Luruhnya Bunga-bunga Cinta 15

BAB 15

TIDUR aku terganggu gara-gara deringan telefon bimbit yang kuat memecah kesunyian di dalam bilik aku.

Perlahan aku cuba mencelikkan mata untuk melihat jam yang tergantung indah di dinding bilik aku. Kenapa indah? Mestilah indah, sebab jam dinding aku berbentuk rama-rama. Comel sangat! Jadi, dalam keadaan samar-samar yang hanya berpandukan cahaya dari lampu tidur, aku cuba sedaya upaya membuka mata aku seluas-luasnya untuk melihat waktu sekarang sudah menujukkan pukul berapa.

Aku bersusah payah macam ni sebenarnya ada sebab, sebabnya hanya satu, aku nak pastikan betul-betul aku tak tersilap nak marah-marah orang yang menggangu tidur aku sekarang ni. Kejap lagi kalau aku angkat telefon sambil marah-marah, tapi sebenarnya aku yang dah terlewat bangun, kan dah memalukan diri sendiri. Baik aku sediakan payung sebelum hujan daripada sediakan tempurung untuk sorokkan muka aku sebab malu kan!

Okay!! Jam aku baru pukul 6.00 pagi. Selalu aku bangun pukul 6.30 pagi tepat. Awal setengah jam okay. Kalau panggilan ni memang tak penting langsung! Aku akan mengisytiharkan perang kerana telah menganggu tidur puteri Zarra Amanda.

Aku capai telefon bimbit yang di letakkan di atas meja kecil di sebelah katil aku.

‘Sayang’!! Eh, sayang mana pula yang call aku pagi-pagi ni.

“Assalamualaikum,” ujar pemanggil di sana.

“Waalaikumusalam. Eh, boleh saya tahu, awak ni sayang mana ye?”

“Sayang?”

“Iyalah…dah dekat phone saya tertera nama sayang. Itu sebab saya tanya, awak ni sayang mana? Setahu saya, saya tak ada pun kawan yang nama sayang. Awak ni dah silap nombor kot ni?” tanya aku lagi.

“Hahahaha…hahaha..”

Kedengaran bunyi ketawa yang kuat. Apa yang lucu sangat pun aku tak tahu. Aku tanya aje, bukannya aku buat lawak antarabangsa pun. Tapi kalau ya pun, aku nak buat lawak, tak adanya aku nak buat lawak pagi-pagi buta. Agak-agaklah kan!

“Eh hello En. Sayang. Kenapa awak ketawa pulak! Saya tak buat lawak pun okay. Saya tanya betul-betul ni?”

Ini yang aku pantang ni, dah lah menganggu tidur aku pagi-pagi. Lepas tu, bila aku tanya, tak nak jawab pula. Ingat aku ni suka hati sangat agaknya nak dengar gelak dia pagi-pagi. Lena lagi syok tau!

“Awak set nama saya sayang ye dekat phone awak? Sayang jugak awak dekat saya kan? Tapi saya lagi sayang banyak dekat awak tau!”

‘Zapp!!!’

Aku seperti terkena renjatan elektrik sebaik menghayati setiap bait-bait perkataan yang keluar dari suara si pemanggil.

OMG!!OMG!! Boleh malu setahun macam ni. Macam mana ni? Ya Allah, macam mana aku boleh mamai sampai macam ni sekali.

“Kenapa awak diam je? Awak okay tak ni? Cakaplah! Tadi awak cakap banyak sangat, dah kenapa pulak tiba-tiba diam macam ni?”

Soalan yang bertubi-tubi dari dia membuatkan aku rasa kejang seluruh badan, muka aku dah rasa tebal sepuluh inci. Aku tampar-tampar pipi aku kuat. Harap-harap tak rasa sakit, dan harap sangat ni semua cuma mimpi ngeri saja. TAPI…bila di tampar-tampar pipi sendiri. Perit kot! Maknanya memang ini realitilah. Waaaaaa…mak…ayah…kakak malu!!

Ini saja jalan penyelesaiannya yang dapat aku fikir buat masa sekarang. “Hello..hello..tak dengarlah..line tak clear..hello..hello..”

‘Klik’ aku tutup telefon aku laju.

“Malunya!!!” Aku jerit kuat sambil sembamkan muka aku dia bantal. Iyalah, kalau tak buat macam tu, mahu bergegar satu rumah dengar aku terjerit-jerit pagi-pagi. Tak pasal-pasal malu lagi setahun pula kan.

Aku tengok jam dah menunjukkan pukul 6.20 pagi. Ada lagi sepuluh minit. Tidur baliklah untuk kurangkan tekanan perasaan yang malu tadi!

Tapi..Iyalah sangat nak tidur kan, bila pejamkan mata aje, terbayang-bayang insiden perbualan di telefon tadi. Ishhh…macam manalah aku boleh tak perasan suara dia. Satu hal lagi, kenapa pula aku boleh lupa nak tukarkan balik nama sayang kepada Zareef ke, lelaki ego ke kan…bak kata Shuip Sepahtu, ‘Pening ar’…

‘Tuk…tuk..tuk..’

Bunyi ketukan pintu mengejutkan kau yang tengah mengelamum jauh memikirkan betapa bodohnya aku.

“Kakak tak bangun lagi ke?” terdengar suara mak.

“Ya mak! Kakak dah bangun dah mak. Baru nak mandi,” jawab aku sambil bangun membuka pintu bilik.

“Baru nak mandi?”

“Awal lagi kan?” tanya aku bila dah berhadapan dengan mak.

“Awal lagi kamu kata? Pergi tengok jam dah pukul berapa sekarang?” arah mak.

Dengan malasnya, aku menoleh semula ke dalam bilik untuk melihat jam dinding.

“Oh no!! Bila masa pulak jam ni dah pukul 7.00, tadi kakak tengok baru pukul 6.20. Biar betul! Jam tu dah rosak kot,” aku mula gelabah.

“Itulah…lain kali, bila dah bangun, jangan tidur balik. Jadi macam inilah,”

“Kakak mana tidur balik pun mak,” sempat lagi aku menjawab sambil tergaru-garu kepala yang tak gatal.

“Kalau tak tidur, beranganlah tu kerjanya,”

“Eh, macam mana mak tahu?”

“Mahu tak tahu, kalau dah hari-hari memang berangan saja kerjanya!” adik tiba-tiba menyampuk sebaik keluar dari biliknya. Segak bergaya dah nak ke kelas.

Aku hanya mencebikkan mulut. Malas nak bertengkar pagi-pagi. Tak masuk rezeki aku hari ni kalau dah bangun dari tidur saja terus nak bercakaran dengan adik sendiri kan!

Eh…eh..baik pula aku kali ni. Sebenarnya sebab memang aku tengah berangan pun kan. Itu sebab malas nak bertekak dengan adik.

“Dah…dah…cepat mandi!” gesa mak laju.

“Okay mak. Kakak menurut perintah! Dengan secepat kilat kakak bersiap! Don’t worry be happy!”

“Jangan bersiap saja. Qadha balik subuh yang kamu tak sempat nak solat subuh tadi”

“Mana mak tahu kakak tak solat lagi?” confius aku, semuanya mak tahu. Mak pasang CCTV ke apa dalam bilik aku ni. Boleh jadi ni!

“Semua perangai kamu dah ada dalam poket mak, kakak! Dah…cepat pergi mandi!” mak menolak tubuh aku perlahan.

Aku pun apa lagi, laju saja mencapai tuala dan menuju ke bilik air. Untung jadi anak perempuan tunggal. Dapat bilik tidur yang ada bilik air di dalamnya. Special dari anak-anak lelaki ayah. Yang paling penting, tak payah susah-susah nak berebut dengan orang lain.

Seusai sudah aku menyiapkan diri untuk ke pejabat. Perkara pertama sebaik keluar dari bilik adalah menuju ke meja makan. Agenda yang sangat penting! Hohoho…perut dah berbunyi sakan dah ni. Agak-agak apalah menu yang mak masak pagi ni. Bau macam sedap aje!

Nyum…nyum…mak masak nasi lemak! Menyelerakan sekali. Itu baru tengok belum lagi rasa. Memang ‘meletop’ lah.

“Eh…dah lewat dah ni. Nah! Mak dah masukkan nasi lemak ni dalam bekas. Kakak makan di pejabat je lah. Tak baik buat orang tunggu lama-lama.” Serentak itu tangan mak menghulurkan bekas makanan ke tangan aku.

“Tunggu apa mak ni? Tak paham kakak. Hari ni kakak masuk lewat sikitlah. Bukan kakak selalu lewat pun, sekali sekala, dua kali dapat pahala! Betul tak mak?”

Mak dah geleng-gelengkan kepala.

“Kejap lagi kakak call bos kakak, inform dia kata kakak masuk kerja lewat ada hal yang tak dapat di elakkan.” Aku terus tarik kerusi untuk duduk di meja makan.

“Tak payahlah!” mak tarik tangan aku.

Aku pelik! Dah kenapa mak ni. Tak pernah-pernah kena halau dengan mak sendiri. Tetiba pagi ni kena halau pula. Ada yang tak kena ni. Tapi tak apa, aku ikutkan juga rentak mak.

Aku sempat peluk cium mak sebelum melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta.

“Nanti tolong peluk cium ayah bagi pihak kakak tau,” saja aku mengusik mak. Ayah pagi-pagi memang tak pernah lekat di rumah. Ada saja agenda dia.

“Tak payah suruh pun mak memang dah selalu buat dah.”

Hah! Ambik kau! Nak mengusik sangat. Aku gelak aje lah. Malu pula rasanya!

Bila aku tekan saja kunci kereta. Mak menegur aku dari belakang.

“Ada barang yang tertinggal ke kakak?” tanya mak.

Bertambah pelik pula jadinya melihat situasi ni. Aku renung wajah mak lama cuba mentafsir maksud di sebalik kata-kata mak.

“Tu Zareef dah lama tunggu kakak kat luar tu. Katanya nak pergi kerja sama-sama dengan kakak. Mak ajak masuk makan, dia cakap dah makan sebelum keluar tadi.”

Laju kepala aku menoleh memandang ke arah luar. Alamak! Automatik aku rasa kulit muka aku tiba-tiba menjadi tebal macam kulit buaya pula rasanya. Malu memikirkan insiden perbualan pagi tadi antara aku dan dia.

Mak! Kakak tak nak pergi kerja dengan dia! Aku macam nak berbisik saja di telinga mak. Tapi mengingatkan sikap mak yang terang-terang tak akan menyokong tindakan aku, aku diamkan ajelah. Jerit sajalah dalam hati! Tapi…Malu..!

“Mak! Kakak rasa macam tak sedap badanlah. Macam nak demam. Kakak tak nak pergi kerjalah. Kejap lagi kakak ambik MC.” Laju aku nak masuk ke dalam rumah semula.

“Kenapa ni?”

Adeh..bila masa pula dia masuk dalam rumah ni. Tadi bukan kunci ke pintu pagar! Sikit pun aku tak tengok muka dia. Malu beb! Rasa macam nak menyorok bawah kereta aje.

“Entah kakak ni. Tiba-tiba dia rasa tak sedap badan pulak,” mak sudah meletakkan tangannya ke dahi aku.

“Tak sihat? Jomlah kita ke klinik. Saya temankan,”

“Eh, tak payahlah. Awak pergi kerja dulu. Saya tunggu ayah saya balik, nanti dia boleh bawak saya ke klinik. Awak pergilah dulu! Nanti lewat pulak masuk kerja.”

‘Pergilah cepat!’ gesa aku dalam hati.

“Jangan nak mengada-ngada kakak!” marah mak. “Zareef tolonglah bawa Zarra pergi jumpa doktor dulu. Maaf makcik susahkan Zareef pula. Kalau nak tunggu pakcik balik, tak tahu pula pukul berapa. Makcik mintak tolong Zareef sajalah ye?”

“Boleh makcik, tak menyusahkan saya pun. Saya sendiri sanggup nak tolong. Jom Zarra!”

Perlahan aku melangkah beriringan dengan dia. Perasaan aku? Tolong jangan tanya sebab aku rasa macam nak buat-buat pengsan saja sekarang ni sebab tak tahu macam mana nak berhadapan atau pun berdua-duaan dengan dia saja.

Macam mana ni! Nak sampai dekat kereta dia dah. Idea tolonglah datang dengan kadar yang segera! Tapi kan agak-agak, kalau aku betul-betul buat-buat pengsan ada orang tahu tak? Nak cuba tak?

Wahhh!!! Dapat Duit!!

Assalamualaikum semua..

 Entry kali ni bukan nk update next bab untuk luruhnya bunga-bunga cinta tapi nak share something yang istimewa..

 Semalam check mr.tiger (MAYBANK2u), tengok-tengok ada duit masuk dari SHAKLEE uoals…Teruja sangat tau!! Saya ni baru nak berkecimpung dengan dunia bisnes SHAKLEE, mana tau baru bulan pertama, dah dapat income (RM XXX) tiga angka tau!! Sapa nak bagi kan tengah-tengah bulan macam ni.!! Boleh jugak buat berjoli beli barang idaman hati..

 Kalau ada sesiapa berminat nak jadi macam saya. Bolehlah komen kat bawah ni. Boleh saya ajar anda, kamu, awak sekalian cara-cara nak dapatkan income dengan SHAKLEE..

 APA ITU SHAKLEE?

  •  SHAKLEE ni adalah vitamin untuk kesihatan.
  • Saya sendiri makan Vitamin C, Vitamin E, Alfafa dan ESP (Protein).

 UNTUK APA?

  •  Of course laaa untuk cantik dan kesihatan yang baik.

 APA LAGI YANG ADA?

  •  Macam-macam ada! ! Nak apa?

 1.SET SLIMMING

2. SET KECANTIKAN

3. SET PENYUSUAN

4. SET BERPANTANG

5. SET GASTRIK

6. SET GOUT

7. SET MIGRAIN

8. SET RESDUNG

9. SET KESUBURAN

10. SEGALA set untuk masalah apa pun adalah…pendek kata, SEMUA ADA..!!!

 MAHAL KE?

  •  Tak mahal langsung. Sb sangat berbaloi2. Saya jual mmg harga ahli sb saya nak point saja ye.. Ok, saya bagi contoh vitamin yang saya consume aje ye..

1. VITAMIN C – 500mg

  • HArga ahli = RM 74 (180 biji)
  • Makan sehari sebiji jaa..RM74 (tahan 6bulan)
  • Maksudnya, sebulan korang Cuma spend RM 12.50 saja… (Syok kan)

2. VITAMIN E

  •  HArga ahli = RM 119 (120 biji)
  • Makan sehari sebiji jugak..RM119 (tahan 4bulan)
  • Maksudnya, sebulan korang Cuma spend RM 29.80 saja… (Double Syok kan)

3. ALFAFA (Small size)

  •  HArga ahli = RM 43 (330 biji)
  • Makan sehari 6 biji..3biji after lunch n 3 biji after dinner..buang lemak ni…RM43 (tahan 2 bulan)
  • Maksudnya, sebulan korang Cuma spend RM 23.50 saja… (Triple Syok kan)

 4. ESP (Yang ni HOT ITEM!! Okay)

  •  HArga ahli = RM 121 (850gram)
  • Sehari satu scoop saja untuk maintain kesihatan & kecantikan.
  • Tahan 2~3 bulan.

 Amacam!! Kalau rasa tertarik kau memang Dabomm!! Boleh laaa, email or sms saya untuk keterangan lanjut..

 Kat bawah ni saya tunjuk kebaikan-kebaikan vitamin yang saya consume..

ESP vita-c plus vitamin E poster enarmax group copy alfalfa enermax family copy

Luruhnya Bunga-bunga Cinta 14

Luruhnya bunga2 cinta

BAB 14

SEPANJANG perjalanan balik ke rumah, aku hanya mendiamkan diri. Berfikir apa strategi yang dia maksudkan. Seriously perasaan ingin tahu membuak-buak macam nasi yang tengah mendidik. Aiseh, bermadah helah pula aku ni.

“Lepas mandi nanti. Tolong mak kat dapur. Masak sedap-sedap. Kejap lagi Zareef nak datang makan tengahari,” ayah mengeluarkan arahan.

“Eh, apa pulak kakak yang kena masak. Tak nak lah! Kakak nak berehat. Biar je lah mak masak sorang-sorang. Kakak letihlah ayah! Tengok ni ayah, tangan pun kakak dah tak larat nak angkat” Aku mula buat muka kesian sengaja mencari alasan.

“Jangan nak mengada-ngada. Kakak tu perempuan. Bila jadi perempuan kenalah turun ke dapur.” Ayah mulalah nak bersyarah.

“Kakak tak ada mood lah. Nak masak untuk Zareef pulak! Tak nak lah kakak buat semua tu. Dia bukannya ada apa-apa hubungan pun dengan kakak. Lainlah kalau dia kekasih kakak ke, tunang ke, tak pun dah jadi laki kakak ke. Kalau macam tu okaylah. Ayah tak payah susah-susah suruh pun, kakak dengan rela hatinya masak sedap-sedap untuk dia tau,”

“Belajarlah tambat hati dia kakak. Ini tak, asal jumpa aje. Bertekak! Pening ayah tengok perangai kamu berdua. Ayah ingatkan kamu berdua dah berbaik-baik lepas kes kamu masuk hospital hari tu. Ini tak, nampak gayanya macam makin menjadi-jadi pulak,”

“Apa ayah kata tadi? Tambat hati dia? Tolonglah…tak ada maknanya nak tambat hati dia. Tambat dia terus dekat tiang bolehlah. Senang sikit hidup kakak. Aman sentosa,”

“Kamu ni kakak, ayah cakap sepatah. Kamu jawab balik berpatah-patah. Nak menang saja kamu tahu. Belajar-belajar cuba mengalah sama,”

“Jadi anak ayah kenalah tegas!”

“Ha..tengok tu. Menjawab lagi!”

Aku tertawa besar bila ayah cuba mengeletek aku.

“Ayah…! Kakak tengah drive ni,”

“Ayah geletek sikit je, yang kamu sampai mengeliat badan-badan siapa suruh,”

“Ha..!! Tengok! Ayah pun sama. Nak menang saja. Jadi, makna kata, ayah lagi teruk laaa. Kakak tak pe, muda lagi,”

“Sepatutnya orang mudalah kena dengar cakap orang yang lebih tua. Tapi kamu ni, nak suruh ayah yang tua pulak yang dengar cakap kamu yang muda,”

“Okaylah ayah yang tua. Kakak yang muda akan menurut perintah.” Aku sempat ketawa besar lagi bila ayah cuba menarik telinga aku sebab kata ayah tua.

Sebaik sampai di hadapan rumah, aku terus meluru keluar dari kereta. Sebabnya, ayah memang sedang cari peluang untuk tarik telinga aku.

“Ha!! Kenapa pulak ni dua beranak ni?” tanya mak bila aku bertembung dengan mak di depan pintu.

Cepat-cepat aku menyorok belakang mak bila ayah semakin dekat menghampiri aku.

“Ayah ni haa!! Dia kata kakak ni asyik nak menang je. Padahal ayah tu pun sama.”

“Mestilah, cuba kamu pergi tuang kuah dalam nasi,”

“Ha..!!” Pelik aku di buatnya bila mendengar apa yang mak cakap.

“Ye laaa..mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi!!”

Aku tepuk dahi aku. Apalah mak ni, buat suspen aje tiba-tiba suruh pergi tuang kuah dalam nasi. Nak berperibahasa rupanya mak aku yang sorang ni.

“Maksud mak? Perangai kakak ni turun menurun dari ayah la kan? Kiranya, kakak tak salah lah. Dah ayah perangai macam tu, sudah semestinya anaknya pun perangai macam tu. Kan mak kan??” Aku kenyit mata pada mak.

“Banyaklah kamu punya turun temurun. Dah..dah..masuk pergi mandi, lepas tu tolong mak kamu masak.” Ayah sudah mengeluarkan kuasa ‘veto’ nya dengan memaksa aku menurut perintah.

“Baiklah ayah!” Aku sengaja buat ayat skema.

“Ish..budak ni! Memang nak kena geletek sampai pengsan ni!”

Ayah dah mula nak kejar aku. Aku apa lagi. Mulalah lari mengalahkan pelari pecut 100 meter. Berdesup saja lari menyelinap masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu rapat.

Fuhh..aku menarik nafas panjang. Tercunggap-cunggap juga dibuatnya. Lega dah! Yang tak leganya, kejap lagi nak kena masak untuk Putera Raja yang nak datang ber ‘santap’ dekat rumah aku pula! Putera Raja lah sangat. Raja apa, Raja Kapoor!!!!

*******

SEDANG asyik aku memasak dengan penuh kusyuknya, ada pula yang mengacau. Potong mood aku betullah budak ni!

“Hai kakak! Syok nampak!”

“Sibuk!” Malas aku nak melayan kerenah adik aku ni. Nanti makin menjadi-jadi pula dia mengusik aku.

“Buah hati nak datang makan lah katakan!”

“Apa buah hati! Kakak nak masak, nak bagi kau makan lah. Lagi banyak bunyi pulak!”

“Ye ke kak? Tapi kan kak, ayah kata kakak tengah masak untuk bakal suami kakak. Siapalah lelaki yang malang tu ye kak? Kesian dia!”

Haih..budak ni. Aku dah bercekak pinggang dah ni. Aku nampak kecil besar kecil besar je budak ni. Selalu senduk yang aku pegang ni, guna untuk masak. Nanti tak pasal saja senduk yang aku pegang ni jadi rotan kot kejap lagi.

“Kau keluar sekarang. Jangan menyibuk dekat dapur ni! Nanti adik, dengan kau kau sekali kakak potong buat sup daging. Nak?”

“Nyum..nyum..sedapnya! kakak buat sup daging berperasa cinta suci murni!”

Siap dengan gaya-gaya lagi adik aku sorang ni. Haih, geram aku di buatnya!

“Adeh..adeh…sorry..sorry…tak kacau dah!”

Ha!! Tahu pun takut. Dah kena tarik telinga sampai nak putus barulah nak menyesal.

“Dah! Pergi! Mak mana? Ayah kata suruh kakak tolong mak je. Ini nampak gayanya macam kakak sorang aje yang masak. Sengajalah tu!” Aku mula membebel.

“Mak tengah berasmaradana dengan ayah dekat depan tv. Biarlah dorang nak bermanja-manja. Kakak masaklah sorang-sorang. Kekasih kakak jugak yang nak datang makan kan?”

“Ooo..mak dengan ayah berpakat lah tu nak biar kakak masak sorang-sorang. Dah..dah..adik tolong kakak!”

“Eh, tadi halau orang. Sekarang nak mintak tolong pulak! Tak malu ye?”

“Ikut suka! Tak nak tolong tak pe lah. Kejap lagi time makan, adik keluar lah makan dekat kedai ye! Sebab bahagian adik, Zareef dah ambil alih.” Jawab aku selamba sambil terus sambung memasak.

“Itu aje lah yang kakak tau, ugut..ugut..ugut!! Haih, tension betul! Nak tolong buat apa ni?”

Aku tersengih sengih, menjadi juga rupanya ayat aku.

*******

TERHIDANG sudah masakan aku yang tak seberapa ni di atas meja makan. Hebat betul pembantu chef aku hari ni. Memang ‘meletop’ lah hiasan adik untuk makan tengahari hari ni!! Tapi jangan risau, aku tetap ada buat sesuatu yang special untuk ‘Putera Raja Kapoor’.

“Jemputlah Zareef, jangan malu-malu. Anggap saja macam rumah sendiri,” ayah mengajak dia duduk di meja makan.

Tanpa segan silu, dia dengan selamba menarik kerusi untuk duduk bersebelahan dengan aku.

“Sanalah! Duduk sebelah adik.” Aku tolak badan dia.

“Kenapa? Ada orang ke duduk sini?”

“Ada!!” Jawab aku selamba.

“Kakak, tak baik buat tetamu kita macam tu. Zareef, kamu duduk je mana-mana tempat yang kamu suka. Tak ada sesiapa dah pun. Jangan di dengar sangat cakap Zarra tu.” Ayah menyampuk. Eleh, sukalah tu.

“Tak apa pakcik, saya duduk sebelah Aiman je. Bolehlah makan mengadap muka tuan puteri jelita ni. Berselera sikit saya nak makan,”

Uwekk!! Jiwang karat pula. Tak dapat lagi, bolehlah puji melangit. Mengada betul! Tunggulah nasib kau kejap lagi.

“Jemput makan Zareef. Jangan malu-malu. Hari ni Zarra masak special untuk Zareef,”

Aiseh ayah ni. Selamba je macam tengah melelong anak. Agak-agaklah! Kalau ya pun, dia ni calon menantu pilihan ayah tapi tak semestinya calan suami pilihan aku lagi.

“Betul abang, hari ni kakak masak dengan penuh kasih sayang. Tersenyum-senyum aje masak hari ni. Buah hati nak datang makanlah katakan,” adik turut menyampuk.

Aku dah menjengilkan mata pada adik. Memang nak kena budak sorang ni. Sibuk aje kerjanya. Adik pun cuba nak buat promosi untuk aku ke? Ingatkan aku ni perempuan yang dah tak laku ke apa.

Malas aku nak melayan, aku bangun untuk mengambil air minuman di dapur. Lupa sebenarnya! Hehe. Ini yang special nya sebenarnya. Bancuhan minuman istimewa aku untuk ‘Putera Raja Kapoor’.

Perlahan aku meletakkan gelas-gelas minuman untuk setiap orang. Air orange yang sejuk. Sedap ni bila minum tengahari macam ni. Lega tekak tapi untuk dia, aku tak tahulah boleh lega ke tidak tekaknya!

Aku duduk semula ke tempat duduk aku. Perlahan aku hirup air minuman aku sambil mata aku sempat menjeling ke arah dia yang turut mengambil gelas minuman di depannya. Berdebar-debar perasaan aku. Itulah, buat jahat lagi.

Sebaik saja dia meneguk air di dalam gelas tu, terus dia terbatuk-batuk sampai tersembur-sembur air liur. Merah padam muka dia. Adik cepat-cepat mengurut perlahan belakang dia cuba meredakan batuk dia yang berlarutan agak lama. Aku nampak air mata turut bergenang menahan batuk yang teruk. Aku masih buat muka selamba tapi dalam hati tiba-tiba terbit rasa bersalahlah pula. Kalau dia mati tersedak tadi, naya saja aku.

“Okay tak Zareef? Kenapa tiba-tiba batuk ni? Sebab air tu ke?” Ayah terus minum air depannya.

Dada aku makin berdebar-debar. Aku dapat rasakan perubahan air muka aku. Pucat dah aku rasa. Kalau ayah tahu, teruk aku kena marah macam ni.

“Okay je air pakcik. Air kamu ke yang bermasalah. Kakak ada masukkan apa-apa ke dalam air Zareef?” tanya ayah tegas tanpa berselindung.

“Ha!!” Aku terkesima.

“Eh, taklah pakcik. Air ni okay je,” dia bersuara membela aku.

“Sini gelas kamu, pakcik nak rasa!”

Dup..dap..dup..dap..degup jantung aku ketika ini, tersangatlah laju. Berdebar-debar. Badan pun dah rasa seram sejuk. Kalau ayah ambil gelas minuman dia, memang teruk aku kena marah dengan ayah kejap lagi.

Sebaik aku nampak dia mengambil gelas untuk di berikan pada ayah. Aku memejamkan mata. Berserah sajalah apa pun akan terjadi lepas ni. Silap haribulan, penampar ayah boleh naik di muka aku.

“Sedap!!”

Aku buka mata aku laju. Luluh hati aku bila melihat dia meneguk habis air orange yang ada di dalam gelas itu. Aku nampak wajah dia, cuba menahan dari menunjukkan riak wahah yang teruk kerana meminum air orange yang telah aku campurkan dengan garam dan bukannya gula. GARAM!!

“Lapar sangat dah ni, saya makan dulu,” ujar dia sambil tersenyum memandang ayah.

Perasaan aku ketika ini, berbelah bagi. Menyesal kerana bertindak secara membuta tuli dan dia pula cuba sedaya upaya menyelamatkan aku dari di marahi ayah jika ayah tahu aku yang menyebabkan dia tersedak teruk.

Selera aku hilang bila mengenangkan tindakan bodoh aku tadi. Aku hanya menguis-nguis nasi di pinggan tanpa menjamahnya sedikit pun.

“Kenapa tak makan? Sedap ni! Pandai Zarra masak. Lain kali bolehlah saya datang makan masakan Zarra lagi ye. Sedap sangat.” Ujar dia berselera.

“Kalau sedap, tambah lagi Zareef. Jangan malu-malu. Banyak Zarra masak ni.” ujar ayah seraya memberikan nasi tambah untuk dia.

Aku hanya memandang dia dengan perasaan yang bersalah.

Seusai semuanya selesai menjamu selera. Aku mengemas semua pinggan mangkuk di atas meja untuk di bawa ke sinki. Sedang kusyuk aku membasuh, dia datang menghampiri aku.

“Kenapa tadi saya nampak awak macam tak selera je? Sebab saya ada ke?” perlahan dia menuturkannya.

Aku hanya gelengkan kepala.

“Betul ke awak terlalu bencikan saya?”

Tangan aku terus terhenti dari terus membasuh pinggan. Entah kenapa, aku jadi sebak secara tiba-tiba.

“Saya minta maaf,”

“Maaf untuk apa? Awak tak ada salah pun dengan saya. Saya yang sepatutnya minta maaf. Saya betul-betul sayangkan awak Zarra. Andai kata, racun yang awak beri, saya sanggup habiskan juga kalau itu yang membuatkan awak gembira,”

Serentak itu, air mata aku mengalir juga membasahi pipi. “Saya tak nak awak matilah! Jangan cakap bukan-bukan boleh tak? Sekarang ni, sepatutnya saya yang perlu minta maaf. Saya tak sepatutnya bertindak macam tadi. Saya betul-betul minta maaf,”

“Dah..dah..jangan menangis macam ni. Saya sedih nampak air mata awak. Saya tak salahkan awak pun. Kalau dengan cara tadi saja dapat buat awak lembut hati dan terima saya semula. Saya sanggup minum bergelas-gelas lagi untuk dapatkan awak semula,”

Aku tersenyum bila dia menyapu air mata aku dengan tangannya. “Betul ke awak nak minum bergelas-gelas lagi? Saya buatkan sekarang ye?” sengaja aku mengusik dia.

“Eh, nakal ye!” dia cuit dagu aku lembut.

Aku hanya ketawa tapi tetap berharap esok masih ada kejutan dari dia buat aku seperti yang di janjikan walaupun aku dah berbaik semula dengan dia. Hehe. Tamak rupanya aku ni.

Luruhnya bunga2 cinta

BAB 13

HARI minggu macam ini, pagi-pagi lagi aku akan ikut ayah keluar beriadah bersama-sama menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan peluh yang dah lama bersarang dalam tubuh aku ni. Biar keluar semua toksin. Seperti biasa, kalau hari minggu, kami akan jogging di Taman Reakrasi yang berdekatan.

“Ayah…hari ni kakak nak lari sampai tiga round,” ujar aku dengan yakinnya sambil mula membuat senaman ringan dengan merenggangkan otot-otot tangan dan kaki terlebih dahulu sebelum memulakan larian.

Ayah cuma mencebik. Eleh, tak percaya cakap akulah tu. Apa ingat aku ni lemah sangat agaknya!

“Kenapa? Dah tak percaya pada kemampuan anak sendiri ke?”

“Sebab anak sendiri yang cakaplah, yang membuatkan ayah kurang percaya. Kalau anak orang lain mungkin ayah percaya,” jawab ayah tersengih-sengih.

“Okay! Ayah tunggu dan lihat! Jangan terkejut sudah!” kata aku dengan semangat yang waja.

Aku mula berlari-lari anak apabila sudah selesai membuat senaman ringan. Tapi malangnya, sebaik larian aku masuk pusingan kedua saja, nafas aku sudah mula tersemput-semput. Sambil berlari, kedua-dua belah tangan aku mula memegang pinggang yang dah hampir ‘krem’. Ini baru separuh pusingan kedua tetapi kaki aku sudah menghentikan langkah dari meneruskan larian.

Ayah muncul dari belakang. “Aik, cepatnya dah lari tiga pusingan?”

Perli akulah tu. Padahal ayah tahu dah berapa pusingan sebab sememangnya dari tadi lagi ayah follow aku dari belakang.

“Kejaplah…kakak tengah menyedut udara segar ni. Nanti kakak sambunglah lari semula,” waahh, berlagaknya aku. Dah semput pun masih nak cari alasan. Tak nak mengaku kalah betullah aku ni.

Aku nampak ayah ketawa kecil sambil mengeleng-gelengkan kepala. Mengutuk anak sendiri dalam hatilah tu.

“Ayah tunggu kakak ke ni? Tak payahlah tunggu. Ayah larilah dulu. Nanti kakak ikut dari belakang,”

“Tak apa, ayah memang nak tunggu kakak pun. Ayah teringin sangat nak tengok anak ayah ni lari tiga round. Selalu satu round pun dah pancit. Jadi, mana boleh ayah lepaskan peluang keemasan macam ni,” ujar ayah lagi tapi yang geramnya di hujung kata-katanya, sempat aku menangkap bunyi ketawa. Gelakkan aku lagilah tu.

Ini yang membuatkan aku rasa tercabar ni. Aku ni pantang di cabar. Okay…apa nak jadi pun jadilah! Aku tetap akan kotakan apa yang aku dah lafazkan sebentar tadi di depan ayah.

Sekarang aku dah berlari satu pusingan setengah, maknanya aku hanya perlu habiskan larian aku lagi satu pusingan setengah lagi juga untuk cukupkan tiga pusingan.

Aku tarik nafas panjang-panjang. “Jom ayah!” ajak aku laju. Semput pun semputlah. Yang penting aku dapat merealisasikan impian aku untuk habiskan tiga pusingan.

Aku mula fokus pada larian aku. Otak aku sekarang ini hanya fikir untuk tamatkan larian aku secepat mungkin sahaja. Larian aku kini sudah masuk ke pusingan ketiga. Tabah gila hati aku walaupun nafas aku dah macam nak tercabut dari nyawa. Larian kaki aku pula semakin lama semakin perlahan. Lagi sikit saja lagi larian aku hendak mencukupi tiga pusingan, aku terus tersungkur jatuh. Alang-alang dah jatuh, aku terus rebahkan badan aku terus. Dah tak peduli dah mata-mata yang memandang aku yang terbaring di tengah-tengah jalan.

“Ya Allah kakak. Apa yang teruk sangat ni!” laju ayah menghampiri aku dan membangunkan aku dari terus terbaring di tengah-tengah jalan.

Aku cuba untuk bercakap tetapi suara aku pun dah tak boleh nak keluar. Betapa nafas aku sekarang ini hanya cukup-cukup untuk meneruskan hidup saja aku rasa.

Dengan hanya menggunakan bahasa isyarat tangan. Aku cuba sampaikan pada ayah yang aku dah tak mampu untuk berdiri. Kaki aku lembik. Tekak aku dahaga. Kepala aku berpusing-pusing. Nafas aku macam nak tercabut dari nyawa. Teruk ‘bebenor’ keadaan aku tika ini.

“Zarra! Kenapa ni?”

Entah siapalah gerangan orang yang begitu perihatin pada aku ketika ini. Aku nak tahu siapa gerangannya tetapi untuk membuka mata pun aku dah tak mampu dan tak larat. Suaranya juga aku rasa begitu samar-samar. Selalunya aku memang seorang yang cekap dalam meneka suara seseorang walaupun tanpa melihat wajah tapi kali ini, semua kelebihan aku hilang. Rasa macam dah nazak sagat pula aku ni.

“Tolong pakcik angkat Zarra duduk di kerusi sana tu,”

Tak tahulah aku dengan siapa ayah bercakap. Kudrat aku sememangnya sudah tidak ada langsung. Mereka berdua pula cuba untuk membangunkan aku tapi malangnya tidak berjaya sebab kaki aku memang dah tak mampu hendak berdiri teguh lagi. Lembik macam sudah tidak bertulang pun ada.

Tiba-tiba aku dapat rasakan badan aku sudah di cempung seseorang. Ayah? Tak mungkin rasanya. Ayah bukannya larat sangat nak angkat anak dara dia yang seorang ni. Jadi aku agak lelaki yang perihatin tadi yang mengangkat aku.

Nafas aku semakin pulih dan teratur. Perlahan-lahan aku cuba membuka  mata. ‘Pap’ seperti terkena renjatan elektrik aku rasakan bilamana pandangan mata aku tepat memandang gerangan orang yang mengendung aku saat ini.

“A..awak…buat apa dekat sini?” itu soalan pertama yang meluncur keluar dari mulut aku.

Dia hanya tersenyum memandang aku. “Di mana awak ada, di situ saya akan ada. Akan sentiasa ada untuk awak,”

“Zareef…kamu tolong jaga Zarra kejap. Pakcik nak pergi ambil air dalam kereta untuk Zarra.” Pesan ayah pada dia sebelum berlalu pergi meninggalkan aku dan dia sahaja.

Dia sempat menganggukkan kepala. “Pakcik jangan risau, kalau pakcik tak suruh pun saya tetap akan jaga dia. Seumur hidup saya pun saya sanggup jaga dia pakcik,”

Mata aku masih terkebil-kebil memandang dia. Angin tak ada, ribut tak ada, apatah lagi hujan lebat. Tiba-tiba muncul jadi Superman aku pula. Apa ke halnya!!

Handsome sangat ke saya hari ni?”

Teguran dia terus mematikan lamunan aku yang asyik ‘bangat’ memandang dia.

“Eh, kejap…kejap…!! Apa awak buat kat sini ha?” aku sengaja cakap kuat-kuat. Konon marah lah kan dengan kemunculan dia ni.

“Saya?” jari telunjuk dia menunjukkan diri sendiri.

“Eh, tak ada lah. Saya cakap dengan pokok belakang awak tu,” mula aku makin nak naik angin.

“Alamak! Kena bawa pergi hospital ni. Rasanya wayar dalam otak awak ni pun dah tercabut ni. Dengan pokok pun boleh bercakap,” sempat lagi tangan dia membelek-belek kepala aku.

“Hisshhh…” Aku tepis tangan dia kasar. Menaikkan darah aku saja.

“Aik, melawak pun nak marah! Patut saya nampak tadi dahi pun dah ada banyak kedut. Kuat marah rupanya kekasih comel saya ni,”

Hello!! Bila masanya pula awak jadi kekasih saya? Jangan nak memandai-mandai,”

“Hello!! Bila masanya pula saya kata saya kekasih awak?” dia membantah.

“Tadi tu apa? Tak nak mengaku pulak!”

“Saya kata awak kekasih comel saya, bukan saya kekasih awak pun,”

“Samalah tu!!”

“Mana ada sama, awak ni SPM mesti bahasa melayu failed kan?”

“Eeeee…geramnya cakap dengan awak ni! Buat naik darah saya je cakap dengan awak ni tau tak?” Aku cubit-cubit lengan tangan dia. Geram punya pasal.

“Aduhhh….sakitlah sayang!” dia mengosok-gosok lengan dia laju.

“Siapa sayang? Saya Zarra Amanda lah!”

“Zarra Amanda kekasih Zarref Arman. Jadi, Zarref Arman bolehlah panggil Zarra Amanda dengan panggilan sayang.”

“Jangan nak mengada-ngada! Kata nak cuba buat hati saya terpaut balik pada awak. Tapi saya tak rasa apa-apa pun. So, I’m not your lover yet okay!”

“Awak tunggu aje okay. Strategi saya bakal bermula esok.”

“Eleh..kenapa nak kena tunggu esok pulak? Masalahnya dah seminggu tau!”

“Kenapa sayang rindu saya ye sebab seminggu tak ambil tahu pasal sayang?” kata dia sambil mencuit dagu aku.

Rindulah!! Eh, nasib baik cakap dalam hati saja. Kalau tak, malu sebulan aku nak berdepan dengan dia.

“Tolong sikit okay. Sikit pun tak rindu.”

“Betul ke ni tak rindu?”

“Betullah!” Aku mula nak bebal.

“Betul ni tak rindu saya?”

“Tanya banyak-banyak kali sangat kenapa. Dah orang kata tak rindu, kira tak rindulah!”

“Garangnya kekasih comel saya ni!”

“Awaklah, suka sangat buat saya naik darah,”

“Kenapa ni kakak? Dari jauh ayah dah dengar suara kakak,” ayah muncul dengan sebotol air mineral di tangannya.

“Dia ni haa!! Suka sangat naikkan darah kakak. Macam mana kakak tak geram!” Aku mulalah nak mengancum pada ‘bodyguard’ aku.

“Pakcik, saya tanya baik-baik je, anak pakcik ni je suka sangat nak marah-marah saya. Saya tak buat salah apa pun dengan dia.”

Aiseh dia ni. Orang minum air, ‘kang’ dia minum sekali dengan botol kot. Meraih simpati ayah aku pula. Mengada-ngada betul.

“Sudah-sudah. Kamu berdua ni, ingatkan dah baik. Rupanya masih gaduh macam kucing dengan anjing.”

“Oppsss…dia kucing, kakak manusia biasa yang normal,” cepat saja aku mencelah.

“Kakak! Kenapa cakap macam tu? Tak baik!” Ayah tarik telinga kuat.

“Adeh..adeh…Bukan kakak kata. Dulu dia yang pernah kata. Dia kucing! Sakitlah ayah!” Aku gosok-gosok telinga aku yang di tarik ayah. Pedih kot.

Sempat aku melirik mata melihat dia di belakang ayah. Hampeh betul. Aku nampak dia tergelak kecil. Sukalah tu, nampak aku kena tarik telinga ayah.

“Dah..dah…jom balik! Zareef jom ikut pergi rumah sekali. Lama tak bersembang dengan kamu. Makan tengahari kat rumah pakcik.”

“Boleh…boleh…tapi saya balik mandi dulu. Peluh ni. ” laju saja dia menerima pelawaan ayah.

“Alaaa…”

“Apa alaa…alaa..jom balik! Jumpa kamu nanti ye Zareef.” ayah menarik tangan aku.

Sempat aku melihat dia melambai-lambaikan tangannya pada aku sambil membuat flying kiss. Eleh, sukalah tu dapat pergi lepak rumah aku. Hmmm..tapi kenapa hati aku pun turut suka.

 

p/s: Do comment to improve my skills..thanks .. 🙂

ASSALAMUALAIKUM w.b.t…

 Alamak!!! Lamanya saya menyepikan diri..

Sangat lama..

Antara sebab-sebabnya:

1.    My lovely son baru saja di lahirkan pada 1hb Mei 2013.

2.  Muhammad Harraz Rizqi Bin Hezrul nama di beri.

 Actually, semasa proses mengandungkan baby harraz..

Setiap kali saya buka laptop untuk taip cerita novel luruhnya bunga-bunga cinta, pasti otak saya jadi blank.

Dengan tahap kemalasan yang sangatlah tinggi untuk mengarang cerita…

Sebab itu, saya senyapkan diri kejap dari dunia penulisan..

kiranya, saya cuba menghayati proses kehamilan dgn keadaan tenang tanpa membebankan kepala..(cewaahhh..bebanlah sangatkan!!)hihi

 so, sekarang pn baby harraz dh 5bulan lebih…

dah tak banyak kerenah dh..

sengih memanjang je kerja dia..

 jadi, after raya haji sy akan focus utk siapkan novel ni secepat yg mungkin..

actually, part belakang2 dh byk dh siap..

part dpn2 aje saya tak sambung lagi..

 part belakang2 habis cepat sebab part sedih2..laju je saya punya idea…

 yang pasti, cerita Luruhnya Bunga-bunga Cinta merupakan cerita cinta yang sedih…

kalau ada sesiapa dah baca novel Kudakap Erat Cintamu…kata sedih…

 

cerita Luruhnya Bunga-bunga cinta tak kurang sedihnya…

yang pasti, cara penulisan saya lebih matang dan cantik susunan ayatnya…

rasanyaa la kan…!!!

 

Akhir kata!!

 SELAMAT HARI RAYA HAJI dari saya sekeluarga..

 Hidayah + Hezrul = Harraz  J

 

below pic: baby harraz masih dalam pantang..hehhe

CYMERA_20130607_165216 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Luruhnya Bunga-bunga Cinta 12

Luruhnya bunga2 cinta

BAB 12

MASUK saja kerja. Aku dapati ada sejambak bunga ros merah dan sekotak coklat cudburry yang diletakkan di atas meja kerja aku. Dalam fikiran aku, dah boleh agak dah siapa yang beri.

Aku belek-belek bunga ros merah yang tersergam indah dalam balutan yang kemas itu. Mata aku tertancap pada sekeping nota yang di selitkan di celah-celah bunga ros merah itu. Aku capai dengan berhati-hati. Tak nak rosakkan bunga yang cantik ini lah kononnya kan!

Siapa cakap saya tak bersungguh-sungguh nakkan awak! Selama seminggu saya mendiamkan diri tak bermakna saya tak ikhlas. Saya sedang menyusun strategi! So, awak tunggu saja kejutan dari saya ya sayang!

 

            Love you,

            Zareef Arman

Tiba-tiba terbit segaris senyuman di bibir aku. Okay! Not bad! Ini yang rasa tak sabar-sabar pula nak tahu apa kejutan yang bakal aku terima. Buat hati rasa teruja saja.

Kad yang aku pegang, aku simpan di dalam laci. Kalau ada orang lain yang nampak ni, tak pasal saja. Tambah-tambah kalau Erni mulut murai tercabut ekor tu nampak. Boleh kecoh satu pejabat. Ini pun, nasib baik dia tak nampak lagi ni. Kejap lagi kecoh juga ni aku rasa.

Bunga ros merah itu pula, aku buka balutan yang kemas itu perlahan-lahan dan aku masukkan bunga-bunga itu ke dalam sebuah pasu kecil yang sememangnya ada di meja kerja aku ni. Aku akan jaga bunga ini selama mungkin agar tak mudah layu. Yala, ingat senang ke aku nak dapat bunga dari sesiapa. Rasanya kali terakhir dapat bunga macam ni, masa majlis konvokesyen aku beberapa tahun yang lepas. Itupun, ahli keluarga sendiri yang hadiahkan. Sejambak dari ayah dan sejambak lagi dari abang. Actually, aku yang paksa beli. Heh…punyalah teringin nak dapat bunga. Biasalah nama pun perempuan.  Teringat-ingat pula kenangan beberapa tahun yang lalu.

“Esok, kakak nak ayah dengan abang datang majlis tu nanti jangan lupa belikan kakak seorang sejambak bunga tau,” ujar aku excited. Yala, bertahun mengadap buku akhirnya aku berjaya juga untuk mendapatkan segulung ijazah.

“Abang tak naklah! Wakil ayah sorang sudahlah. Abang datang bagi sokongan aje pada kakak,”

“Eh, mana boleh! Kawan-kawan kakak nanti mesti dapat banyak jambangan bunga. Kakak pun nak banyak jugak. Inipun, nasib baik adik sekolah lagi. Kalau tak, sekali dengan adik, kakak paksa belikan bunga untuk kakak,”

“Adik okay aje kak, nak belikan kakak bunga,” adik bersuara.

“Ha! Betul ke ni? Ini yang kakak sayang sangat pada adik kakak yang handsome ni!” Aku meluru mencium pipi adik laju.

“Tapi…”

Ini yang tak syok dengar ni bila kata-kata adik mula bermula dengan tapi!

“Tapi apa?” tanya aku laju.

“Tapi kakak bagi duit pada adiklah. Adik mana ada duit nak beli bunga untuk kakak,” sambung adik tersengih-sengih.

Hampeh betul! Aku dah agak dah. Mesti ada udang di sebalik mee goreng. Macam manalah aku boleh terpedaya dengan kata-kata adik mula-mula tadi.

“Kalau macam tu buat apa!” Aku sekeh kepala adik. Geram!

“Abang tetap dengan keputusan abang. Abang tak nak bagilah kak. Abang selalu angan-angan, bunga pertama dari abang, haruslah di berikan pada wanita yang bakal menjadi ratu di hati abang yang suci dan murni ni,” siap dengan gaya sekali abang aku tunjukkan. Jiwang karat betul!

“Kakak tak kira! Abang wajib datang bawa bunga untuk kakak. Kalau tidak, kakak tak nak kawan dengan abang dah. Kakak tak nak cakap dengan abang sampai bila-bila,” ugut aku serius.

“Tak nak kawan sudah! Abang kawan dengan adik aje. Kan adik kan?” abang sempat lagi menjawab. Sakit hatinya!

Bantal kecil yang ada di sebelah aku, aku capai lalu aku baling ke arah abang. Tepat kena pada muka abang. Fuhh..puas hati rasanya.

“Dahlah, kakak nak masuk tidur. Esok kakak nak bangun awal.” Aku bangun dan bersalam dengan mak dan ayah sebelum berlalu menuju ke bilik tidur. Sempat juga aku hadiahkan jelingan tajam pada abang semasa berjalan di hadapan dia.

“Fuhh..jelingan yang menggoda! Tergoda I tau.” Abang sengaja mengusik.

Aku terus berlalu tanpa mempedulikan usikan abang. Kalau di layan, nanti aku juga yang sakit hati! Baik buat tak tahu saja.

Walaupun begitu, mana mungkin abang tak tunaikan permintaan satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Jadi, semasa majlis convocation aku tu, aku pun dapatlah dua jambangan bunga. Satu dari ayah dan satu lagi dari abang. Masa itu, gembira tak terkiralah aku. Tapi itu kisah dahulu kalalah.

“Siapa beri kau bunga ni?”

Terkejut aku tiba-tiba di sapa seseorang dari belakang. Sekali tersembul muka Erni rupanya. Haih, baru di sebut-sebut dah pun muncul. Nak menyibuklah tu kerjanya!

“Adalah, secret admire aku!”

“Eleh, entah-entah beli hantar dekat diri sendiri!”

Waahh…mulut tak ada insuran. Aku cilikan juga mulut minah ni baru tahu. Ingat aku tak ada kerja lain gamaknya nak buat kerja bodoh, hantar bunga untuk diri sendiri. Menghabiskan duit aje buat kerja gila macam tu.

“Eh…jealous ye? Aku dapat bunga, ni…coklat pun dapat! Kau ada ke?” Aku tayang pula coklat yang ada di atas meja tadi depan mata dia. Biar dia sakit hati tapi aku puas hati.

“Entah-entah…coklat pun beli sendiri, lepas tu mengaku ada secret admire konon,” ujarnya lagi dengan nada yang begitu menjelekkan.

“Yang kau jealous sangat ni kenapa Erni? Kau tu kalau dah tak laku, duduk sajalah diam-diam. Mendengki saja kerja kau kan!”

Berubah air muka minah mulut murai ni bila di sergah oleh Iena. Tahu pun terdiam. Aku tergelak kecil bila melihat wajah Erni sudah berubah kelat bila di tempelak sampai begitu sekali oleh Iena. Of course lah Iena akan sokong aku, dia kan kawan baik aku di pejabat ni. Erni pula, tak adanya orang suka berkawan dengan dia. Mulut dah macam longkang! Dah lah perasan lawa mengalahkan model. Harap seksi saja lebih, yang lainnya hampeh!

“Dahlah! Malas aku nak melayan orang gila macam korang ni!” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan aku dan Iena.

“Kami yang gila ke, kau yang gila!” laung Iena kuat.

Aku sudah gelak terbahak-bahak melihat kerenah mereka berdua. Iena pun macam aku juga. Cukup pantang dengan perangai Erni mulut murai tu. Memang tak boleh ngam langsung. Ada saja benda yang nak bertelagah.

“Kau ni dah kenapa? Pandang aku dah macam nak telan aku hidup-hidup aje.” Aku menampar bahu Iena, seram tengok mata dia yang terbeliak luas memandang aku sampai tak berkeli-kelip bila Erni sudah berlalu meninggalkan kami berdua sahaja.

“Sampai hati kau kan, Zarra,”

“Sampai hati kenapa pulak ni? Aku buat salah apa?” pelek pula aku dengan kenyataan Iena. Setahu aku, aku tak ada pun buat apa-apa perkara pun yang boleh menguris hati Iena tapi tak tahu lah aku kalau dia ada terasa hati dengan kata-kata aku bila bersembang. Biasalah, kadang-kadang mulut aku pun tak ada insuran juga.

“Yala…dah ada boyfriend tapi dekat aku pun kau tak cerita,”

Ya Allah! Aku ingatkan masalah apalah yang besar sangat sampai tengok aku macam nak terkeluar biji mata. Rupanya sebab kes aku dapat bunga dan coklat ini rupanya.

“Bukan boyfriend lah!” jawab aku selamba. Tangan aku lincah membuka plastik bungkusan coklat  yang berada di tangan aku itu dan mempelawa sedikit pada Iena.

“Kau jangan nak rasuah aku pulak! Baik kau cerita!” kata Iena sambil mencekak pinggang.

So, tak nak lah ni?” Aku angkat-angkat kening cuba membuat dia tergoda dengan coklat yang berada di tangan aku ini.

Bia Iena tidak menjawab pertanyaan aku. Aku pun apa lagi, terus memasukkan coklat itu ke dalam mulut aku sendiri. Saja untuk menarik perhatian, aku sengaja buat muka betapa sedap dan nikmatnya coklat yang aku makan itu. Saja nak tengok, tergoda ke tak kawan aku yang seorang ni.

“Bak sikit!” Iena mengalah juga.

Aku tersengih-sengih. Tahu pun teringin. Itulah tadi jual mahal sangat. Aku pun suakan sedikit coklat itu pada Iena.

“Cepatlah cerita!” gesa Iena lagi. Aiseh, ingatkan dah lupa bila dah dapat makan coklat yang aku beri tadi.

“Yala…yala…nanti lunch kita keluar makan sama-sama. Aku cerita dekat kau tapi kau kena janji jangan cerita pada sesiapa pun tau!” Aku mengalah juga akhirnya.

Yes bos! Janji!” laju saja Iena mengangkat tangan menunjukkan dia akan berjanji untuk mengunci mulut.

 

 

Luruhnya Bunga-bunga Cinta 11

Luruhnya bunga2 cinta

BAB 11

“ZARRA…masuk bilik saya kejap.”

Sebaik mendengar arahan dari bos melalui telefon pejabat. Aku terkocoh-kocoh bangun menuju ke arah bilik bos. Sempat aku menjeling manja pada kekasih hati. Aiseh, kekasih hati pula! Tak adanya kekasih hati. Belum terbuka sepenuhnya lagi. Usaha dia masih tak cukup tapi dia pun gatal, sempat lagi kenyitkan sebelah mata dia pada aku. Buat aku rasa geli hati saja.

“Ada apa bos?”

“Duduk!” kata bos tegas.

“Ada masalah apa ni bos? Macam penting saja! Buat saya takut pulak tengok muka bos bila serius macam ni,”

“Apa hubungan awak dengan Zareef?” tanpa berselindung, terus di terjahnya aku dengan soalan yang panas.

“Ha!!” Aku pura-pura terkejut. Ingatkan apalah sebabnya serius semacam saja muka. Nak tanya ini saja pun tapi muka dah macam syarikat ni nak jatuh muflis pula.

Choihh…fikiran aku ni memang tak ada insuran betul. Buatnya masin fikiran aku. Eh, ada ke masin fikiran. Selalunya masin mulut saja. Apa-apa sajalah. Yang pasti, aku tak boleh lagi fikirkan perkara tetang syarikat nak muflis. Tak pasal saja aku kena cari kerja lain. Aku ni sudahlah spesis yang tak suka nak kena temuduga. Kalau boleh, aku nak kerja dekat sini sampai pencen. Tak nak tukar-tukar kerja dah.

Sebelum aku menjawab soalan panas bos tadi. Aku tarik nafas panjang dulu.

“Apa yang bos dengar tentang saya dengan Zareef?” Eh, aku sepatutnya jawab soalan dari bos, ini terbalik pula. Aku pula yang bertanya soalan pada bos. Ishhh… apalah teruk ‘bebenor’ aku ni. Nak cakap lain, lain pula yang keluarnya dari mulut aku.

“Cik Zarra Amanda, saya nak dengar jawapan bukannya nak dengar soalan dari awak!” Bos menekankan ayat-ayat terakhirnya.

“Okay…kalau saya jawab soalan bos. Bos pun kena jawab soalan dari saya. Boleh?” sempat lagi aku nak berurusniaga dengan bos.

“Okay!” jawab bos ringkas.

“Buat masa sekarang. Saya dengan Zareef masih lagi dalam proses…” Aku menghentikan kata-kata aku. Apa yang aku nak cakapkan ni? Aku pun tak pasti. Dalam proses apanya pula! Tak kan nak kata dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Aku kan masih menunggu dia memulakan projek memikat hati aku semula. Mana boleh cakap proses mengenali hati budi. Jadi, dalam proses apa ya…

“Dalam proses apa?”

“Proses memujuk!” Opss aku menutup mulut aku dengan kedua belah tangan. Terlepas cakap pula. Boslah ni. terkejut aku dengar suara bos yang kuat.

“Oohhh…jadi betullah awak dan dia dah mula bercinta?” bos sudah tersenyum-senyum.

“Eh…tak…tak…” Aku menidakkannya.

“Okay, awak boleh keluar dah. Saya dah dapat jawapan yang saya nak dengar,”

“Apa bos ni. Saya belum beri jawapan lagilah!”

“Tak apa. Saya faham. Biasalah pasangan bercinta. Mesti sekarang ni tengah bergaduh kan sebab itu awak cakap sekarang dalam proses memujuk,” bos mula mengeluarkan teorinya sendiri. Tapi kalau betul tak apalah juga.

“Bos jangan pandai-pandai nak buat gossip liar pulak! Saya dengan dia tak ada apa-apa hubungan pun!”

It’s okay Zarra. Awak boleh keluar sekarang.”

Ishhh bos ni, aku belum habis nak mempertahankan diri lagi dia dah halau aku keluar. Geram betul!

Sebaik aku duduk semula di meja kerja aku. Tak sampai 10minit kemudian, telefon bimbit aku mula bordering.  Tertera nama Maira! Apa pula minah ni nak?

“Assalamualaikum Maira!” Aku memulakan perbualan dengan memberi salam.

“Amboi…dah bercinta tapi senyap-senyap aje ye,” terus di serbunya aku dengan kenyataan yang tidak betul sama sekali.

“Cik Maira…dah tak pandai nak jawab salam ke?”

“Opsss sorryExcited sangat! Waalaikumusalam cik Zarra Amanda. Apa cerita ni? Sampai hati tak beritahu pun dah bercinta dengan Zareef. Pandai ya simpan rahsia,”

Ini tak lain tak bukan. Sah bos punya kerja. Boleh tahan juga bos ni. Bergosip mengalahkan orang perempuan. Aku baru saja keluar dari bilik dia. Dia dah mula bergosip tentang hal aku dengan Zareef pada tunang tersayang dia ni. Hampeh betullah bos ni.

“Mana adalah. Awak dengarlah sangat cakap tunang tercinta awak tu. Bukannya boleh percaya!”

“Tapi saya memang percaya pada tunang tercinta saya tu!” jawab Maira selamba.

“Tak ada apa-apalah!” tak larat aku nak menidakkan berita ni. Siapalah punya kerja pergi beritahu pada bos ni! Kalau sebelum Zareef buat perangai minta putuskan hubungan tiba-tiba, mungkin aku akan mengaku tapi masalahnya sekarang aku pun belum beri keputusan sama ada setuju atau tidak untuk kembali bersama dengan dia sebagai pasangan kekasih.

“Kita lunch sama-sama ya. Tak sabar nak dengar story ni dari tuan punya badan sendiri! Nanti saya datang ambil awak. Okay, bye!” terus di letakkannya telefon tanpa sempat aku menjawab apa-apa. Teruk betullah Maira ni. Sama teruk saja dengan bos. Padan sangatlah boleh jadi pasangan sehati sejiwa.

Letak saja telefon, aku terus meluru masuk ke bilik bos.

“Bos…!”

Yes Zarra?” Bos berlagak selamba badak boleh, macam tak ada apa-apa yang berlaku.

“Bos yang beritahu Maira kan?”

“Beritahu apa pulak ni?” tanya bos macam tak ada perasaan langsung. Kurang-kurang tunjuklah perasaan bersalah sikit. Ini tak, muka macam suci sangat. Geramnya!!!

“Tentang hal saya dengan Zareeflah,” aku tenung wajah bos lama. Mencari riak peubahan wajah dia tapi hampa. Serius dia buat muka tak bersalah.

“Tak adalah!” jawab bos sepatah tanpa memandang ke arah aku.

“Eleh bos…tak nak mengaku pulak. Saya baru saja keluar dari bilik bos tak sampai 10 minit. Tengok-tengok dah dapat panggilan telefon dari Maira tanya tentang hubungan saya dengan Zareef. Siapa lagi kan nak beritahu dia kalau bukan tunang tersayang dia depan saya ni. Betul tak?”

Bos hanya menjungkitkan bahunya. Arggghh..tension betullah bila berhadapan dengan bos dalam keadaan macam ni! Boleh sakit jiwa aku.

“Bos ni teruklah. Tak baik tau fitnah orang baik macam saya,” aku mula menukar nada sedih bila bercakap.

“Ada apa-apa lagi ke cik Zarra?” tanya bos.

“Bos!! Sampai hati bos buat saya macam ni? Lunch nanti Maira nak datang makan dengan saya. Ni semua bos punya pasal!” aku mula geram bila bos boleh buat selamba lagi.

Bukan bos tak tahu perangai tunang dia macam mana, kalau tak dapat nak korek rahsia aku sekejap lagi. Mahunya dia tak bagi aku balik semula ke pejabat. Bos boleh pula tersengih-sengih bila aku beritahu Maira nak lunch dengan aku. Haih…masalah..masalah..

*******

TEPAT jam 12.30 tengahari, Maira sudah terpacak di depan meja kerja aku sambil tersengih-sengih macam kerang busuk. Apa yang mampu aku buat saat ini, hanya menghela nafas yang sangat panjang menunjukkan betapa hebatnya masalah dalaman aku ini yang terpaksa berdepan dengan Maira.

“Jom! Lapar dah ni!” itu ayat pertama yang keluar dari mulut mungil Maira.

“Lapar makanan ke, lapar gosip yang tak betul ni?” Aku mencekak pinggang di depan Maira.

Masih seperti tadi, tersengih-sengih saja kerjanya. Buat aku rasa macam nak telan orang saja bila perut dah lapar ni.

“Cepatlah!” Maira rangkul tangan aku laju. Punyalah tak sabar-sabar nampak gayanya nak tahu gossip liar ni. Haih, aku dah macam artis popular pula jadinya. Gossip sana! Gossip sini!

“Tak nak jumpa tunang tersayang dulu ke?” tanya aku semasa berjalan beriringan bersama-sama dengan Maira menuju ke arah lif.

“Ala…tak payah jumpa-jumpa. Malam ni aje jumpa. Kita orang ada date malam ni. Sekarang saya nak date dengan awak. Lagi penting ni!”

“Iyalah sangat pentingnya. Kan saya dah terangkan dalam telefon tadi. Ini semua gossip saja. Tak ada apa-apa pun.”

Maira buat muka tak percaya. Haruslah tak percaya kan. Kalau tak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Eh! Tapi istilah ni dah tak boleh pakai dah. Yala, tak semestinya angin saja boleh menjadi penyebab pokok bergoyang. Kalau dah ada orang pergi goyang-goyangkan pokok itu pun, dah confirm bergoyang juga.

Sebaik saja kami sampai di restoran yang berdekatan. Maira terus memesan makanan. Laju betul. Tak sempat aku nak belek-belek menu dia dah pesan makanan. Sekali dengan aku punya pesanan pun dia yang tolong pesankan.

“Okay, sementara nak tunggu makanan sampai. Dah boleh mula dah ni,”

“Apa yang boleh mula?” tanya aku kehairanan.

“Cerita tentang percintaan awak dengan Zareeflah. Tanya pulak!”

Aku tepuk dahi. Minah ni selagi aku tak cerita apa sebenarnya yang terjadi antara aku dengan Zareef, selagi itulah dia akan bertanya sampai dia puas hati dengan jawapan yang keluar dari mulut comel aku ni.

“Okay…okay…” Aku malas nak berahsia dah. Baik aku cerita hal yang sebenar dari A hingga Z.

Jadi, aku pun mula bercerita dan Maira tekun mendengar tanpa mencelah. Terangguk-angguk macam burung belatuk pula aku tengok Maira ni bila mendengar cerita aku.

Bila makanan yang di pesan sampai, cerita aku pun sampai ke penghujungnya. Harap-harap Maira puas hatilah. Kalau tidak, kena ulang berapa puluh kali pun aku tak tahu. Minah ni bukan boleh agak sangat apa dalam fikiran dia.

“Okay, jom makan!”

“Dah habis cerita ke?”

“Dah habis dah. So, sekarang ni saya dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan istimewa dah,” jawab aku tenang.

“Jangan jual mahal sangat Zarra. Nanti jadi andartu baru tahu,”

“Choihh…mulut jangan celupar. Masin mulut awak nanti, tak merasalah saya nak kahwin sampai bila-bila,”

“Eh, tahu pun takut. Sudah-sudahlah Zarra. Zareef tu baik. Awak tak akan menyesal kalau dapat kahwin dengan dia. Saya jamin 100 peratus! Bagilah dia peluang kedua,” ujar Maira sambil mula menjamu selera.

“Awak ni, tak menyokong saya pun! Itu yang malas nak cerita hal sebenar,” aku saja menukar nada seperti orang merajuk.

“Bukan tak sokong, tapi dia dah minta maaf kan?” Maira masih tetap menyebelahi Zareef.

“Saya pun tak adalah keras hati sangat, tapi sekurang-kurangnya buatlah sesuatu supaya hati saya ni ikhlas nak terima dia semula. Ini tak, senyap aje! Kata nak usaha bersungguh-sungguh tawan hati saya balik. Tapi habuk pun tak ada!” Aku akhirnya luahkan juga apa yang bersarang dalam hati aku pada Maira.

“Jadi awak memang tengah tunggu dia datang pujuklah ni?” Maira sudah tersenyum-senyum. Haih, pandai pula Maira ni main psikologi dengan aku. Malu pula rasanya!

 

Luruhnya Bunga-bunga Cinta 10

Luruhnya bunga2 cinta

BAB 10

TELEFON di atas meja menjerit-jerit minta di angkat. Lakaran yang tekun aku usahakan selama ini, aku pandang puas hati. Lega rasanya bila satu kerja sudah di selesaikan dengan jayanya. Lambat aku mengangkat telefon yang berdering itu.

“Kita lunch sama hari ni?” ucap suara di hujung gangang itu sebaik aku melekapkan gangang ke telinga.

Lunch? Are you sure? Nanti orang nampak macam mana?” tanya aku was-was dengan pelawaannya.

“Biarlah semua orang nampak pun. Apa masalahnya?”

“Saya malulah!” jawab aku perlahan.

“Nak malu kenapa pulak? Bukannya awak tak ada hidung pun. Cantik aje saya tengok. Berseri-seri lagi adalah semenjak jadi kekasih saya ni.”

Buat lawak pula dia ni. Aku serius, dia boleh pula nak main-main lagi. Dia ni memang spesies tak tahu malu agaknya.

“Saya tak nak orang lain tahu, saya sekarang dengan awak!”

“Kenapa awak tak nak semua orang tahu?”

“Kita dah bincangkan tentang ni semalam?”

“Saya dah fikir masak-masak. Saya tak setuju dengan cadangan awak semalam.”

“Alaa…kenapa tiba-tiba tak setuju pulak?” tanya aku laju.

“Sebab saya tak nak lelaki-lelaki lain dalam pejabat ni cuba-cuba nak mengorat kekasih saya yang cun melecun ni,”

“Awak…boleh serius sikit tak?” Aku dah geram. Sempat lagi nak main-main.

I’m serius honey.”

No…saya tak nak!” Aku mula berkeras. Amboi, semua hal nak kena ikut telunjuk dia pula. Mana adil macam ni.

“Okay, fine. Kalau awak tak nak juga. Macam ni  lah. Senang cerita kita putuskan sajalah hubungan ni. Saya rasa kita tak sesuai antara satu sama lain.”

What!!! Baru declare couple dalam tiga hari. Hari ini dah kena reject. Nonsense! Dia sememangnya seorang lelaki yang tidak sesuai menjadi calon suami buat aku. Senang sangat melafazkan kata putus. Nanti kalau dah kahwin, silap haribulan dalam masa tiga hari aku dah kena cerai. Huh, tak pasal saja.

“Okay, fine. Saya pun tak hairanlah dengan lelaki macam awak!”

‘Pap’

Aku hempas kuat telefon pejabat ke tempatnya semuala. Geram yang teramat sangat. Nak kata aku sedih, tak ada rasa sedih langsung di tinggalkan kekasih tapi rasa yang ada adalah rasa sakit hati yang meluap-luap. Rasa berapi satu badan. Panas!

Arghh…Zarra! Kau ni memang bodohlah. Percaya sangat dengan mamat sewel tu. Sekarang memang sahlah, dia memang cuma nak main-mainkan kau Zarra. Bodohlah kau ni Zarra! Buta hati tak nampak semua tu.

Aku ketuk-ketuk kepala aku. Macam manalah aku boleh tersangkut dengan mamat sewel ni. Nasib baik tak ada feeling bercinta teruk-teruk lagi. Jadi, tak adalah terluka sangat hati aku yang masih dara ni. Setakat tercalar saja. No hal lah. Small matter. Esok lusa confirm lupa.

Aku bangun menuju ke tandas. Bila rasa sakit hati ni mulalah rasa nak buang air kecillah, nak buang air besarlah. Semua ada. Bercampur aduk dah.

Selesai sudah perkara kecil dan besar tu, aku duduk semula di meja kerja aku selepas keluar dari tandas. Mata aku tertancap pada satu nota kecil yang di tampal di atas keyboard computer. Laju saja tangan aku mengambilnya.

 

I’m so sorry. Saya tak sengaja. Saya tarik balik kata-kata saya tadi. Kita couple balik ye cik adik manis’

Lelaki paling kacak,

Zareef Arman

 

Aku tersenyum kecil sebaik membaca nota kecil itu. Poyo betullah kekasih aku ni. Eh…kekasih pula. Tadi bukan dah putus?

Aku tahu dia sedang memandang tepat ke arah aku ketika ini. Jadi Zarra Amanda…jangan tunjuk lemah sangat okay. Tak kan dengan sekeping nota kecil saja dia dah berjaya membuang perasaan marah aku tadi pula kan.

Dengan selamba aku terus mengoyakkan nota kecil itu dan aku campak masuk ke dalam tong sampah yang sememangnya sudah tersedia di sebelah meja kerja aku dan aku terus pura-pura kusyuk semula menyambung kerja-kerja aku. Tiba-tiba…

“Ikut saya kejap!” tangan aku di tarik kasar.

“Apa awak buat ni? Lepaslah!” Aku berusaha melepaskan tangan aku dari terus di cengkam erat oleh tangan sasa dia.

Dia berjaya menarik aku masuk ke dalam pantry. Aku memeluk erat tubuhku sendiri. Tiba-tiba jadi menyampah pula tengok muka dia. Geram!

“Kenapa awak koyak nota tu?” tuturnya lembut cuba mengawal perasaan.

“Tak penting pun. Saya dengan awak kan dah tak ada apa-apa hubungan. Dah putus pun. Hilang ingatan ke?” Aku buat muka selamba.

“Awak tak sayang saya ke?”

“Sebelum awak minta kita putuskan hubungan, perasaan sayang tu masih ada tapi bila awak dah mintak putus, terus hilang semua perasaan tu. Kosong!”

“Saya main-mainlah. Tak terniat dalam hati pun nak mintak putus. Saya saja test awak aje sebab saya geram awak tak nak orang lain tahu tentang hubungan kita. Saya nak semua orang tahu yang awak milik saya seorang saja,”

“Ehem…pembetulan. Saya bukan milik awak lagi tau. Saya masih milik mak ayah saya,”

“Tahulah, tapi awak kekasih saya. Saya nak semua lelaki kat dunia tahu awak hak saya. Barulah mereka semua tak akan mengorat awak. Faham sayang?”

Aku tergelak kecil. Alasan entah apa-apa. Tak boleh di pakai langsung. Tak logik. Macamlah aku ni cantik sangat sampai semua lelaki dalam dunia nampak aku saja nak mengorat. Kalau betul, tak adanya sampai sekarang aku masih belum ada yang istimewa.

“Saya tetap tak nak teruskan hubungang kita!” ujar aku tegas selepas seketika.

“Kenapa?”

“Sebab saya tak suka lelaki yang terlalu mudah sangat mintak putuskan hubungan. Nanti kalau dah kahwin, gaduh sikit saja terus awak ceraikan saya! Saya tak nak masuk surat khabar!”

“Surat khabar apa pulak ni?”

“Yala…mestilah akan masuk surat khabar kalau baru saja sehari kahwin dah kena cerai dengan suami. Nanti terpampang dekat muka depan surat khabar. ‘PECAH REKOD, PASANGAN BERCERAI SELEPAS SEHARI DI NIKAHKAN’. Fuhh…tak nak saya!” ucap aku kuat.

“Awak janganlah fikir yang bukan-bukan, boleh tak?”

Aku masih lagi berangan-angan tentang perkara itu. “Huishh.. tak nak saya jadi janda berhias,”

“Otak awak ni boleh tak jangan selalu merepek,” dia pegang kepala aku yang sudah tergeleng-geleng memikirkan segala kemungkinan negatif yang mungkin akan berlaku sekiranya aku masih meneruskan niat untuk berbaik semula dengan dia.

“Otak saya ni fikirkan yang terbaik buat tuannya saja. Lagipun, saya perlulah ambil langkah berjaga-jaga. Bak kata orang tua-tua. Sediakan payung sebelum hujan!”

“Zarra…awak nak saya buat apa lagi supaya awak dapat maafkan saya dan terima saya semula dalam hidup awak? Awak cakap saja, saya sanggup lakukan apa saya asalkan kita couple balik,” ujar dia bersungguh-sungguh.

“Betul ni awak sanggup lakukan apa saja yang saya suruh?” otak aku mulalah berfungsi dengan jayanya. Berputar-putar macam siri roda impian pula. Berputar mencari idea untuk mengenakan dia. Itulah, siapa suruh cari pasal dengan aku. Ini Zarra Amanda lah.

“Betul! Saya terima apa saja permintaan awak atau apa saja yang awak nak suruh saya buat. Saya sanggup lakukan!” mata dia sudah bercahaya cuba membuktikan kata-kata dia yang begitu bersungguh-sungguh mahu menbuktikan apa yang dia katakan pasti akan di kotakan.

“Okay…saya beri awak tempoh satu bulan untuk awak pujuk saya dan yakinkan saya, kenapa saya harus terima awak semula. Boleh?”

“Satu bulan? Okay, deal!” dia menyahut cabaran aku dengan yakinnya.

“Tetapi…” Aku sudah tersenyum nakal. Saja nak bagi dia berdebar sikit.

“Tetapi apa lagi?” dia sudah mula berpeluh-peluh menanti kata-kata aku.

“Tetapi…seandainya dalam tempoh satu bulan ni, awak masih tak berjaya untuk meyakinkan saya yang awak serius dengan hubungan kita atau dalam erti kata lain, awak tak berjaya pujuk saya. Maknanya, hubungan kita sememangnya tak dapat di selamatkan lagi.  Jadi, kita kawan biasa sajalah ya!”

“Jangan risau! Saya bukan seorang lelaki yang mudah mengaku kalah sebelum berjuang. Saya pasti akan buktikan pada awak yang saya seorang lelaki yang bertanggungjawab dan sangat sesuai dengan awak untuk di jadikan calon suami!”

Aku sudah tersenyum manis. Sampai ke situ pula angan-angan dia. Tapi itu yang aku mahu dengar. Hubungan yang aku inginkan, pastinya hubungan yang akan berakhir sehingga ke jinjang pelamin. Yala…tak kan aku masih nak main-main dalam umur yang semakin meningkat ni. Aku pun bukannya muda lagi. Sudah menjangkau 27 tahun dah. Kawan-kawan sebaya dengan aku semuanya sudah beranak-pinak. Cuma aku saja yang masih berjinak-jinak menjalinkan hubungan.

Harapan aku, semoga dia bersungguh-sungguh mahukan perhubungan aku dengan dia berkekalan. Jadi, kita tunggu saja langkah-langkah yang akan dia ambil untuk memujuk aku dan cuba meyakinkan aku.

Good luck sayang! Eh..sayang pulak…Hehehe

p/s:  Enjoy reading..!! sorry dah lama tak upload next bab..rajin2 lah komen… 🙂

 

 

Pesta Buku 1 Malaysia (PWTC)

Assalamualaikum..

InsyaAllah saya akan berada di pesta buku PWTC pada 2 febuary 2013 ini utk sesi bertemu peminat bg novel saya (Kudakap erat cintamu)

so, kepada sesiapa yg nak sign…bleh la dtg..kita jumpa di sana yeee…

saya datang dalam tengahari ke atas smpai pkul 4.00 petang..hari sabtu yeerrr…

saya datang dari Penang tau..jauh ni..sesiapa yg belum dapatkan lagi novel (kudakap erat cintamu) bolehlah dapatkan di sana…

~see u there~  tata..titi..tutu..

🙂

sinopsis ~ Kudakap erat cintamu

k

ISBN: 978-967-365-145-0
Sem. Malaysia: RM 20.00
Sabah / Sarawak: RM 23.00

Natasha Camelia seorang gadis yang ceria dan hidupnya penuh dengan kasih sayang keluarga. Hari pertama di kolej dia bertembung dengan dua lelaki yang membuatkan dirinya berada dalam dilema. Fariss Haikal membuatkan dirinya bagaikan di awangan, seperti jatuh cinta pandang pertama. Manakala Adam Haziq membuatkan hidupnya haru-biru dan selalu saja bertikam lidah apabila bertembung.

Awak ni boleh duduk diam-diam tak? Dahlah berat macam gajah.”

Hei, aku tak suruh kau angkat aku pun! Dah tahu aku ni berat, janganlah gatal sangat tangan tu nak angkat aku!”

 

“Saya nak tolong dia. Biar saya tolong angkat pula.”

Natasha Camelia memilih Fariss Haikal berbanding Adam Haziq. Adam bertindak menjauhkan diri setelah tahu Natasha Camelia dan Fariss Haikal bercinta. Namun, saat Natasha Camelia berada dalam kesedihan, kesakitan atau kesusahan, Adam Haziq akan menjadi orang pertama yang akan muncul menyelamatkan keadaan.

Langit tak selalunya cerah. Perhubungan Natasha Camelia dan Fariss Haikal dilanda badai. Saat hati Natasha Camelia dilanda rawan, timbul pula isu anak angkat dan dirinya dihalau keluar dari rumah. Di sini, Adam Haziq bertindak sebagai pelindung.

Saat hati Natasha Camelia terpaut dengan kebaikan yang ditunjukkan Adam Haziq, saat hati sudah mula rasa sayang, saat cinta antara mereka sudah mula bertaut, muncul kekasih lama Adam Haziq menagih kasih. Fariss Haikal juga muncul kembali, menagih kasih yang terputus di tengah jalan.

Apakah cinta yang baru wujud dalam diri Natasha Camelia dan Adam Haziq akan terpaut? Atau Natasha Camelia akan mengalah dan kembali membiarkan cinta Fariss Haikal kembali kepadanya? Atau akan ada permata lain yang akan menyinari hidupnya? Mampukah Natasha Camelia mendakap cinta yang sempurna untuknya?