore. Abang Adam, jom balik. Tasha tak sanggup duduk sini lama-lama. Terlalu banyak drama”

“Adik, dengar sini. Pandang muka abang” abang Imm pegang erat bahu aku. “Mungkin kita bukan adik beradik sedarah sedaging, tapi untuk pengetahuan adik, kita adik beradik susuan, mama pernah susukan adik. Kita tetap akan jadi adik beradik sampai bila-bila” perlahan suara abang Imm.

“Kalau betul abang anggap Tasha sebagai adik, kenapa selama Tasha pergi tak ada seorang pun yang cari Tasha. Kenapa??” sunyi sepi semuanya. “Ya, of course sebab semua dah ada pengganti Tasha. I’m forgot” aku menepuk dahi.

Aku dah penat dengan semua ni, kenapa aku masih mengharapkan pada perkara yang tak pasti. Bodoh betul aku ni.

“Hey, jangan nak buat kesian kat sinilah” tiba-tiba suara yang aku paling benci bersuara. Farhana, kenapa kau selalu nak menghancurkan hidup aku.

Aku terus bergerak menuju ke arahnya. Dah lama sangat aku sakit hati dengan perempuan ni. Ada juga yang makan kasut kot. Sekali lagi saja dia buka mulut cakap sesuatu yang menyakitkan hati aku, confirm aku penampar muka dia. Dah lama dah aku tunggu saat tangan aku mendarat dekat muka dia.

“Kenapa, kau ingat aku takut dengan kau??”

Pang!! tamparan sulung aku terus mendarat di muka dia yang cantik tu. Memang tak di nafikan dia memang cantik.

“Tasha” abang Adam terus manarik aku dari terus menampar muka perempuan yang telah menghancurkan kehidupan aku yang aman selama ini.

“Berani kau tampar muka aku” Farhana terus menghayunkan tanggannya untuk membalas tamparan aku.

Belum pun sempat tanggannya mendarat di pipi aku, tanggannya dah di halang oleh Fariss. Ya, Fariss Haikal. Lelaki yang pernah menghancurkan harapan aku. Memusnahkan segala impian aku.

“Carl, you pun nak bela perempuan tak guna ni” Farhana menjerit ke arah Fariss Haikal.

“Apa semua ni??” aku mengalihkan pandangan aku memandang ke arah empunya suara.

Air mata aku terus mengalir sebaik terpandang wajah yang aku rindui itu. Terlari-lari Farhana merapatkan diri pada mama

“Mama, perempuan tak guna tu tampar Hana. Mama tengok, pipi Hana dah merah-merah dah” Farhana mengadu pada mama, perkara yang selalu dia lakukan saat aku masih tinggal bersamanya lima tahun dahulu.

Suasana menjadi sepi seketika, air mata aku mengalir dengan laju. Aku teringin sangat untuk memeluk mama. Aku nak sangat mama membela aku tapi aku tahu semua itu hanya angan-angan yang tak mungkin akan tercapai. Aku bukan lagi sesiapa pada dirinya. Aku berdiri kaku saat mama melangkahkan kakinya merapati aku, dalam hati aku, aku berdoa semoga langkah kaki mama mendapatkan aku untuk memeluk aku tapi sangkaan aku benar-benar meleset sama sekali.

Pang!!

Satu tamparan hinggap di pipi aku. Semua orang tercenggang melihat keadaan aku. Aku diam tanpa sebutir suara pun yang keluar dari mulut aku tapi dapat aku lihat Farhana tersenyum puas melihat situaisi ini.

~part paling tragis~

enjoy!! 🙂