Ku Dakap Erat Cintamu 30

BAB 30

SEBAIK sudah mandi, aku terus meluru ke dapur. Tolong ibu, belajar-belajar masak sikit. Nanti boleh tambat hati suami bila dah kahwin nanti. Ceewah, over pulak aku.Ada hati nak berlaki konon. Belajar pun tak habis lagi. Aku sekarang sambung pelajaran aku diPenang. Kalau bukan sebab kena paksa dengan abang Adam. Mesti aku tak nak sambung belajar lagi.

“Tasha..Tasha…sini cepat” laung abang Adam kuat dari ruang tamu.

“Ibu, Tasha pergi tengok abang Adam sekejap ye. Terjerit-jerit dari tadi” aku terus membasuh tangan. Tadi tolong ibu potong sayur kobis.

Aku bergerak perlahan menuju ke arah abang Adam. Haihh, nak belajar masak pun tak senang.Ada je nak mengacau daun.

“Cepat sikit boleh tak jalan tu. Ni, Arill call ni” tunjuk abang Adam pada telefon bimbit di tangannya.

Tersentak aku dengar nama abang Arill di sebut abang Adam. Kaki aku tak jadi melangkah. Aku jadi kaku. Fikiran aku melayang-layang bila nama abang Arill di sebut.

“Cepatlah, kita dengar sama-sama apa yang Arill nak cakap” abang Adam terus menarik tangan aku.

Aku ikut tanpa banyak soal. Walaupun dalam hati masih terluka tapi aku tetap rindu pada mereka sekeluarga. Aku dan abang Adam duduk bertentangan. Abang Adam terus menekan butang berwarna hijau untuk menjawab panggilan dari abang Arill dan membuka pembesar suara bagi membolehkan aku dapat mendengar juga panggilan itu.

“Assalamualaikum Adam”

Aku jadi sebak tiba-tiba bila dengar suara abang Arill.

“Waalaikumussalam, dah lama kau tak call aku. Tiba-tiba je call ni mesti ada hal pentingkan??” tanya abang Adam.

“Aku buntu Adam. Aku dah tak tahu nak buat apa sekarang ni” abang Arill bersuara lemah.

“Apa masalahnya,cubakau cerita. Mana tau aku boleh tolong”

“Kau ada nampak adik aku tak??”

Aku tersentak tiba-tiba bila abang Arill bertanyakan tentang aku. Tapi betul ke, adik yang di maksudkannya itu, aku??

“Adik kau?? Arill, aku kanada kat Penangsekarang ni. Macam mana aku nak jumpak adik kau pulak. Muka Farhana adik kau tu macam mana pun aku dah lupa”

“Aku bukan cakap pasal Farhana lah”

Suara abang Arill dah seakan-akan marah.

“Kau cakap adik kau. Siapa lagi adik kau, Farhana lakan”

“Adam, kau jangan nak naikkan darah aku. Aku cakap pasal Tasha lah”

“Kau cakap Tasha bukan adik kau dulu”

“Kau jangan nak pandai-pandai Adam. Tasha tetap akan jadi adik aku sampai aku mati. Kau ingat tu”

Aku jadi hiba tiba-tiba bila dengar kata-kata abang Arill. Betul ke dia tak pernah melupakan aku??

Eh relex lah Arill. Aku melawak je”

“Kau nak melawak pun janganlah melawak bab-bab macam ni. Aku dah lah tengah tension ni. Dah merata-rata tempat aku cari Tasha, tapi tak jumpa. Dah tiga bulan dah Adam, Tasha hilangkan diri. Aku tak tahu dah nak buat macam mana sekarang ni”

“Kau cakap dia tinggal dengan keluarga kandung dia??” abang Adam masihcubamelayan.

“Tak ada Adam. Aku dah cari dah. Mereka pun tak tahu dia pergi mana. Mereka cakap, mereka dah suruh dia balik ke rumah kami. Tapi dia tak datang pun. Aku menyesal sangat-sangat Adam sebab aku tak cari dia masa mula-mula dia keluar dari rumah pergi ke rumah keluarga kandung dia” suaranya makin sayu kedengaran.

“Ala, kau jangan risaulah. Tak ada apa-apa punya. Mungkin dia bahagia sekarang”

“Jangan risau kau cakap Adam. Macam mana aku tak risau, dia sepatutnya kena buat operation dua bulan yang lepas kau tahu tak??”

Sebaik abang Arill cakap aku sepatutnya dah buat operation dua bulan lepas, mata abang Adam terus tajam memandang aku.

“Arill, nanti aku call kau balik”

Abang Adam terus menekan butang merah walaupun abang Arill masih lagi bercakap. Pandangan matanya masih lagi memandang ke arah aku ala-ala macam nak terkam aku hidup-hidup. Aku apa lagi, otak aku mula nak cari macam-macam alasan.

“Tasha pergi sambung tolong ibu dulu” aku kelam kabut bangun. Tak tentu arah aku bila abang Adam masih tenung aku macam nak telan.

“Duduk!!” tengking abang Adam.

Aku terus terduduk, bukan sebab takut dia tengking aku tapi sebab aku terkejut dengar suara dia yang kuat. Boleh sakit jantung aku macam ni. Tapi lepas seketika, aku bangun semula.

“Abang kata duduk!!” dia terus menarik tangan aku supaya duduk semula.

“Adaapa ni Adam?? Sampai ke dapur dengar suara kamu ni??” ibu datang menghampiri aku.

“Ibu, tanya dia ni. Apa salah yang dia buat. Adam dah hilang sabar dah ni”

Aku tunduk diam seribu bahasa. Tak berani aku nak bertentang mata dengan abang Adam. Rasa macam bertentang mata dengan naga yang sedang mengamuk saja.

“Tasha, kenapa ni?? Tasha ada buat apa-apa ke??” tanya ibu lembut.

“Tak ada apa lah ibu” jawab aku perlahan.

“Tak ada apa dia kata. Ibu tahu tak, dia sepatutnya dah kena buat pembedahan pasal penyakit cancer dia tu

“Tasha dah tak sakit, buat apa nak buat pembedahan lagi” berani lagi aku menjawab.

“Tak sakit?? Oooh…baru abang ingat, yang selama ni Tasha selalu mengadu sakit perut mesti sakit sebab penyakit tukan?? Betul tak??” kuat suara dia menerjah telinga aku.

“Masa tu memang Tasha sakit sebab period pain pun” berani lagi aku berbohong. Memang selama ni aku tipu kata aku sakit perut sebab period padahal sebenarnya sebab penyakit aku.

“Jangan nak tipu lagi boleh tak?? Kenapa Tasha tak pernah beritahu langsung pasal operation tu?? Tasha anggap kami ni siapa pada Tasha ha??” dia dah melurut-lurut rambutnya.

Aku dah jadi sebak tiba-tiba. Bukan aku sengaja tak nak beritahu sesiapa. Tapi kalau aku beritahu pun, apa yang aku dapat?? Biarlah aku yang tanggung semuanya sendiri.

“Kenapa diam ha?? Dah tak boleh nak fikir nak tipu apa pulak ke??”

Aku tunduk kepala tak berani nak bertentangan mata dengan abang Adam. Ibu masih setia di sisi aku.

“Kenapa Tasha tak nak buat operation tu ha?? Sengaja nak sakitkan diri sendiri?? Sebab tu buat macam tu ke ha??”

Aku dah tak boleh tahan dah dengar abang Adam marah-marah aku. Aku bingkas bangun mengadap abang Adam.

“Macam mana Tasha nak buat operation tu ha?? Abang ingat murah ke kos operation tu?? Tasha bukan anak orang kaya. Abang sedar tak semua tu?? Tasha bukan anak orang kaya lagi” air mata mengalir juga. Aku terus pergi meninggalkan mereka dan masuk ke bilik dan mengunci pintu.

Aku terus sembamkan muka aku atas bantal dan terus menangis teresak-esak. Kenapa abang Adam takcubanak memahami situasi aku. Lupa ke dia yang aku ni dah macam anak terbuang. Semua dah tak nak aku. Dia lupa ke semua tu ha??

Pintu di ketuk tapi aku hanya membatukan diri. Aku nak bersendirian, aku nak tenangkan hati aku.

“Tasha, buka pintu ni sayang. Dengan ibu pun Tasha marah ke??”

Aku tersentak dengar suara ibu. Aku jadi tak sampai hati membiarkan ibu di luar mengetuk pintu aku berkali-kali. Aku tak sanggup lukakan hati ibu kalau aku buat perangai macam ni pada ibu. Perlahan aku bangun dan membuka pintu  tapi sempat aku mengelap semua air mata aku dulu. Sebaik pintu aku buka, aku terus berpaling dan duduk atas katil sambil memeluk bantal seeratnya. Ibu turut ikut duduk di sebelah aku.

“Tasha menangis ke??”

Aku geleng kepala.

“Tu ada lagi tu air mata” tunjuk ibu di pipi aku.

Tangan aku pantas mengelap di pipi. Aku nampak ibu tersenyum. Mesti ibu kenakan aku.

“Tasha marahkan ibu ke?? tanya ibu.

Aku geleng lagi tanpa suara.

“Dia bukan marah ibu, dia marah Adam”

Aku terus donggakkan kepala memandang abang Adam yang ada di tepi pintu. Geram aku, dia memang sengaja nak sakitkan hati aku. Aku jeling dengan sepenuh hati.

“Apa jeling-jeling. Tak puas hati??” tanya abang Adam.

Pertanyaan dia membuatkan darah aku membuak-buak naik. Boleh dapat darah tinggi aku macam ini hari-hari.

“Kenapa Tasha tak beritahu kami pasal pembedahan tu??” tanya ibucubameleraikan persengketaan aku dan abang Adam.

“Ibu…Tasha dah tak ada duit bu. Tasha tak mampu nak bayar kos pembedahan tu” jawab aku sambil pandang wajah ibu.

“Abang ada duit. Abang mampu nak tanggung kos tu. Kenapa tak nak beritahu abang langsung pasal pembedahan tu??” abang Adam bersuara lagi.

“Tasha tak nak menyusahkan abang lagi. Tasha dah banyak menyusahkan abang dengan ibu. Abang dah bagi Tasha tinggal sini pun Tasha dah bersyukur sangat-sangat. Takkan Tasha nak minta lagi pertolongan dari abang” aku pandang abang Adam.

“Tasha dah tinggal sinikan, dah jadi tanggungjawab abang untuk tanggung semua masalah Tasha. Itu pun tak boleh faham ke??” suara dia mula meninggi.

“Adam..” ibu menegur abang Adam bila nampakgayadia mula nak naik darah dengan aku.

“Ibu, tolong nasihatkan budak ni. Adam tak boleh tahan dah” abang Adam terus menumbuk perlahan tangannya ke pintu.

Aku tahu dia marah, aku tahu dia tak bermaksud nak marah aku, aku juga tahu aku yang membuatkan dia naik marah. Aku tahu itu semua.

“Tasha dah buat keputusan, Tasha takkan buat operation itu” jawab aku perlahan.

“Abang tak kira, lepas makan tengahari nanti ikut abang pergi hospital buat appointment untuk buat operation tu. Kalau tak nak pergi jugak, jangan duduk dalam rumah ni lagi. Abang tak nak orang yangcuba bunuh diri sendiri dalam rumah ni” abang Adam terus keluar dari bilik aku dan di tariknya tangan ibu meninggalkan aku seorang diri dalam bilik.

Aku tersentak, abang Adam halau aku!! Air mata terus mengalir walaupun akucubatahan untuk tak menangis lagi. Akucubaberfikir, apa yang terbaik untuk diri aku sekarang ni. Entah kenapa, aku terfikir untuk keluar dari rumah ini sebab aku tak nak lagi menyusahkan mereka dengan masalah aku. Aku terus mengambil baju-baju aku dan masukkannya ke dalam beg. Aku dah tekad dengan keputusan aku. aku akan pergi dari rumah ini.

“Tasha nak pergi mana ni?? Tasha nak tinggalkan ibu ke??”

Aku terkejut bila tiba-tiba ibu muncul. Aku terkaku dari terus memasukkan baju aku ke dalam beg.

“Maafkan Tasha ibu. Tasha dah buat keputusan. Tasha tak nak menyusahkan ibu dengan abang Adam lagi”

“Adam..Adam..!!” jerit ibu memangil abang Adam. Ibu terus merampas beg di tangan aku. Di genggamnya erat beg aku.

“Ibu, kenapa ni??” abang Adam muncul di pintu.

“Adam, nasihatkan Tasha Adam. Dia nak tinggalkan rumah ni” suara ibu dah kedengaran sebak.

“Apa yang Tashacubabuat ni?? Tasha ingat dengan melarikan diri semua masalah akan selesai. Cukup-cukuplah larikan diri dari keluarga Tasha dulu”

Air mata aku terus mengalir laju sebaik abang Adam menyebut tentang keluarga aku. Aku terus merampas beg di tangan ibu dengan kasar. Tak sangka aku, abang Adam mengungkit tentang hal itu lagi.

“Abang minta maaf. Abang tak sengaja. Abang minta maaf” abang Adam terus berdiri di hadapan aku sambilcubamerebut beg di tangan aku.

“Tepi!! Tasha tahu Tasha menyusahkan abangkan. Biar Tasha pergi, Tasha takkan ganggu keluarga abang lagi” aku pandang muka abang Adam dalam-dalam. Aku terluka dengan kata-kata dia. Air mata mengalir lagi bila aku pandang abang Adam.

“Abang tak sengaja nak kata macam tu. Maafkan abang. Abang tahu abang salah” pantas tangan abang Adam menyeka air mata aku dari terus mengalir.

Aku tepis tangan abang Adam kasar. Aku betul-betul terasa dengan kata-kata abang Adam. Tak sangka dia sanggup keluarkan kata-kata macam tu untuk aku.

“Jangan pergi, abang minta maaf. Kalau Tasha tak kesiankan abang Tasha tolonglah kesiankan ibu”

Aku pandang ibu. Ibu dah menangis teresak-esak. Hati aku jadi hiba, tak sangka aku dah buat air mata seorang ibu mengalir. Aku terus meluru memeluk ibu.

“Ibu, maafkan Tasha ibu. Ibu jangan menangis. Jangan buat Tasha serba salah. Maafkan Tasha ibu, Tasha dah lukakan hati ibu” aku terus memeluk ibu kuat.

“Tasha jangan pergi. Jangan tinggalkan ibu. Ibu dah anggap Tasha macam anak ibu  sendiri. Jangan tinggalkan ibu” rintih ibu perlahan di telinga aku.

Aku terus meleraikan pelukan aku. Aku pegang semula beg aku. Aku tak tahu kenapa tiba-tiba hati aku jadi keras macam ni.

“Kalau Tasha pergi, abang tetap akan cari Tasha sampai dapat. Abang akan cari Tasha sampai ke lubang cacing sekalipun. Takkan semudah tu abang akan lepaskan Tasha pergi” abang Adam terus meluru keluar dari bilik aku. Selepas seketika aku terdengar bunyi deruman enjin kereta.

Aku terpana dengan kata-kata dia. Aku pandang ke arah ibu. Ibu masih menangis. Aku pejamkan mata sebentarcubamendengar kata hati aku apa keputusan yang patut aku buat. Akhirnya aku lepaskan beg dan meluru memeluk ibu.

“Maafkan Tasha, Tasha takkan tinggalkan ibu. Maafkan Tasha ibu” bisik aku perlahan.

p/s:

Hai gulrz…N3 ini merupakan yg terakhir di blog…Sorry gurlz…

Actually, manuskrip utk novel ni skrg dalam penilaian utk di terbitkan .so, pada pmbaca setia novel ni…klu ada rezeki kita jumpa dlm versi cetak pula yerr….

Hint: Ada lagi 30 bab utk cita ni..n byk lg konflik yg aada…agk2, klu cita ni di terbitkan nak beli x..???hehhe

Thankss sb sudi baca…sgt2 mghargai..n pada yg komen, sy btul2 terharu atas komen anda…saya juga akan buat cita baru, so, klu sudi bacalah novel terbaru saya pula..”LURUHNYA BUNGA-BUNGA CINTA’

okay…luv you all…:)

Ku Dakap Erat Cintamu 29

BAB 29

SEBAIK aku mula pulih dari tekanan perasaan dan jiwa aku. Aku mula boleh berfikiran secara rasional dan matang. Perkara yang terjadi biarlah ia menjadi kenangan. Hidup perlu di teruskan.

Aku pun dah bersetuju untuk mengikut abang Adam dan ibunya balik kePenang. Tapi sebelum itu aku perlu berjumpa dengan ibu dan ayah kandung aku terlebih dulu. Meminta izin untuk hidup jauh dari segala kenangan pahit ini.

“Tasha pergi dulu ibu” aku bersalam dengan ibu abang Adam. Ya, aku kini memanggilnya dengan panggilan ibu. Ibu untuk aku menumpang kasih.

“Cakap elok-elok. Minta izin. Macam ibu cakap, kalau mereka tak izinkan. Ibu tak akan bawa Tasha ikut ibu dan Adam balikPenang”

Aku anggukkan kepala. Aku akan berusaha memujuk mereka kalau mereka tak izinkan aku pergi. Aku akancubasedaya upaya aku untuk meyakinkan mereka. Yang paling utama, aku tak nak pemergian aku di ketahui oleh keluarga yang telah membuang aku dalam hidup mereka.

“Adam, jaga Tasha baik-baik. Lepas dah jumpa, terus balik jangan merayau mana-mana pulak” pesan ibu pada abang Adam.

“Ibu ni, macam tak percaya pada Adam pulak”

“Bukan tak percaya tapi kurang percaya” jawab ibu abang Adam selamba.

“Yala. Adam siapa?? Semenjak ada Tasha, Adam dah jadi macam anak tiri. Semua tak kena. Semua tak betul” abang Adam pura-pura merajuk.

“Sudah. Jangan nak buat drama pula pagi-pagi ni. Pergi cepat” ibu terus memukul lengan abang Adam lembut.

Aku ketawa melihat mereka dua beranak. Aku dulu pun selalu bahagia macam ini. Tak, aku rasa lebih bahagia dari ini tapi sekarang semuanya hanya tinggal kenangan.

“Ibu ni. Adam tak sempat nak merajuk lagi ibu dah potong line” jawab abang Adam manja.

“Kamu tu dah besar. Dah boleh kahwin pun. Takkan nak merajuk lagi. Dah dah. Cepat pergi” berbalah mereka dua beranak.

Aku tersenyum melihat geligat mereka sambil kaki terus melangkah menuju ke arah kereta. Masuk saja ke dalam kereta, suasana menjadi sunyi sepi. Abang Adam juga mendiamkan diri. Lama, sebelum dia mula bersuara memecahkan kesunyian.

“Kenapa diam??”

“Tak ada apa nak cakap” jawab aku perlahan sambil mata terus membuang pandang ke arah luar tingkap.

“Takut ibu dan ayah kandung Tasha tak benarkan Tasha ikut abang dan ibu??” tanya dia lagi seperti mengerti perasaan aku.

Aku menoleh dan menjawab pertanyaannya. “Tasha akan pujuk sedaya upaya Tasha hingga mereka tetap benarkan Tasha pergi dari sini”

“Jangan risau, abang pasti mereka akan faham dengan situasi Tasha dan abang yakin mereka akan benarkan Tasha ikut abang dan ibu kePenang”

“Tasha juga berharap perkara yang sama”

Dia terus menggenggam tangan aku dengan erat sambil sebelah tangan lagi memegang stereng kereta yang sedang meluncur laju di atas jalan raya.

“Abang, balik nanti bawa Tasha pergi ke salun rambut boleh??”

“Salun rambut?? Tasha nak buat apa??”

“Tasha nak potong rambut” jawab aku ringkas. Kalau boleh aku tak nak abang Adam tahu apa yang sedang bermain di fikiran aku sekarang.

“Kenapa pula tiba-tiba saja nak potong rambut??” tanya dia sedikit kehairanan dengan permintaan aku itu.

Perlukah aku menceritakan hal yang sebenar?? Perlukah aku terangkan pada dia yang aku sekarang benci lihat rambut aku. Saat aku menyikat rambut aku yang panjang menghampiri pinggang ini. Setiap detik itulah, aku akan ingat pada abang Arill. Satu-satunya sebab kenapa aku berambut panjang hanyalah sebab abang Arill. Dia yang beria-ia menyuruh aku simpan rambut panjang. Lagipun selama ni, dia yang rajin menjaga rambut aku. Bila kami tengok televisyen bersama-sama, dia pasti akan menyikat rambut aku, menyapu pelembab pada rambut aku. Kalau harapkan aku, alamatnya jadi sarang kutulah agaknya. Aku lebih suka berambut pendek.  Kemas dan nampak muda selalu.

Tapi itu semua kini hanya tinggal kenangan. Aku juga dah tekadkan hati untuk melupakan segala-galanya. Jadi, perkara pertama yang haruskan aku lakukan adalah memotong rambut aku menjadi pendek agar aku mudah untuk melupakan kenangan itu.

“Kenapa??”

“Kenapa apa??” aku sengaja mengelak menjawab pertanyaan abang Adam.

“Kenapa nak potong rambutlah??”

“Tak ada sebab. Tasha saja nak ubah stail” jawab aku lancar.

“Betul ni??”

Aku anggukkan kepala. “Betul!! Tasha tak tipu abanglah”

“Okaylah, lepas kita jumpa mak dan ayah mertua abang, kita terus pergi salun”

Mak dan ayah mertua?? Aku terus memandang ke arah abang Adam. tersengih-sengih saja. Aku terus mengangkat penumbuk ke arah mukanya. “Ni mau??”

“Alaaa, abang melawak sajalah tapi kalau betul pun apa salahnyakan?? Kitakandah macam aur dengan…”

“Tebing?? Dah, jangan merepek” aku potong kata-katanya. Abang Adam ni bukan boleh di layan sangan kerenahnya. Nanti makin menjadi-jadi pulak nanti.

*******

SUASANA dalam kereta menjadi sunyi sepi. Sebaik berjumpa dengan ibu dan ayah, aku mula bertindak mendiamkan diri.

“Tasha okay??” tanya abang Adam.

Aku terus melemparkan pandangan mata aku ke arah luar tingkap. “Apa yang ayah cakap tadi, abang rasa betul tak??” tanya aku pula pada abang Adam tanpa menjawab pertanyaannya terlebih dahulu.

 “Yang mana satu?? Banyak yang ayah cakap tadi. Abang cuma ingat satu saja. Ayah pesan pada abang supaya jaga Tasha baik-baik. Tapikan, tadi abang rasa macam nak menjawab saja. Yala, ingat selama Tasha tinggal dengan abang, abang tak jaga baik-baik agaknya. Dia tak nampak ke, badan Tasha sampai macam nak montel dah bila duduk bawah jagaan abang tau”

“Montel??” aku pukul lengan abang Adam. Aku dah lah tengah mood sedih. Boleh pulak dia buat lawak antarabangsa. “Tasha tengah serius ni” aku mula nak naik angin satu badan.

Abang Adam terus menghentikan kereta di bahu jalan. Dia mengalihkan badannya mengadap ke arah aku. Di capainya tangan aku ke dalam genggamannya.

“Tasha dengar sini apa abang nak cakap. Abang tahu Tasha masih marahkan keluarga Tasha. Abang tahu hati Tasha masih sakit dan sedih dengan tindakan melulu mama Tasha tapi abang yakin dengan apa yang ayah beritahu tadi yang papa Tasha dan abang-abang Tasha sedang berusaha mencari Tasha”

“Dah lama abang. Kalau betul mereka semua serius nak Tasha balik pada mereka. Kenapa mereka masih tak tahu mana Tasha tinggal. Tasha rasa mereka tak usaha sungguh-sungguh pun cari Tasha” menitis lagi air mata aku.

“Jangan menangis. Tasha dah janji pada abangkan?? Tasha tak akan menangis lagi. Lupa??” abang Adam menyentuh perlahan pipi aku yang berlinangan air mata.

“Tasha ingat tapi air mata Tasha ni yang degil, tetap nak keluar. Tasha nak buat macam mana. Bukan salah Tasha pun” sempat lagi aku bergurau dengan abang Adam.

“Amboi, dah pandai menjawab sekarang ya” abang Adam ketawa. Dia mula meneruskan pemanduan menuju ke salun mengikut permintaan aku.

Semakin dekat tempat di tuju, semakin berdebar perasaan aku. Aku kena meyakinkan diri aku yang ini yang terbaik.

“Dah sampai. Jom” abang Adam mematikan enjin kereta.

Aku melangkah keluar dan bergerak perlahan hingga sampai di muka pintu. Kaki aku tiba-tiba tak bergerak.

“Jomlah masuk” ajak abang Adam.

“Tasha..” aku kehilangan kata-kata.

“Kenapa ni?? Tasha ada masalah??”

Aku gelengkan kepala. Aku kuatkan hati dan terus melangkah masuk ke dalam salun dengan yakin.

“Selamat datang. Ya cik. Nak buat rebonding??”

“Potong pendek” jawab aku dengan pantas sambil tangan aku menunjukkan ke paras bawah telinga.

“Pendek sangat tu. Sayanglah. Rambut cik cantik, sihat pula tu. Betul ni nak potong pendek??” tanya dia bersungguh-sungguh.

Aku angguk.

“Potong rambut takkan menolong kita lupakan perkara atau kenangan silam”

“Eh, nanti” tegah aku bila pembantu salun itu hampir memotong rambut aku sebaik dia menghabiskan kata-katanya. “Sampai sinilah” tunjuk aku pada paras bahu.

Dia macam tahu-tahu saja apa yang menyebabkan aku ingin potong rambut. Dia tersenyum pada aku. Tapi betul juga kata-katanya. Sependek mana pun rambut aku, kenangan itu tak mungkin akan lupus dari kotak fikiran aku.

“Apa gelak-gelak??” sempat lagi aku jeling pada abang Adam. Eleh, ingat lawak sangat agaknya tergelak-gelak tengok aku.

“Baguslah potong rambut, lenguh tangan abang tolong keringkan rambut Tasha yang panjang sangat tu”

“Eleh, Tasha tak suruh pun okay. Abang yang sibuk sangat tu siapa suruh tapi bila dah buat ungkit-ungkit pulak. Tak ikhlas!!”

“Eh, siapa kata tak ikhlas. Ikhlas lah tapi jauh ikhlas tu”

Ishh, geram betul aku dengan abang Adam ni, ada saja benda nak di jawabnya. Malas aku nak bertekak dengan abang Adam, mesti dia yang menang punya.

p/s: Komen jangan tak komen..:)

Ku Dakap Erat Cintamu 28

BAB 28

“TASHA, jom makan” ibu abang Adam memanggil aku lembut.

Air mata aku terlalu mudah mengalir. Masih mengalir dan akan mengalir tanpa di pinta. Dah sebulan aku tinggal di rumah abang Adam tapi aku masih mendiamkan diri. Memprotes pada diri sendiri. Macam mana aku nak makan, kalau selera makan aku pergi bersama-sama semangat yang ada pada diri aku.

Ibu abang Adam terus keluar dari bilik selepas aku tidak menjawab pertanyaannya. Tapi tak sampai seminit, abang Adam pulak masuk ke bilik aku. Aku pejamkan mata.

“Tasha, okay tak ni??”

Aku buka mata aku perlahan, air mata masih lagi mengalir tanpa di pinta.

“Tasha, sakir kepala. Tasha..” kata aku sambil memegang kepala aku.

“Abang ambil ubat”

Aku terus memegang tangannya menghalangnya bangun dari sisi aku.

“Tasha tak nak ubat. Abang jangan pergi. Tasha takut. Jangan tinggalkan Tasha sorang-sorang. Tiap-tiap malam Tasha mimpi buruk”

“Jangan risau, abang takkan pergi mana-mana. Abang akan sentiasa ada di sisi Tasha” dia mengenggam erat tangan aku.

Perlahan-lahan aku memejamkan mata aku. Dari semalam atau lebih tepat sejak aku tinggal di rumah abang Adam aku tak dapat melelapkan mata aku sebab masih terbayang-bayang di ruang mata aku apa yang aku nampak di banglo milik papa itu. Sangat-sangat menyakitkan hati aku.

Abang Adam menyelimutkan aku, sebelah tangannya masih memegang erat tangan aku. Aku hanya mampu merasa pergerakan tangannya sebab mata aku dah terpejam. Mencuba untuk tidur. Mencuba dan terus mencuba walaupun sesekali air mata aku masih mengalir.

Aku rasa tak sampai sejam aku tidur, aku dah terjaga. Hati dan perasaan aku masih sakit sebaik terjaga dari tidur. Kenapa aku tak dapat nak melupakan ini semua. Aku kini dah tak berharga pada mereka ke??

Aku mencari-cari kelibat abang Adam, tiba-tiba aku jadi takut. Aku takut abang Adam juga akan tinggalkan aku macam mana keluarga aku tinggalkan aku dan Fariss juga meninggalkan aku tanpa berita di saat aku sangat-sangat memerlukannya dalam hidup aku. Aku tak mampu nak hadapi ini semua sekali lagi.

“Tasha dah bangun?? Kenapa tidur sekejap sangat??” abang Adam masuk bersama-sama ubat dan segelas air di tangannya.

Akucubabangun untuk duduk tapi kepala aku masih pening. Laju saja kaki abang Adam mendapatkan aku sebaik dia meletakkan ubat dan air di atas meja di tepi katil tempat aku berehat.

“Sini abang tolong” ujarnya sambil tangannya tangkas membantu aku untuk bangun.

“Terima kasih”

Abang Adam menghadiahkan aku dengan sebuah senyuman di bibirnya.

“Abang suapkan bubur nak?? Ibu masakkan untuk Tasha. Sedap tau. Abang pun dah rasa  terliur bau ni” katanya sambil mengambil bubur di sebelah ubat yang dia letakkan di tepi meja tadi.

Aku pun tak pasti bila masa dia mengambil bubur itu, mungkin waktu aku tengah tidur tadi. Tapi macam mana aku nak makan, aku rasa tekak aku tak dapat nak menerima apa-apa jenis makanan pun. Aku betul-betul tak ada selera untuk makan.

“Tasha tak lapar” kata aku perlahan.

“Abang suapkan okay. Lepas makan bubur ni, baru boleh makan ubat. Tasha pening kepalakan. Jadi, kenalah makan ubat tapi sebelum makan ubat kena makan bubur dulu. Abang suapkan Tasha nak??” dia terus mahu menyuapkan aku bubur.

“Tasha tak nak makan” kata aku sekali lagi sambil mengelengkan kepala.

“Tasha tak kesiankanibu ke?? Penat ibu masak untuk Tasha. Kalau tak kesian untuk ibu, Tasha kesian kat abang. Penat dah ni tangan abang pegang sudu nak suap Tasha ni” katanyacubamembuatkan aku ketawa.

Entah kenapa, air mata aku tiba-tiba mengalir lagi. Abang Adam terus meletakkan bubur di atas meja semula. Tangannya pantas mengelap air mata yang jatuh di pipi aku saat ini.

“Tasha jangan menangis lagi, abang sedih tengok Tasha macam ni. Dah sebulan macam ni. Tasha tak henti-henti menangis. Hati abang sakit tengok keadaan Tasha macam ni. Abang tak tahu macam mana abang nak tolong hentikan air mata Tasha. Tasha tolong abang, tolong kembalikan semula senyuman Tasha yang selalu buatkan hati abang gembira” abang Adam memegang lembut kedua-dua belah bahu aku.

Aku hanya menundukkan kepala dari terus bertentang mata dengan abang Adam. Aku tak berani nak memandang matanya lama-lama. Aku nampak, matanya juga sudah mula bergenangan dengan air mata. Akucubasedaya upaya aku untuk menahan air mata aku dari terus mengalir di depannya.

“Hati Tasha sakit” aku luah perlahan sambil memegang dada aku hanya untuk menunjukkan betapa sakitnya hati aku sekarang ni.

Dia terus mengambil tangan aku dan meletakkan di dadanya pula.

“Hati abang pun sakit bila tengok keadaan Tasha macam ni” katanya kuat pada pendengaran aku.

“Tasha minta maaf”

“Abang tak nak dengar semua tu. Abang tak nak Tasha selalu ucap terima kasih dan minta maaf. Abang cuma nak Tasha tunjukkan melalui perbuatan. Perbuatan yang menunjukkan ungkapan terima kasih dan minta maaf. Langkah pertama, abang suap Tasha bubur, Tasha makan. Itu tandanya Tasha dah mengucapkan terima kasih pada abang” dia terus mengambil bubur yang di letakkannya tadi.

Dengan sedaya upaya aku, akucubamembuka mulut aku sedikit. Akucubauntuk mengambil hati abang Adam. Sekarang aku hanya ada abang Adam, aku perlukan dia. Aku tak nak dia juga tinggalkan aku macam keluarga aku dan Fariss.

“Ha, macam tu la. Tasha makan banyak sikit. Lepas tu makan ubat. Lepas tu tidur. Lepas bangun makan balik. Lepas tu makan ubat. Lepas tu…”

“Tasha nak mandi” aku terus memotong percakapan abang Adam bila dia dari tadi asyik sebut lepas tu, lepas tu. Nak tergelak aku.

“Patutlah abang bau ‘ucuk macham’ je. Tasha tak mandi lagi rupanya” abang Adam masihcubamembuatkan aku tersenyum.

Akucubasenyum. Senyum untuk dia.

“Ha, macam tu la Tasha yang abang suka. Selalu senyum. Senyum tukansatu sedekah” ujarnya lagi.

Habis satu mangkuk bubur habis di makan oleh aku. Nasib baik abang Adam yang suap. Kalau makan sendiri aku rasa tak terluak langsung la bubur tu. Aku rasa betul-betul dihargai, sebaik habis makan bubur, abang Adam terus memberikan aku ubat dan air untuk di minum.

“Terima kasih”

Abang Adam terus ketuk kepala aku sebaik aku ucap terima kasih. Tapi tak la kuat pun dia ketuk. Perlahan je.

Ishhh, berapa kali abang nak kata jangan ucap terima kasih. Tasha nak mandikan?? Tasha mandi dulu okay. Abang pergi simpan mangkuk ni kat dapur dulu”

Aku terus masuk ke bilik air untuk menyegarkan badan aku yang lemah. Lemah semangat.

Lama aku mandi, aku menangis semahu-mahunya semasa mandi sebab aku tak nak lagi menangis di depan abang Adam. Aku keluar dari bilik air. Mengeringkan rambut aku yang panjang. Tiba-tiba aku jadi benci melihat rambut aku yang panjang ni.

Pintu di ketuk, abang Adam membukanya. Aku tak menunjukkan sebarang reaksi terhadapnya.

“Dah segar??” tanyanya sambil terus mengambil tuala di tangan aku.

Aku terkejut dengan tindakannya, dia terus menolong aku mengeringkan rambut menggunakan tuala yang di ambilnya dari tangan aku. Tiba-tiba aku tersenyum, dia betul-betul berusaha untuk mengambil hati aku dan mengembirakan aku.

“Tasha nak tahu tak, ini kali pertama abang tolong keringkan rambut orang lain tau, perempuan pulak tu”

“Tapi bagi Tasha, abang Adam bukan orang pertama yang keringkan rambut Tasha” ungkap aku perlahan. Aku jadi rindu pada abang Arill tiba-tiba. Hanya abang Arill yang selalu keringkan rambut aku dan bermain dengan rambut aku. Aku jadi sedih kembali.

“Dah, jangan sedih-sedih and don’t get sick anymore. Abang tak akan pergi mana-mana dan tinggalkan Tasha sorang-sorang”

Aku terus pusing mengadap dirinya dan memegang tangannya erat.

Thanks for everything’ aku hanya mengungkapkan perkataan-perkataan itu dalam hati.

Dia terus tolak dahi aku, teruk betullah abang Adam ni. Aku punya feeling-feeling sebab terharu dengan segala tindakan dia. Dia selambanya merosakkan feeling aku tu.

“Tahu dah, mesti Tasha ucap terima kasih dalam hatikan”

“Macam mana abang tahu??”

“Abang tahu lah, tengok dari gerak mata Tasha pun abang dah boleh baca”

Aku hanya mencebik. Nak kata pandai baca fikiran aku la tu.

“Ingat cun habislah tu cebik-cebik mulut macam tu atau pun nak suruh abang kiss

Laju saja tangan aku menutup mulut, gila kot abang Adam ni. Saja je nak buat jantung aku berdegup kencang dengan kata-kata dia. Lepas tu dia boleh pula ketawa terbahak-bahak tengok reaksi aku.

“Okay la. Sekarang abang nak tahu cerita Tasha. Boleh ceritakan apa yang terjadi??” tanya abang Adam dengan berhati-hati.

Aku tahu dia risau aku akan tersinggung dengan kata-kata dia. Aku pun dah tak tertahan nak menanggung semua ni seorang diri. Aku akan bercerita. Bercerita dari mula hingga akhir. Aku perlu berkongsi masalah aku. Harapan aku, semoga selepas aku ceritakannya, beban di hati aku akan berkurangan.

“Tasha anak angkat” itu ayat pertama yang keluar dari mulut aku.

“Itu abang dah tahu”

“Macam mana abang tahu??” aku pandang wajah abang Adam pelik.

“Masa abang bawa balik Tasha, abang pergi jumpa Arill tapi abang tak beritahu dia pun Tasha ada dengan abang. Abang sengaja tanya dia, mana Tasha??”

“Dia jawab apa??” tanya aku laju.

“Dia cakap, Tasha tinggal dengan keluarga kandung Tasha. Abang ada tanya, dia tak pergi jumpa Tasha ke?? Dia cakap, mama dia tak izinkan dia pergi sebab nak bagi peluang pada Tasha untuk berkenalan dan bermesra dengan lebih rapat dulu tanpa ada gangguan dengan keluarga kandung Tasha”

Aku mengangguk perlahan. Hati masih lagi terluka. “Abang Arill mesti tak tahukankenapa Tasha pergi rumah keluarga kandung Tasha??” tanya aku pada abang Adam.

“Dia tak ada cakap apa-apa pulak pasal hal tu”

“Mama halau Tasha keluar dari rumah” air mata terus mengalir. Laju aku mengelap air mata aku. Aku tak nak lagi menangis tapi aku selalu tewas dengan air mata aku sendiri.

“Halau?? Kenapa?? Macam mana boleh jadi macam tu??”

“Farhana perangkap Tasha” jawab aku perlahan. Aku pejamkan mata, aku pegang dada aku perlahan bila aku masih lagi dapat merasa macam mana sakitnya hati aku bila mama tak percayakan aku lagi.

“Perangkap?? Abang tak faham” tanya abang Adam lagi.

“Dia lukakan diri dia sendiri lepas tu dia tuduh Tasha yang lukakan dia. Tapi Tasha tak pernah buat macam tu pun. Abang Adam percaya pada Tashakan?? Abang percayakanTasha tak buat semua tu pada dia??” aku terus genggam tangan abang Adam kuat.

“Abang percaya pada Tasha”

Aku terus menangis bila abang Adam percayakan aku tapi mama aku sendiri yang menjaga aku dari kecil pun tak percayakan aku.

“Ibu pun percaya pada Tasha”

Aku toleh ke arah suara itu. Ibu abang Adam datang menghampiri aku. Dia duduk di sebelah aku dan memaut tubuh aku ke dalam dakapannya.

“Ibu percayakan Tasha. Tasha jangan sedih lagi. Kalau mereka tak nak Tasha lagi. Ibu sentiasa akan terima Tasha. Tasha jadi anak ibu. Ibu akan jaga Tasha macam anak ibu sendiri. Cuma Tasha janji dengan ibu satu perkara, Tasha jangan lagi menangis macam ni. Lupakan semua perkara yang melukakan hati Tasha”

Aku terus membalas pelukan ibu abang Adam. Aku anggukkan kepala setuju dengan permintaan ibu. Aku nampak abang Adam tersenyum.

Ku Dakap Erat Cintamu 27

BAB 27

AWAL hari ini aku bangun. Sebaik azan Subuh berkumandang, aku dah siap mengemas baju dan barang-barang aku. Aku betul-betul rindukan keluarga aku sekarang ini. Aku rindukan papa, mama dan abang-abang aku.

Aku tak kira, apa pun yang terjadi aku tetap nak tinggal dengan mereka. Hati aku tak cukup kuat untuk tinggal berjauhan dari orang-orang yang penting dalam hidup aku. Kalau perlu merayu pun aku sanggup. Aku akan merayu sehingga mama akan benarkan aku kembali ke rumah itu. Ya, aku akan buat itu semua.

Sebaik selesai sembahyang Subuh, aku terus keluar dari bilik sambil menjinjit beg di tangan. Ibu dan ayah dah sedia menunggu aku untuk bersarapan bersama-sama.

“Semua barang dah ambil??” tanya ayah.

Aku hanya mengangguk-anggukkan kepala. Aku nampak ibu mengalirkan air mata. Aku tahu dia sedih aku akan pergi meninggalkan dia tapi ini semua untuk kesihatan aku juga. Ya, aku tahu. Aku pentingkan diri sendiri. Untuk kesihatan mental aku sebenarnya bukan kesihatan fizikal sangat yang aku bimbangkan.

“Jom, ayah hantarkan”

“Ayah, tak apa. Tasha pergi naik teksi” aku tak nak menyusahkan ayah.

“Betul ni??” tanya ayah.

“Betul, ayah dan ibu jangan bimbang. Tasha akan datang selalu melawat ayah dan ibu. Tasha janji” aku memeluk ibu erat.

“Jaga diri. Kalau ada apa-apa, jangan lupa beritahu kami sama” ayah bersuara.

Aku peluk ayah. “Tasha janji, Tasha akan beritahu segala-galanya pada ayah dan ibu. Tasha tak akan buat ayah dan ibu risau. Tasha janji” aku bersungguh-sungguh.

Sebaik teksi sampai di depan rumah. Aku terus masuk tanpa bersuara lagi. Aku takut, air mata aku akan mengalir lagi. Aku terus melambai-lambaikan tangan ke arah mereka. Dari jauh aku nampak mereka masih berdiri di hadapan rumah mungkin menunggu sehingga teksi yang aku naiki hilang dari pandangan mata mereka mungkin.

Perasaan aku tiba-tiba makin berdebar-debar bila teksi yang aku naiki makin dekat dengan kawasan rumah papa dan mama. Aku menyuruh pemandu teksi itu berhenti agak jauh dari rumah. Tiba-tiba rasa belum bersedia. Apa agaknya reaksi mereka bila aku kembali. Seronok atau gembira atau mama akan menghalau aku untuk kali kedua.

Aku terus bergerak berjalan perlahan-lahan menuju ke arah banglo milik papa itu. Hati makin berdebar-debar dan akhirnya aku sampai juga di hadapan pintu pagar.

“Seronokkan dapat lepak sama-sama macam ni. Bolehlah Hana kenal dengan lebih rapat lagi keluarga Hana ni”

Terlepas beg di tangan aku sebaik aku terdengar suara Farhana sedang bersuka ria dengan keluarga aku. Dari celah-celah pintu pagar, aku dapat melihat mereka sedang bergelak ketawa bersama-sama. Tanpa aku sedari, air mata aku jatuh lagi bila melihat meraka satu keluarga gembira tanpa aku. Dada aku tiba-tiba sebak melihat adegan di hadapan aku. Walaupun aku curi-curi melihat dan mendengar perbualan mereka tapi cukup untuk menghancurkan dan meleburkan hati aku yang telah mula tercalar semenjak aku di halau oleh mama. Aku genggam erat pintu pagar dihadapan aku, sebab aku rasa kaki aku dah tak cukup kuat untuk terus berdiri di sini. Lutut aku dirasakan lemah, segala sendi-sendi aku mula menggeletar . Apa yang aku fikirkan akhirnya terjadi juga, aku akhirnya jatuh terjelepuk ke bawah.

“Sayangkan baby tak ada bersama-sama dengan kita”

Aku terdengar suara abang Arill. Aku memandang ke arah abang Arill yang tiba-tiba bangun dan duduk di sebelah Farhana. Mata aku tak berkelip-kelip melihat tindak-tanduk abang Arill.

“Rambut Hana pun panjang macam baby. Abang buatkan tocang nak??”

“Hana, jangan terkejut pulak, abang Arill ni memang suka sangat dengan perempuan yang berambut panjang. Lepas ni, rambut Hana pulaklah yang jadi mangsa dia” ucap mama sambil tersenyum riang.

“Abang selalu main dengan rambut baby, tapi dah baby ada kat rumah keluarga kandung dia. So, abang tak ada peluang dahlah nak main-main dengan rambut baby. Bila abang main rambut baby kan, kadang-kadang tu dia marah jugak sebab abang suka selerakkan rambut dia”

Hancur luluh hati aku bila lihat abang Arill dah mendapat pengganti aku. Hati aku sakit sangat bila terpaksa melihat semua ini. Aku terus bangun dan berjalan perlahan-lahan meninggalkan semua yang menyakitkan hati aku ini.

Sebaik sampai di jalan utama, aku dah tak dapat nak berjalan lagi. Lemah segala anggota badan aku. Air mata asyik mengalir. Aku tak nak menangis tapi air mata tetap nak keluar. Mungkin hanya air mata yang akan jadi peneman aku sekarang ini.

Akhirnya aku jatuh juga ke tanah. Aku dah tak mampu nak melalui semua ini. Di buang keluarga. Macam mana aku nak hidup sekarang?? Pada siapa aku perlu minta pertolongan. Aku dah berseorangan sekarang ini.

Menangis teresak-esak aku seorang diri di tepi jalan. Aku terus memeluk lutut aku dan terus menangis menangisi nasib aku.  Pedihnya aku yang terasa. Aku hanya mampu berserah dan berdoa pada yang Esa semoga DIA menghantar seseorang untuk melindungi hati aku dari di lukai lagi. Aku betul-betul dah tak mampu nak menangung semua ini lagi.

“Tasha!!”

Aku terus mendongakkan kepala. Air mata makin laju mengalir sebaik aku terpandangkan insan di hadapan aku. Akucubabangun, tapi aku asyik jatuh.

“Tasha kenapa ni??” terus di sambutnya badan aku dari jatuh lagi. Dia memegang erat kedua bahu aku.

“Tasha dah tak ada sesiapa” aku terus teresak-esak menangis.

“Jangan menangis. Abang tak faham”

“Mama dah halau Tasha keluar dari rumah. Semua ahli keluarga tak cari Tasha langsung. Mereka dah tak sayangkan Tasha”

Abang Adam terus menarik aku dalam dakapannya. Aku terus menangis di bahu abang Adam. Diacubatenangkan hati aku tapi hati aku tak mungkin akan tenang dengan semudah itu. Hati aku dah terlalu hancur.

“Mereka sayang Tasha. Jangan fikir bukan-bukan. Sekejap, abang call Arill”

Kaki aku dah terlalu lemah untuk berdiri lama-lama. Aku terus terjelopok jatuh sebaik abang Adam melepaskan pegangannya dari badan aku untuk mengambil telefon dari dalam poketnya.

“Tasha” abang Adam tak sempat nak memegang aku.

“Jangan telefon siapa-siapa. Kalau abang telefon mereka, abang tak akan jumpa Tasha lagi lepas ni” akucubamenghabiskan kata-kata aku.

“Habis tu Tasha nak pergi mana sekarang??”

Aku pandang ke arah anak mata abang Adam. “Abang jangan tinggalkan Tasha. Tasha dah tak ada siapa-siapa dalam hidup Tasha. Abang jangan tinggalkan Tasha” aku pegang lengan abang Adam kuat sambil air mata masih lagi tak berhenti dari mengalir.

Abang Adam terus menyapu air mata yang jatuh di kedua-dua belah pipi aku. “Abang takkan tinggalkan Tasha”

“Janji?? Abang janji jangan tinggalkan Tasha??”

“Abang janji. Abang takkan tinggalkan Tasha seorang diri. Abang janji!!”

Sebaik aku dengar kata-kata janji keluar dari mulut abang Adam. Aku terus tak sedarkan diri.

*******

SEBAIK aku membuka mata aku. Aku rasakan kepala aku sakit sangat dan tiba-tiba perut aku juga seperti mencucuk-cucuk. Aku terus mengerang kesakitan.

“Tasha kenapa ni??”

“Sakit!!” aku memegang perut aku kuat. Sakit di perut mengatasi sakit di kepala. Aku rasa penyakit aku mula menyerang.

“Tasha jangan takutkan abang. Jom, abang bawa Tasha pergi hospital”

Aku tolak tangan abang Adam, aku terus pejamkan matacubauntuk menahan sakit yang tiba-tiba menyerang lagi.

“Tasha tak ada apa-apa, mungkin sebab Tasha period” aku masih memegang erat perut aku yang macam mencucuk-cucuk.

“Betul ni?? Bukan sebab penyakit Tasha??”

Aku gelengkan kepala. Aku akan minta maaf pada abang Adam satu hari nanti sebab aku dah tipu dia. Aku tak period pun, sakit aku sekarang memang di sebabkan penyakit aku tapi aku tak nak menakutkan abang Adam dengan penyakit aku sekarang ni.

“Tasha ada dekat mana ni??” tanya aku perlahan sambil memandang sekeliling tempat aku berbaring.

“Tasha ada di rumah abang”

“Rumah abang?? Nanti ibu abang marah nampak Tasha kat sini” aku terkejut dan takut.

“Tasha jangan risau, ibu abang dah tahu Tasha ada sini”

“Benarkan Tasha tinggal sini buat sementara waktu??” pinta aku pada abang Adam.

“Kenapa?? Abang tak faham apa yang berlaku pada Tasha sekarang ni??”

Aku pejamkan mata. Mengalir air mata aku.

“Adam, jangan ganggu Tasha. Biar dia berehat” ibu abang Adam berdiri di depan aku. Dia duduk perlahan-lahan mengadap aku.

“Tasha jangan sedih lagi. Tasha boleh tinggal kat sini selama mana yang Tasha nak. Jangan fikir apa-apa lagi. Tasha berehat saja” ibu abang Adam mencium kepala aku.

Aku terharu dengan layanan yang di berikan oleh ibu abang Adam.

“Adam, jom keluar. Jangan ganggu Tasha. Biar dia berehat” kata ibu abang Adam lagi.

Mereka terus bangun meninggalkan aku seorang diri dalam bilik. Belum sempat abang Adam melangkah keluar, aku memanggil namanya.

“Abang Adam, jangan beritahu sesiapa Tasha ada dekat sini. Janji dengan Tasha”

“Abang janji. Tasha jangan risau. Tasha rehat okay” katanya sebelum menutup pintu.

p/s:  komen lah ya..!!thanks..

Ku Dakap Erat Cintamu 26

BAB 26

AKU tak dapat nak bangun. Dari semalam aku tahan sakit di perut aku. Kalau di ikutkan, hari ini aku perlu berjumpa dengan uncle Muiz untuk tetapkan tarikh untuk buat pembedahan. Tapi dengan segala masalah yang terjadi sekarang. Aku tak tahu apa nasib aku. Aku hanya mampu berserah pada Tuhan. DIA lebih mengetahui segala-galanya.

‘Tukk, tukk’

Ketukan di pintu membuatkan aku tersentak. Akucubabangun untuk membuka pintu. Tapi sakit yang aku alami tak dapat di gambarkan dengan kata-kata. Akucubasedaya upaya untuk membuka pintu. Sebaik pintu di buka, aku terus terjelopok jatuh.

“Tasha, kenapa ni??” suara ibu dalam ketakutan melihat aku yang dalam keadaan kesakitan. Baru minggu pertama aku datang sini, aku dah jatuh sakit. Mesti dia takut melihat keadaan aku. Maafkan Tasha ibu.

“Tasha sakit perut” muka aku dah berpeluh-peluh menahan sakit. “Ibu, tolong ambilkan ubat Tasha dalam beg biru tu” aku menunjukkan ke arah beg aku. Kelam kabut aku melihat ibu mencari-cari ubat yang ada dalam beg. 

“Nah makan cepat” ibu memberikan aku ubat yang aku minta berserta segelas air. Aku dengan pantas terus menelan ubat yang diberikan.

Sebaik ubat di telan dan aku meneguk sehingga habis air di dalam gelas, aku dapat rasakan kesakitan yang aku alami semakin berkurangan.

“Tasha sakit apa??” tanya ibu sebaik ibu meletakkan aku semula di atas katil.

“Tasha tak ada apa-apa, ibu jangan risau okay, lepas makan ubat ni dah okay sikit dah” aku menyentuh lembut tangan ibu.

“Adaapa-apa yang ibu tak tahu??”

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Ibu menolong aku baring di atas katil. Aku memandang wajah ibu sambilcubamelemparkan senyuman ke arahnya.

Sambil mengenggam erat tangan ibu, akucubamententeramkan perasaannya, “Ibu jangan risaukan Tasha. Tasha tak ada apa-apa. Perkara biasa saja ni. Ibu jangan risau okay”

 “Ibu minta maaf sangat-sangat dengan Tasha, ibu tak mampu sediakan keperluan yang Tasha dapat seperti mana Tasha tinggal disana. Ibu minta maaf” aku dapat lihat air mata mengalir jatuh ke pipinya.

Aku bingkas bangun dan memeluk dirinya. “Ibu jangan macam ni. Ibu tak salah apa-apa pun dengan Tasha. Ibu jangan risau, Tasha tak kisah asalkan ibu dan ayah sayangkan Tasha. Itu dah cukup buat Tasha”

“Tasha pergilah baliksana. Jangan risaukan ibu dan ayah di sini” kata ibu sambil meleraikan pelukan aku.

“Apa ibu cakap ni?? Ibu tak suka Tasha tinggal sini??”

“Bukan tak suka. Tapi kami tak mampu nak beri apa yang Tasha pernah dapat sebelum ini”

“Tasha tak faham. Apa yang ibu dan ayah tak mampu nak beri Tasha??”

“Kemewahan” luah ibu perlahan.

“Tasha tak perlukan itu semua ibu. Cukup ibu dan ayah sayang Tasha”

“Jangan tipu diri sendiri Tasha, ibu tahu kamu sedih”

“Tasha bukan sedih cuma Tasha rindu mereka semua” tutur aku dengan berhati-hati agar ibu tak tersinggung. Seboleh mungkin aku ingin menjaga perasaannya.

“Ibu dan ayah dah berbincang. Kami dah setuju nak hantar Tasha balik semula kesana. Cukuplah seminggu Tasha di sini. Ibu dan ayah tak sanggup lagi lihat Tasha dalam keadaan sedih. Semenjak Tasha di sini, sekalipun kami tak pernah lihat senyuman di wajah kamu Tasha”

“Ibu….”

Shhhh...jangan cakap apa-apa lagi. Ibu tahu Tasha serba salahkan?? Tasha jangan kasihankan kami. Kalau kami rindukan kamu atau Farhana, tahulah ibu dan ayah pergi melawat kamu berdua disana”

“Tapi Tasha nak tinggal di sini. Tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah kandung Tasha” jawab aku laju. Betapa hipokritnya aku saat ini. Kalau bukan mama halau aku keluar dari rumah tak mungkin aku akan datang tinggal bersama-sama ibu dan ayah kandung aku di sini dengan sendirinya. Nasib baik mama beri alamat rumah ibu dan ayah aku. Kalau tidak, aku sendiri pun tak pasti ke mana aku harus pergi.

‘Maafkan Tasha ibu. Maafkan Tasha ayah’

“Tapi..”

“Tak ada tapi-tapi lagi ibu. Tasha dah buat keputusan dan keputusan yang Tasha buat ni dah muktamad. Tasha nak tinggal di sini. Bolehkan??” Ibu takkan halau Tasha pergikan??” bergenang air mata aku saat ini. Aku sedih tapi aku sendiri tak pasti apa motif utamanya sebab aku sedih sekarang ini.

“Ibu bukan nak halau Tasha, tapi ibu nak yang terbaik buat anak ibu” ibu memegang lembut pipi aku.

“Ini yang terbaik buat Tasha ibu. Tinggal bersama-sama dengan ibu dan ayah”

“Tasha pasti??”

“Seratus peratus pasti” jawab aku dengan senyuman.Cubameyakinkan ibu dengan senyuman yang aku lemparkan ini.

*******

“TASHA, jom makan. Ibu dah siapkan makan malam” panggil ibu perlahan seraya membuka pintu bilik aku.

Perlahan aku bangun mengikut ibu dari belakang. Ayah dah ada di meja makan, akucubamenghilangkan rasa kekok aku. Yala, baru seminggu aku tinggal bersama-sama dengan mereka. Perasaan kekok itu masih lagi wujud dalm diri aku.

“Duduklah Tasha” sapa ayah lembut seperti mengerti apa yang bermain di fikiran aku.

Aku duduk perlahan-lahan. Makanan yang terhidang tidak sedikit pun menaikkan selera aku. Bukan sebab ibu masak tak sedap tapi selera aku belum terbuka bila berjauhan dengan ahli keluarga aku. Masih terngiang-ngiang usikan abang Arill bila kami makan bersama-sama. Senyuman papa pada aku bila aku membuat lawak agar suasana menjadi ceria tapi di sini semua tu tidak ada. Yang ada cuma ibu dan ayah yang baru aku kenal selama seminggu.

“Makanlah, ambil lauk tu. Dah seminggu tinggal sama-sama takkan malu-malu lagi” ayah cuba menceriakan suasana bila aku diam membisu dan pergerakan aku juga kaku tidak bergerak.

Akucubatersenyum pada ayah. Aku makan perlahan-lahan sesekali menjawab soalan yang ayah tanya padaku.Cubamewujudkan suasana keluarga yang ceria tapi aku tak mampu, hati aku belum bersedia dengan ini semua.

‘Mama, tolonglah datang cari Tasha semula. Mama, terimalah Tasha semula. Mama, Tasha tak boleh hidup tanpa mama, papa dan abang-abang. Mama, maafkan Tasha mama’ aku tutur dalam hati aku. Aku dapat rasakan air mata hampir mengalir. Cepat aku menahannya dari jatuh berjuraian kerana rindukan mereka sekeluarga. Aku tak nak ibu dan ayah nampak air mata aku.

Seusai selepas makan, aku menolong ibu membasuh pinggan. Nampaknya macam pertama kali seumur hidup aku. Sebelum ni tak pernah buat sendiri.

“Tak payahlah susah-susah Tasha, tinggalkan. Nanti ibu basuh” arah ibu.

“Tak apa ibu. Sikit saja ni”

“Boleh tak ni??” tanya ibu bila aku macam kekok nak mencuci pinggan pun.

“Boleh” jawab aku laju.

Habis saja mencuci pinggan mangkuk, aku berjalan nak menuju ke ruang tamu. Saja nak beramah mesra dengan ayah tapi langkah aku tiba-tiba terhenti bila sakit di perut aku mula terasa. Aku pegang erat perut aku. Kali ni sakit yang aku rasakan memang tak dapat nak di gambarkan lagi. Aku terduduk jatuh di atas lantai.

“Tasha, kenapa ni?? Abang cepat tolong Tasha” panggil ibu pada ayah yang masih leka menonton televisyen.

“Kenapa ni??” tanya ayah pula.

Aku tak dapat nak bersuara dah. Suara ayah juga aku dengar semakin perlahan. Entah sejak bila, aku rasa aku mula tak sedarkan diri.

Sebaik mataku terbuka, aku lihat ibu dan ayah di sisi. Hanya mereka. Aku jadi sebak tiba-tiba. Aku mengharapkan papa, mama dan abang-abang aku yang ada. Aku mengharapkan segala yang terjadi selama ni hanya mimpi tapi rupa-rupanya inilah kenyataan hidup aku.

“Tasha, Tasha okay tak?? Abang panggil doktor” ibu bersuara.

Laju aku nampak ayah memanggil doktor. Aku tengok sekeliling. Ramai pesakit dalam bilik ni. Aku tahu, aku bukan lagi berada di wad kelas yang pertama. Aku tahu, ibu dan ayah tak mampu. Aku tak berkecil hati. Ini sememangnya dan sepatutnya hidup aku sejak dulu lagi, hanya berada dalam keserdehanaan bukan dalam kemewahan seperti sebelum ini.

“Natasha Camelia” panggil doktor yang berada di hadapan aku sekarang.

Aku angguk perlahan. Aku nampak doktor tu mengerutkan dahinya semasa membaca laporan tentang kesihatan aku di tangannya.

“Tahu tak cik Natasha sakit apa??” tanyanya penuh hormat.

Aku angguk lagi dancubamenjawab seringkas mungkin. “Tahu”

“Mereka tahu??” tanya doktor itu lagi sambil menunjukkan ke arah ibu dan ayah.

Aku gelengkan kepala.

“Tahu apa doktor?? Apa sakit anak saya??” tanya ibu laju.

“Boleh saya beritahu mereka tentang ni??” tanya doktor itu lagi meminta kebenaran.

Aku angguk lagi. Itu saja yang aku tahu, angguk dan geleng. Suara dah tak mampu nak keluar.

“Mari ikut saya, kita bincang di bilik saya” ajak doktor separuh abad itu pada ibu dan ayah.

Aku pejamkan mata bila mereka mula hilang daripada pandangan aku. Aku kini benar-benar terasa kesunyian. Aku juga tak tahu ke mana hala tuju hidup aku selepas ini. Apa yang akan berlaku dan apa yang sepatutnya berlaku aku juga tidak tahu. Buntu.

“Kenapa Tasha rahsiakan perkara ni dari ibu dan ayah??” suara ibu mengejutkan aku.

Bila masa pula yang ibu dan ayah ada di depan aku ni. Aku baru nak terlelap. Cepat pula mereka datang balik sini. Sekejapnya doktor ni cakap dengan mereka. Ingatkan lama lagi.

“Beritahu apa??” tanya aku lagi. Aku sengaja buat-buat tak tahu.

“Tentang penyakit Tasha. Tasha tahu tak, penyakit Tasha dah..” ibu tak dapat nak meneruskan kata-katanya lagi. Nampak dia sedih bila tahu tentang penyakit aku.

“Lepas boleh keluar, ayah hantar kamu balik semula kesana” tutur ayah perlahan.

“Kesana??” berdegup kencang jantung aku bila mendengarnya.

“Ya, ke rumah Dato’ dan Datin semula. Mereka pasti risaukan kamu sekarang ni”

“Tapi ayah..”

“Tak ada tapi-tapi lagi. Jangan risaukan kami, kami lebih risaukan keadaan kamu. Dah, berehat. Nanti bila dah balik, ayah hantar kamu kesanasemula. Mereka saja yang mampu buat yang terbaik untuk kamu” ucap ayah perlahan.

Aku terkedu. Ayah juga sedih, aku tahu, aku nampak raut wajahnya yang suram. Kenapalah aku selalu membawa masalah pada orang-orang yang sayang pada aku. Maafkan Tasha ibu, maafkan Tasha ayah.

Ku Dakap Erat Cintamu 25

BAB 25

“ANAK tak kenang budi” terus di tamparnya aku dengan kuat.

Buat pertama kali tangan seorang ibu yang menjaga aku dengan penuh kasih sayang selama ini, yang menatang aku bagai minyak yang penuh akhirnya mendarat di pipi aku. Aku betul-betul terkejut dan terpana dengan tindakannya yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam bilik aku dan menampar aku dengan kuat tanpa sebarang penjelasan.

“Mama, apa salah Tasha” aku memegang pipi aku yang berdenyut sebaik di tampar oleh mama. Air mata mula nak mengalir. Sebak dengan tindakan melulu mama.

“Apa salah adik?? Apa yang adik dah buat pada Farhana ha??” mama mencekak pinggang di hadapan aku. Matanya menyala-nyala mengambarkan betapa dia sangat marah dengan aku.

“Apa yang Tasha dah buat??” air mata mula menjadi teman setia pada aku semenjak kehadiran Farhana dalam rumah ini.

“Keluar dari rumah ni. Mama tak sanggup lagi nak lihat muka kamu Tasha. Mama tak sangka anak yang mama didik dan jaga selama ini sanggup buat perkara-perkara macam tu. Tak sedar di untung. Kamu tu cuma anak angkat, kamu sanggup nak pengapa-apakan anak kandung mama sendiri” mama melepaskan kemarahan pada aku.

Aku nampak Farhana tersenyum melihat keadaan aku yang teruk dimarahi oleh mama. Air mata aku terus mengalir.

“Mama, Tasha tak faham. Apa yang Tasha dah buat??” aku cuba membela diri walaupun aku dapat melihat wajah mama tidak terpacar langsung dengan kebenaran oleh aku. Semuanya sebab perempuan itu.

“Mama tak nak dengar apa-apa lagi yang keluar dari mulut kamu”

Aku terkedu.  “Mama, dengar penjelasan Tasha dulu mama. Tasha tak salah. Tasha tak pernah apa-apa kan Farhana pun” aku terus meluru memegang tangan mama.

“Mama tak sangka adik sanggup buat Farhana macam tu. Mama tahu adik cemburu dengan dia tapi mama tak sangka adik tergamak pukul dia”

“Pukul??” aku dah pelek. Fitnah apa yang dia dah lemparkan pada aku.

“Mama, dahlah. Mungkin dia tak sengaja nak pukul Hana” Farhana memegang bahu mama.

Lakonan apa yang dia sedang tunjukkan sekarang ini di depan aku dan mama. Aku tak faham apa yang mama cuba sampaikan dan apa yang Farhana dah menghasut mama sampai mama sanggup menampar dan menghalau aku keluar dari rumah.

“Mama, apa salah Tasha ma?? Tasha tak faham?? Tasha tak pernah pukul Farhana pun. Tasha tak buat semua tu!!”

“Adik dah lukakan hati mama dengan perbuatan adik. Adik sanggup pukul Hana di belakang mama. Mama tak tahu apa lagi adik sanggup lakukan lepas ni tanpa pengetahuan mama”

“Mama, Tasha cuma pernah sekali saja tampar muka Hana. Itu pun sebab dia yang mulakan dulu. Dia tampar Tasha dulu mama. Tasha tak pernah buat lebih dari Itu. Mama percaya Tashakan??” aku dah tak tahu nak buat apa-apa. Memang aku pernah tampar dia tapi itu pun sebab dia yang mulakan dulu. Aku tampar pun perlahan saja. Itu pun sebab aku nak dia tahu, aku tak mudah nak di buli lagi tapi tak sangka sangkaan aku semuanya meleset. Dia sanggup buat lebih dari itu. Fitnah aku sewenangnya.

“Mama rasa, lebih baik adik keluar dari rumah ini. Adik pergilah balik ke rumah ibu bapa kandung adik. Mama dah tak boleh nak mengawal segala tindakan adik lagi” ucap mama sambil membelakangkan aku.

Aku tahu hati mama juga terguris kerana menghalau aku tapi aku tak sangka mama sanggup butakan hatinya dan hanya mendengar di sebelah pihak saja. Aku tak bersalah.

“Mama, jangan halau Tasha ma. Tasha tak boleh hidup tanpa keluarga ni. Tasha tak boleh mama” aku terus merayu-rayu dan melutut memegang kaki mama supaya dia menarik balik kata-katanya. Aku tak sanggup berpisah dengan mereka semua.

“Pergilah, pergi dari rumah ini dan jangan balik lagi” kata mama sebelum melangkah keluar dari bilik aku.

Aku terus meraung-raung memanggil-manggil mama tapi dia sedikit pun tak pedulikan aku lagi.

“Kau dah dengar kan?? So, apa lagi. berambuslah” di pijaknya tangan aku sekuatnya.

“Apa yang kau dah hasut mama ha?? Kenapa dia sanggup halau aku keluar dari rumah ni?? Kenapa kau buat macam ni?? Apa salah aku pada kau??”

“Aku dah bagi amaran pada kaukanjangancubanak berbaik-baik dengan keluarga ni lagi. Cukuplah kau jadi macam orang gaji dalam rumah ni jangan nak berangan jadi tuan puteri lagi tapi kau degil. Kau tak dengar apa yang aku cakap. Jadi inilah balasan kau” di tampar-tamparnya pipi aku.

Aku masih lagi terduduk kaku di bawah. Masih menangis mengenangkan apa yang berlaku.

“Kau nak tahu apa yang aku beritahu mama?? Aku beritahu kau selalu tampar muka aku dan kali ni lebih teruk. Kau dah pukul kepala aku dengan raket badminton yang ada dalam bilik kau ni”

“Kau dah gila ke ha?? Aku tak pernah buat tu semua pun” aku terus bertentang mata dengannya. Sakitnya hati aku bila aku di perangkap rupanya sehingga mama terpaksa buat keputusan dengan menghalau aku keluar dari rumah.

“Memanglah kau tak buat, tapi aku buat sendiri. Aku pukul kepala aku sendiri sampai berdarah. Kau nampak kepala aku ni dah berbalut, lepas tu aku pergilah mengadu pada mama yang aku dah tahan lagi tinggal dalam rumah ni. Aku nak keluar, aku tak sanggup lagi asyik kena pukul dan tampar dengan kau bila semua orang tak ada” dia ketawa sinis.

“Pandaikanaku berlakon. Jadi lakonan aku memang berkesan pun sebab tu mama halau kau dan biarkan kau yang keluar dari rumah ini. Akukananak kandung dia, kau sekarang dah tak penting lagi. Jadi sila berambus dari rumah sini” sambungnya lagi sambil ketawa besar sebelum berlalu keluar meninggalkan aku keseorangan dalam bilik.

Aku terus kaku mendengar semua cerita dari Farhana. Dia betul-betul kotakan kata-katanya untuk menghalau aku dari rumah ini. Apa yang harus aku buat sekarang ni??

“Mama..Tasha tak salah mama. Tasha tak salah” aku jerit sekuat hati aku.

Hoii, jangan nak terjerit-jerit macam orang gilalah. Dah kena halau tu ‘blah’ sajalah. Yang tercegat macam patung cendana lagi tu kenapa. Keluar sekarang!!” dia terus bertindak menarik tangan aku dengan kuat.

“Lepaslah!! Aku tak nak keluar. Sakitlah, lepaskan tangan aku!!”

“Keluarlah!!”

“Mama, Tasha tak nak pergi dari sini!! Mama!! Tolong Tasha mama” aku merayu-rayu memanggil mama.

“Kau tak payahlah nak buat drama dekat sini. Tak ada sesiapa pun nak kesiankan kau. Mama pun tak akan dengar cakap kau lagi. Dahlah, berambus cepat-cepat sikit. Sakit mata aku tengok muka kau lama-lama. Muak tahu tak??”

“Mama..mama..” aku jerit lagi memanggil mama.

“Sekejap. Aku tolong kau panggilkan mama. Cepat sikit kau boleh berambus dari rumah ni sebelum yang lain-lain balik” dia terus berlalu keluar dari bilik.

Aku terus terduduk di hujung katil. Apa yang harus aku lakukan sekarang ni?? Mama dah betul-betul halau aku dari rumah atau dia sekarang cuma marah. Aku keliru, tapi hati aku dah berdegup kencang. Takkan mama tergamak nak halau aku untuk perkara yang aku tak buat. Tapi sekarang, mama dah tak percaya pada aku lagi.

“Mama!!” aku terus meluru melutut di kaki mama sebaik mama masuk semula ke dalam bilik.

“Ada apa lagi??”

“Mama, Tasha tak nak pergi mana-mana”

“Mama, biar Hana yang keluar dari rumah ini. Mungkin dia tak biasa tinggal di rumah yang kecil sebab ibu dan ayah tak sekaya macam keluarga ni. Tak apalah, biar Hana saja yang mengalah dan pergi dari sini”

“Jangan!!  Kamu jangan pergi mana-mana. Yang patut pergi bukannya kamu tapi Tasha. Pergilah Tasha. Ambil semua barang-barang kamu dan keluar dari sini”

Aku pandang wajah mama. Mama mengalihkan matanya dari memandang aku. Air mata semakin laju membasahi pipi. Makin lama makin kuat tangisan aku. Aku masih kaku bila mendengar kata-kata mama. Sampai hati mama buat aku macam ini?? Sampai hati!!

Perlahan aku bangun, langkah aku mula longlai. “Tasha tak perlukan apa-apa. Semua benda dalam bilik ini bukannya hak dan milik Tasha” aku melangkah keluar dari bilik.

“Adik!!” mama memanggil aku.

Aku menghentikan langkah kakiku. Di berikannya beg yang mengandungi baju aku yang sempat di masukkan oleh Farhana untuk aku. Aku sambut perlahan.

“Ambil ni” mama berikan wallet aku yang ada di atas meja.

Aku sambut juga dan membukanya. Aku ambil kad pengenalan dan lesen kemudian aku serahkan semula pada mama.

“Tasha tak perlukan semua ini tapi Tasha perlukan ini” aku ambil bingkai gambar yang ada dalam bilik. Gambar kami sekeluarga semasa parti hari lahir aku.

“Nanti!!”

Aku memandang mama lama. Air matanya juga mula bertakung. Aku sedih bila melihat mama hampir menangis kerana aku.

“Ambil!!” mama terus memasukkan wallet ke dalam beg.

“Janji dengan Tasha. Jangan sampai papa dan abang-abang tahu Tasha keluar dari rumah ini sebab di halau oleh mama. Sebab Tasha yakin mereka tak akan maafkan mama untuk ini dan mama jangan bimbang, Tasha tak akan mengadu pada mereka” aku terus berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi.

“Kau ugut mama ke ha??” Farhana melenting.

“Jangan salah sangka mama. Tasha tak berniat langsung nak ugut mama tapi mama tahu kan perangai abang-abang macam mana bila Tasha tak ada di rumah. Pandai-pandailah mama beri alasan pada mereka mana Tasha menghilang. Tasha cuma nak mama bahagia. Jika dengan perginya Tasha dari rumah ni boleh buatkan mama bahagia. Tasha akan pergi. Halalkan makan minum Tasha selama ini” sempat aku membidas kata-kata Farhana.

“Adik” panggil mama perlahan.

Aku nampak air matanya mula jatuh ke pipi. Aku berlari memeluk mama. Mungkin ini pelukan terakhir antara kami.

“Maafkan Tasha sebab dah buatkan mama sedih dan terluka. Tapi mama tolonglah janji pada Tasha. Jangan biarkan abang-abang tahu tentang kejadian ni” aku longgarkan pelukan aku. Aku berlalu pergi meninggalkan mama dan semua yang ada di rumah ini. Hanya kenangan saja yang dapat aku kenang selepas ini.

Yang pasti, tidak terdetik sekali pun perasaan benci aku pada mama. Perasaan aku padanya, masih sama. Dia wanita yang membela aku sejak aku lahir. Budi dan kasih sayangnya, tak mungkin dapat aku balas sehingga akhir hayat. Aku hanya mampu berdoa, semoga dia bahagia selalu walaupun tanpa kehadiran aku di sisinya lagi.

Ku Dakap Erat Cintamu 24

BAB 24

SEMENJAK keluar dari hospital aku lebih banyak menghabiskan masa aku hanya di dalam bilik saja. Aku dah tak bercampur dengan mama lagi. Kalau sebelum ini, aku suka melayan mama. Kami selalu berborak bersama-sama. Selalu memberikan ikan-ikan makan bersama-sama. Selalu masak bersama-sama bila ada masa terluang. Tapi sekarang, perkataan bersama-sama dah tak wujud lagi antara aku dan mama. Perkataan itu lebih sesuai di gunakan antara mama dan Farhana saja. Di mana ada mama di situlah adanya Farhana bukan lagi Natasha Camelia.

Cemburu?? Ya, aku tak nafikan aku memang cemburu. Aku cemburu yang aku di takdirkan menjadi anak angkat papa dan mama bukan anak kandung mereka. Walaupun aku dah merasa kasih sayang mereka yang melimpah-limpah pada aku dari aku lahir sampai sekarang, tapi aku seorang yang tamak. Aku masih ingin merasa kasih sayang yang banyak itu pada aku seorang. Bukan terpaksa berkongsi dengan orang lain.

“Aku akan buat kau dihalau dari rumah ni Tasha” Farhana memandang aku dengan pandangan yang penuh dendam.

Apahal pula budak ni. Dahlah tetiba saja terjah masuk bilik aku lagi. Lepas tu selamba saja nak ugut-ugut aku lagi sekali. Aku terus membelek-belek majalah tanpa menghiraukan Farhana. Lantak kaulah labu. Aku dah tak nak ambil peduli lagi. Cukup-cukuplah kau dah kenakan aku dulu. Aku dah tak takut dah.

“Kau dengar tak apa aku cakap ha??”

Aku terus membelek-belek majalah tanpa sekalipun memandang ke arah Farhana. Selepas seketika dia terus keluar dari bilik aku dengan perasaan yang aku agak mesti membara. Aku dah tak peduli dah apa yang nak terjadi selepas ini.

Telefon bimbit aku berdering. “Assalamualaikum….Ya uncle….Ya, Tasha ingat. Sekejap lagi Tasha pergi” aku terus meletakkan telefon.

Uncle Muiz telefon untuk ingatkan aku tentang check up yang perlu aku buat berkaitan dengan penyakit yang aku hadapi sekarang ini. Aku terus bangun dan bersiap untuk berjumpa dengan uncle Muiz di hospital. Sebaik aku keluar dari bilik aku nampak mama sedang beramah mesra bersembang dengan Farhana. Hati aku tiba-tiba terbit rasa cemburu yang teramat sangat. Cepat-cepat akucuba buang perasaan itu tapi aku tak mampu.

“Adik, nak pergi mana tu??” mama menegur aku.

Niat aku pada mulanya tak nak menganggu mereka yang sedang rancak berbual sambil bergelak ketawa dengan riang. Ya, aku tahu, cemburu masih menguasai aku.

“Tasha nak pergi buat check up” jawab aku pendek.

“Siapa teman??”

“Tasha pergi sendiri” aku terus bergerak menuju ke arah mama dan bersalam dengannya.

Aik, tak sayang mama macam selalu pun” ujar mama lagi.

Aku terus berpusing semula ke arah mama dan memeluk mama mesra dan mencium pipinya. Aku sempat menjeling ke arah Farhana dan nampaknya, pandangan matanya seperti mata serigala yang tunggu untuk menerkam musuhnya. Aku tahu perasaannya pasti membara saat ini.

Tiba-tiba aku rasa macam nak menjolok saja sarang tebuan depan aku ni. “Mama tak nak temankan Tasha??” tanya aku dengan penuh agenda yang tersembunyi.

“Boleh juga. Jom pergi sekali Hana. Kita temankan adik” ajaknya pada Farhana.

“Eh, tadi Hana beritahu Tasha dia ada janji nak keluar dengan kawan. Kenapa tak jadi ke??” aku angkat kening padanya dan senyum sinis. Biar dia tahu, aku sekarang pun dah benci dan meluat dengan perangai dia. Ingat kau seorang saja ada helah, aku pun ada helahlah.

“Macam tu tak apalah. Mama temankan adik. Sekejap, mama pergi salin baju dulu ya sayang. Tunggu mama”

Mama terus berlalu menuju ke tingkat atas dan masuk ke dalam biliknya.

“Kau ni dah kenapa??” di tolaknya aku dengan kuat.

“Apa??” aku buat muka selamba. Dalam hati macam nak guling-guling dah. Seronok dapat kenakan dia balik.

“Bila masa aku ada janji dengan kawan. Kau sengaja tak nak bagi aku ikut kan??”

“Eh, bukan tadi kau masuk bilik aku sebab beritahu yang kau ada janji dengan kawan ke??” aku buat-buat fikir. “Oohh, mungkin silap dengar kot” jawab aku selamba sambil senyum manis pada dia. Saja nak sakitkan hati dia yang sebenarnya.

“Kau tunggu. Aku akan kenakan kau cukup-cukup. Lepas ni, kau tahulah nasib kau” katanya sebelum berlalu pergi.

Eleh, aku sekarang dah tak takutlah. Sebab aku ingat lagi pesan abang Arill. Apa pun yang berlaku dia tetap akan sayang aku sampai bila-bila sama juga macam ahli keluarga aku yang lain. Jadi, buat apa aku nak takut dengan ugutan dia yang tak bermakna langsung tu. Boleh ‘blah’ dengan ugutan dia tu. Tak hairanlah. Sikit pun tak, sebesar kuman pun aku tak takut. Dahlah, buat sakit kepala otak aku saja fikir pasal dia. Tak untung satu sen pun. Huh, meluat lagi adalah.

“Jom sayang. Mama dah siap”

Mama turun dari tangga sambil membawa beg tangan yang di kepitnya di lengan. Fikiran aku mula jadi jahat balik. Saja nak sakitkan lagi hati Farhana. Aku jerit perlahan memanggil nama dia.

“Farhana, kami pergi dulu. Nanti Tasha dengan mama nak singgah shopping mall sekejap. Kalau nak pesan apa-apa call lah beritahu ya” aku jerit kuat bagi dia dengar. Puas hati aku dapat kenakan dia balik.

*******

BALIK saja dari jumpa doktor dan berjalan-jalan sakan dengan mama, membuatkan aku terasa di hargai semula. Sekurang-kurangnya mama masih sayang pada aku. Tapi di meja makan, aku mula terasa hati semula. Macam mana tak terasa hati, tengah nak makan pun boleh membuatkan darah aku naik mendadak. Pandang muka dia pun dah boleh buat aku tak lalu nak makan seminggu.

 “Tempat Tasha” kuat aku bersuara, biar dia sedar sikit, dia sekarang duduk di tempat aku selalu duduk. Memanglah, semua hak aku sebelum ini, sebenarnya hak dia tapi papa dah cakap aku tetap ahli keluarga ini walaupun aku hanya anak angkat. Takkan aku asyik nak beralah lagi. Kalau perangai dia baik tak apalah juga. Ini dah macam orang utan. Ishhh, geramnya!!

“Hana, tempat Hana sini. Situ tempat Tasha” mama bersuara lembut.

“Kalau Hana duduk sini tak boleh ke??”

“Boleh, kenapa tak boleh pula”

“Habis, Tasha nak duduk mana??” aku mula terasa hati dengan sikap mama.

“Adik duduk sebelah mama ya” ujar mama memujuk.

“Tak apalah, Tasha lupa. Tasha dah janji dengan kawan nak makan malam sama-sama” aku terus berlalu pergi.

Baby, tak makan sekali ke??” tanya abang Arill bila aku berselisih dengannya.

“Dah kenyang. Makan hati banyak sangat” jawab aku laju. Aku terus menuju ke bilik dan menutup pintu rapat. Sakitnya hati!!

Rindulah pula bila dalam keadaan macam ni. Aku terus mencapai telefon. Ishh, tak dapatlah pula. Dah seminggu dah asyik tak dapat saja. Dia ni dah lupa pada aku kot. Aku buka laptop, membuka email. Manalah tahu, kot dia reply melalui email yang hari-hari aku hantar pada dia.

‘No new email’

Tak adalah pula. Mana Fariss pergi?? Saat-saat aku perlukan dia, kenapa mesti dia selalu tak ada di sisi aku. Dia betul-betul dah lupakan aku kat sini ke??

“Adik” satu suara berbisik pada aku betul-betul di telinga aku.

Oohh, mak kau!!” aku terus meloncat turun dari katil. Gila, terkejut aku dibuatnya.

“Papa!! Apa ni?? Tasha terkejut tau tak??” aku melurut-lurut dada aku. Aku ingat hantu mana dah tiba-tiba berbisik dekat telinga aku. Buat sakit jantung aku saja papa ni.

“Siapa suruh tak sedar papa masuk. Itulah, mengelamun lagi” papa duduk atas katil. “Sini, urut bahu papa ni. Lenguh pula tiba-tiba”

Sengaja papa tu. Pantang nampak aku tengah bersenang-lenang, ada sajalah dia punya lenguh. Kalau tak lenguh, sakit kepalalah, tulang reputlah, macam-macam akal dia ada nak suruh aku mengurut dia. Aku tahu dia saja nak ambil hati aku balik sebab kes dekat meja makan tadi.

“Papa tak makan ke??” tanya aku sambil urut bahunya perlahan-lahan.

“Papa rasa tak ada selera pula tengok makanan tadi. Papa rasa macam nak makan benda lainlah. Papa rasa macam nak pesan pizza saja”

“Pizza??” aku meloncat ke depan papa.

Ishhh budak ni, jatuh nanti” papa menahan badan aku dari terjatuh.

“Cepatlah”

“Apa yang cepat??”

“Papa ni, kata nak pesan pizza. Cepatlah. Tasha lapar dah ni” aku usap-usap perut aku depan papa. Saja berlakon teruk macam dah seminggu tak makan.

Aikk, tadi Arill kata adik dah kenyang makan hati banyak sangat lagipun papa nak pesan pizza untuk papa bukannya untuk adik” jawab papa selamba.

Aku tepuk dahi aku sendiri. Abang Arill ni memang sah lurus bendul. Yang dia pergi beritahu semua orang dekat meja makan tu siapa suruh. Ishh abang aku ni, memang tak sayang mulut betul. Ada juga yang aku sumbat dengan cili padi biar penuh satu mulut.

“Papa…” aku panggil dengan suara yang manja. “Tasha laparlah” aku buat muka kesian.

Papa terus bangun. Aku pandang papa pelik. Dah apahal pula papa aku ni. “Papa nak pergi mana??”

“Pesan pizzalah. Tanya pula”

“Ni, telefon Tasha ada. Pesan dekat sini sajalah” aku tunjuk telefon aku pada papa.

Aikk, baik hati pula anak papa malam ni. Selalunya, kedekut sangat kalau nak pinjam telefon”

“Sekarang dah tak ada sesiapa pun nak telefon Tasha. Dulu bolehlah”

“Bunyi macam tengah merajuk saja anak papa ni?? Ada masalah dengan Fariss ke??”

“Memang ada masalah. Masalahnya, perut Tasha dah minta di isi sangat-sangat ni” aku usap lagi perut aku. Masalah aku dengan Fariss biarlah menjadi rahsia dulu. Tak nak menyesakkan fikiran papa dengan masalah aku dan Fariss pula.

Papa ketuk kepala aku perlahan. Terus di ambilnya telefon di tangan aku dan mendail nombor untuk memesan pizza. Aku dah tersenyum meleret-leret.

“Jom, kita tunggu dekat luar” papa mengapai tangan aku, menarik aku keluar bersama-sama dengannya.

Love you so much papa” kata aku perlahan. Aku terharu sangat dengan layanan papa pada aku. Masih tidak berubah dan aku rasa perhatiannya pada aku semakin banyak. Lebih banyak dari sebelum Farhana datang ke sini.

“Apa??” papa buat-buat tanya. Padahal dia dengar. Sengaja!!

“Tak ada apa-apalah. Tasha cakap sorang-sorang” jawab aku sambil mencebik mulut. Geram!!

Aku dan papa melepak di taman di hadapan rumah sementara menunggu orang dari pizza menghantar pesanan yang di pesan. Sembang punya sembang sampai terlupa nak ambil duit untuk bayar pesanan pizza nanti.

‘Pinn..pinn..’

Bunyi hon di luar pagar menandakan pesanan pizza dah sampai. Seperti yang di janjikan tidak lebih dari 30 minit. Hebat betul. Menepati masa. Nasib baik cepat, kalau tak, aku nak makan free saja. Tak nak bayar.

 “Papa, dah sampai. Duit mana??” aku minta pada papa.

“Adiklah bayar. Papa pesan saja” jawab papa selamba.

“Papa ni” aku hentak-hentak kaki. Memberontak. Geram betul dengan papa ni. Ada pula pesan saja duit tak nak bawa keluar. “Papa, pergi ambil pizza, Tasha masuk ambil duit dulu” aku berlari laju dan nasib aku memang baik. Bertembung pula dengan abang Arill.

“Abang, nak 50 ringgit” aku sua tangan aku.

“Nak buat apa??”

“Cepatlah bagi. Nanti abang minta pada papa suruh dia bagi double

Ishh, macam-macamlah baby ni. Ganti balik. Tripple

Uishh, riba macam ni. Biar, nak kubur berasaplah tu” aku rebut duit pada tangan abang Arill dan terus berlari sebab abang Arill dah nak tampar mulut aku yang capul ni. Aku gelak pada abang Arill dan lari menuju pada papa yang dah ada di depan pagar ambil pizza yang di pesan.

Emmm, sedapnya bau” aku dah hidu-hidu bau pizza sebaik papa meletakkan pizza di atas meja tempat kami melepak dan sembang-sembang tadi.

Oooh, makan pizza tak ajak. Tak aci betul”

“Buat apa nak ajak. Ini untuk orang-orang yang tak makan nasi tadi saja okay” jawab aku berlagak.

“Amboi..amboi..Duit siapa bayar pizza tadi??” tanya abang Arill sambil mencekak pinggang.

Aku gelak perlahan-lahan. Lupalah pula aku kebas duit dia tadi. Lepas tu sempat pula nak berlagak dengan dia.

“Ala, 50 ringgit saja pun. Papa boleh ganti bayarlah. Kan papa kan??” aku nak kenakan papa pula.

“Apa pula papa, papa tak ada kena mengena okay” papa terus makan pizza tanpa menghiraukan aku dan abang Arill.

“Papa ni teruklah, bukan nak bela Tasha pun tau. Yala..yala..abang boleh makan. Tapi sekeping saja tau” aku beri pada abang Arill sekeping pizza.

Thank you my baby yang cantik jelita di bawah bulan mengambang dan bintang yang bertaburan di malam hari”

“Mengada!!” aku tampar abang Arill. Puji melambung-lambung. Ingat aku nak terpedayalah tu. Yang papa dah tak bersuara dah. Punya kusyuk makan pizza sampai tak hiraukan aku dan abang Arill dah. Lawak pula tengok papa. Ishh, papa..papa..Lapar sangat nampak gayanya. Itulah, siapa suruh tak makan malam tadi.

Ku Dakap Erat Cintamu 23

BAB 23

MANA hilangnya cinta hati aku. Kenapa aku tak dapat nak hubungi dia. Aku sangat-sangat perlukan dia dalam hidup aku saat ini. Fariss Haikal, mana awak menghilang?? Dah hilang ke semua kasih sayang kita selama ini??

B, Andainya B dapat rasa apa yang Lia rasa sekarang ni. Perasaan Lia betul-betul terseksa B. Lia sangat mengharapkan kehadiran B sekarang ni. Lia perlukan B’ aku merenung gambar aku bersamanya.

Kini aku bersendirian menjalani hidup yang sepi yang melanda diri aku saat ini. Aku dapat rasakan kini tiada lagi cahaya yang menanti aku kerana kasihnya jua semakin menjauh dari aku. Tak mungkin ada lagi lafaz cinta yang selalu dia tujukan untuk aku. Tak mungkin ada lagi.

Kalaulah aku tahu bercinta hanya untuk berpisah, mungkin bukan jalan ini yang aku pilih. Tak mungkin aku dekati walaupun ayat-ayat cinta sentiasa bermain di lidahnya. Semuanya kini hanya tinggal kenangan. Tapi sanggupkah aku menunggunya??

Ketukan di pintu mengejutkan aku, aku bingkas bangun dan membuka pintu. Aku ingat abang Arill yang datang mengganggu aku malam-malam macam ni. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali.

Aku melemparkan senyuman padanya. Entahlah, aku sendiri tak pasti samada senyuman yang aku lemparkan padanya benar-benar ikhlas atau pun tidak.

“Masuklah” ucap aku acuh tak acuh.

Dia terus masuk ke dalam bilik aku tanpa banyak soal dan menutup pintu rapat. Aku hanya membiarkan saja. Lagipun aku siapa, dia siapa. Dia lebih berhak atas segalanya dalam rumah ini dan juga bilik ini.

“Aku tak suka kau rapat dengan mama” akhirnya dia bersuara selepas mendiamkan diri agak lama.

“Apa masalahnya??”

“Apa masalahnya kau kata??” dia terus menolak badan aku.

Aku terkejut dengan tindakan beraninya tapi aku tak berani membalasnya. Aku tiba-tiba menjadi seorang yang pengecut.

“Kenapa??”

“Sebab dia mama aku bukan mama kau lah. Cukup-cukup la kau dah rampas semua hak aku dalam rumah ni. Sekarang boleh tak kau biarkan aku pula yang mendapat semua kasih sayang dalam rumah ni. Jangan nak jadi pengemis di sini”

Kata-katanya begitu menghiris hati aku. Aku pengemis?? Hina sangat ke aku ni?? Bukan aku yang minta jadi macam ni.

“Kau dengar tak apa yang aku kata ha!!” dengan muka yang bengis dia terus menolak kepala aku dengan kasar.

Aku tergamam tapi entah kenapa sedikit pun aku tak membalas kata-katanya atau pun melawan segala tindakannya.

“Kau ni dah pekak ke ha!! Ingat aku cakap dengan tunggul ke?? Dasar perempuan tak tahu malu. Kau sedar la sikit, kau sekarang ni hanya menumpang dalam rumah ni. Kau tahu tak maksud menumpang??” dia menarik rambut aku kasar.

Aku tak tahu apa yang tak kena dengan diri aku. Kenapa dan mengapa aku sanggup biarkan dia buat aku macam ni. Air mata hampir nak mengalir tapi akucubatahan sebolehnya. Aku tak nak menangis di depannya. Aku tak nak nampak lemah di matanya.

Ishh, cakap dengan kau ni macam cakap dengan tunggul” tangannya makin kuat menarik rambut aku.

“Sakit”

Oohh, ada suara rupanya. Ingatkan dah jadi bisu tadi” terus di heretnya aku ke dinding.

“Sakitlah” aku mengaduh kesakitan. Kali ni dengan agak kuat.

“Hati aku lagi sakit dan bertambah sakit bila semua orang dalam rumah ni masih lagi nak melebih-lebihkan kau walaupun kau tu cuma anak angkat” di hentuknya kepala aku di dinding dengan tiba-tiba.

Aku terkejut dengan tindakannya yang berani. Aku memegang dahi aku yang di hantuk dengan kuat di dinding, tiba-tiba aku rasa tangan aku basah. Darah!!

“Ini amaran aku yang pertama, kalau lepas ini, aku nampak kau masih berbaik-baik dengan semua orang dalam rumah ni. Lebih teruk aku kerjakan kau. Kau faham tu!!” di tengkingnya aku dengan suara yang kuat.

Air mata aku mengalir juga. Tak dapat di tahan lagi. Kenapa aku harus berada dalam situasi macam ni. Kenapa mesti aku?? Kenapa!!!!!!!

“Ha, lagi satu. Jangan kau pandai-pandai nak tuduh aku lukakan kepala kau tu. Kalau aku dengar kau beritahu siapa-siapa tentang hal ni. Siap kau aku kerjakan. Kau ingat satu perkara, aku sanggup buat apa saja untuk halau kau dari rumah ni. Jadi, lebih kau berambus sendiri dari aku guna taktik kotor untuk keluarkan kau dari rumah ni. Kau faham!!” sambungnya lagi sebelum keluar dari bilik aku.

Aku terus terduduk sebaik dia keluar dari bilik aku. Aku mengesat air mata aku yang semakin laju mengalir sama hebat dengan darah yang mengalir keluar di dahi aku. Aku mengelapnya dengan baju yang aku pakai. Entah kenapa, aku dah tak rasa sakit di dahi aku ni. Yang sakit cuma perasaan dan hati aku ketika ini.

Semalaman aku tak dapat melelapkan mata aku dan semalaman jugalah aku menangisi nasib aku. Akucubaberfikir apa yang terbaik untuk diri aku sekarang ni. Wajar lagi ke aku terus tinggal di rumah ni. Aku betul-betul buntu. Aku lihat jam, dah pukullimapagi. Mata aku semakin layu. Kepala mula berdenyut kerana terlalu banyak berfikir. Akhirnya aku sendiri terlelap dengan darah masih lagi di baju dan dahi aku.

*******

AKU membuka mata aku sedikit bila ketukan bertalu-talu kedengaran di pintu bilik aku. Tapi aku tak dapat nak bangun nak buka pintu. Kepala aku masih berdenyut-denyut dan badan aku terasa begitu lemah. Tersangat lemah. Semalam aku sempat kunci pintu sebaik Farhana keluar dari bilik aku. Selama ini aku tak pernah mengunci pintu bilik aku tapi semalam aku terpaksa kunci pintu, aku tak nak Farhana menyerbu masuk ke dalam bilik aku secara tiba-tiba lagi.

Baby…baby..buka pintu ni?? Tidur lagi ke?? Kenapa kunci pintu ni??”

“Abang..Tasha…..” aku sempat lagi nak menjawab padahal suara aku menjawab terlalu perlahan. Suara aku pun dah tak boleh nak keluar mungkin sebab terlalu banyak menangis semalam.

Baby..baby okay tak ni?? Buka lah pintu ni??”

Akucubamengesotkan badan aku perlahan-lahan ke arah pintu tapi tenaga yang ada tidak mencukupi untuk aku berbuat macam itu.

“Baby tak nak buka, abang buka guna kunci spare baru tau. Baik baby buka cepat. Janganlah main-main macam ni. Baby takutkan abang lah” kedengaran lagi suara abang Arill yang masih setia menunggu aku membuka pintu.

Abang Arill..Tasha sayang sangat pada abang Arill. Tasha harap kasih sayang abang pada Tasha takkan berkurang walaupun sedikit.

Baby, abang buka pintu sekarang juga ni”

Akhirnya pintu dikuak perlahan oleh abang Arill. Aku masih terbaring di bawah katil dan hanya mampu memandang lemah wajah abang Arill.

“Ya Allah, baby kenapa ni?? Papa..mama..” jerit abang Arill sebaik melihat aku yang terbaring di bawah katil sambil berlumuran dengan darah yang kering di baju dan muka.

“Jangan takutkan abanglah baby, Ya Allah, panasnya badan baby ni. Darah ni dari mana?? Baby…” abang Arill terus memangku aku dan memeluk aku dalam dakapannya. Suara abang Arill dah terketar-ketar bila melihat keadaan aku.

“Kenapa ni?? Macam mana boleh jadi macam ni??”

Aku dengar suara papa. Aku berusaha membuka mata aku sedikit,

“Arill angkat adik, kita bawa dia pergi hospital” suara abang Imm juga kedengaran.

Aku dapat rasakan abang Arill terus menganggkat aku. Aku tak pasti apa yang aku rasa betul atau tak. Tapi aku dapat rasa setitik air jatuh di lengan aku masa abang Arill menganggat aku masuk ke dalam kereta. Betul ke apa yang aku rasa, abang Arill menangis!!

Aku terus di masukkan dalam kereta, abang Arill dari tadi tak melepaskan aku dari pelukannya. Betapa aku rindu saat ini. Aku sanggup selalu sakit kalau aku akan terus di sayangi seperti ini. Entah kenapa, aku rasa semua ini akan berakhir. Aku dapat rasakan semua kasih sayang ini akan berakhir tak lama lagi. Aku betul-betul takut untuk kehilangan kasih sayang keluarga aku ini. Takut yang teramat sangat.

*******

BUNYI deringan telefon bimbit membuatkan aku terjaga dari tidur. Aku buka mata perlahan-lahan. Aku nampak abang Arill tengah menjawab panggilan telefon yang berbunyi kuat tadi.

“Ha, ada apa hal kau call aku ni??”

Aku hanya mendengar suara percakapan abang Arill.

“Aku tak boleh keluarlah, aku ada kat hospital ni tengah jaga adik aku. Dia masuk hospital…yala, kau ingat aku ada berapa orang adik langsung….yaaaa, Tasha la siapa lagi??”

Darigayapercakapan abang Arill, aku dapat meneka siapa yang sedang bercakap dengannya sekarang ni. Aku tahu, itu pasti abang Adam.

“Kau jangan buat gila Adam. Sekarang dah pukul 11 malam ni. Masa melawat pun dah habis. Kau datang esok je la. Boleh juga bawa breakfast untuk Tasha. Kau bawalah, roti canai ke, chicken chop ke, nasi lemak 5 bungkus..”

Dalam keadaan yang masih lali dan lemah, aku sempat nampak lagi, abang Arill terus menjarakkan telefon bimbitnya dari telinga. Sah, kena ‘bancuh’ dengan abang Adam sebab mengada-ngada minta macam-macam sangat.

“Kau tak bawak kau jangan datang esok. Okay selamat malam”

Aku nampak abang Arill terus ketawa sebaik dia meletakkan telefon.

Baby, baby dah sedar??” abang Arill terus mendapatkan aku.

Aku lemparkan senyuman ke arahnya. Entah kenapa, air mata aku tiba-tiba mengalir bila melihat abang Arill begitu mengambil berat tentang aku.

Hey, kenapa ni?? Kenapa menangis?? Sakit lagi ke?? Sakit dekat mana??” kata abang Arill sambil mengelap air mata yang mengalir di pipi aku.

“Tasha sayang abang” luah aku perlahan.

“Abang pun sayang baby sangat-sangat. Abang takut sangat tengok baby dalam keadaan macam ni?? Macam mana dahi baby boleh luka sampai macam ni sekali??” di usapnya pipi aku lembut.

“Tasha jatuh, dahi Tasha terhantuk sikit” jawab aku tanpa memandang anak mata abang Arill. Aku tak pandai dalam bab-bab nak menipu. Aku takut abang Arill dapat menghidu penipuan aku.

“Kenapa Tasha tak panggil abang?? Itulah abang tak setuju baby pindah bilik bawah. Apa yang berlaku pun abang tak boleh dengar”

“Jangan risau lah, Tasha okay. Sikit je ni”

“Sikitlah sangat sampai boleh demam panas lagi. Jantung abang macam nak tercabut tahu tak tengok baby pagi tadi”

Aku senyum. “Terima kasih sebab masih ambil berat pasal Tasha”

Baby adik abang, mestilah abang akan ambil berat pasal baby

“Kalau Tasha bukan adik abang lagi. Abang akan ambil berat lagi tak pasal Tasha??” aku pandang muka abang Arill. Aku nak tengok reaksi dia.

Baby ni memang suka cakap merepek-merepekkan semenjak dua menjak ni??”

“Kalau Tasha kata, Tasha bukan adik kandung abang. Abang masih sayang Tasha lagi tak??” aku masih mencuba untuk melihat reaksi abang Arill.

“Apa ni?? Abang tak sukalah baby tanya soalan macam ni” abang Arill dah tak senang duduk.

“Kalau semua yang Tasha cakap dan tanya tadi sebenarnya benda realiti. Abang percaya tak??”

“Apa baby merepek ni??” abang Arill terus melepaskan tangan aku.

“Tasha bukan adik kandung abang. Adik kandung abang sebenarnya Farhana”

“Abang tak percaya. Abang takkan percaya cakap baby. Baby sengaja nak main-mainkan abangkan??” abang Arill terus bangun dari sisi aku.

“Terpulang pada abang. Kalau tak percaya juga abang boleh call tanya papa atau mama. Mereka tahu hal sebenar. Selamat malam” aku terus menyelimut dengan menutupi kepala sekali. Aku terus jadi sebak. Air mata mengalir perlahan.

Baby tipu abangkan??” abang Arill terus menarik selimut yang menutupi kepala aku. Dia tergamam bila nampak aku mengalirkan air mata.

“Air mata ni pun abang rasa Tasha tipu ke??” tanya aku.

“Tak..tak mungkin apa yang baby cakap tadi betul. Abang tak percaya” abang Arill terus duduk dan memegang kepalanya.

“Abang akan tetap sayang Tashakan??”tanya aku lagi.

Baby tetap adik abang selamanya walaupun apa pun kenyataan sebenarnya tentang hubungan kita. Sama ada adik kandung atau pun adik angkat. Baby tetap akan jadi adik yang abang paling sayang kat dunia ni” abang Arill memegang ubun-ubun aku lama.

“Abang jangan berhenti sayang Tasha walaupun abang bukan abang kandung Tasha. Please” rayu aku perlahan.

“Tak mungkin abang akan berhenti sayang pada baby. Baby jangan risau okay. Tidurlah, abang teman baby malam ni”

Aku angguk perlahan. Abang Arill genggam tangan aku kuat. Aku pejamkan mata. Air mata mengalir lagi. Aku sedar tangan abang Arill mengelus lembut air mata yang mengalir di pipi aku.

“Jangan menangis lagi. Abang akan sentiasa ada di sisi baby walaupun apa pun yang terjadi. Tidurlah, jangan fikirkan lagi tentang hal ni” ucapnya lembut.

Aku dengar kata-katanya tapi aku terus pejamkan mata aku takut nak memandang wajah abang Arill. Aku tahu dia juga sedih seperti aku. Aku juga tahu dia tak mungkin akan berhenti menayayangi aku walaupun aku bukan lagi adik kandung dia. Aku tahu itu.

Ku Dakap Erat Cintamu 22

BAB 22

AKU masih berada dalam bilik. Aku tak tahu bagaimana caranya aku ingin menunjukkan riak wajah aku pada papa di meja makan nanti. Baju-baju sudah aku kemaskan. Aku juga tak tahu barang apa yang harus aku ambil. Kalau bukan sebab aku ingin keluar dari rumah ini pun, aku tetap akan keluar dari bilik yang aku diami sekarang ini. Semuanya hak Farhana, bukan aku.

Baby!! Breakfast. Amboi, tahu la hari minggu pun. Takkan nak berkurung je dalam bilik sampai makan pun dah tak nak”

Aku terus bangun membuka pintu, abang Arill dah terpacak kat depan pintu bilik aku. Aku rasa terharu, lepas ni ada lagi ke panggilan manja untuk aku?? Nak lagi ke dia manjakan aku macam sekarang??

“Tasha tengah kemas barang” aku terus menyambung mengemas barang-barang aku.

“Cepatnya nak pindah bawah”

“Lagi cepat lagi bagus, Tasha perlu sedar diri”

Abang arill memandang aku pelik. “Abang tak faham” ujarnya laju.

Ishh, tak ada apa la. Abang nak tolong ke tak nak ni??” nasib baik aku cepat tersedar sebelum aku terus membuka rahsia ini.

“Jom sarapan dulu, nanti abang tolong” abang Arill terus menarik tangan aku dan memaksa aku menghentikan pergerakan aku yang sedang mengemas.

Akucubamenahan air mata dari jatuh ke pipi aku. Abang Arill tak perlu tahu rasa sakit dan pilunya hati aku sekarang ni. Kalau lah abang Arill tahu aku bukan adik kandung dia, mahu lagikah dia menyayangi aku seperti mana yang dia lakukan sekarang.Adalagikah perasaan sayangnya pada aku. Aku betul-betul takut untuk menerima kenyataan ini.

“Hey, kenapa ni?? Abang ada buat salah ke??” akhirnya abang Arill perasaan juga perubahan pada wajah aku.

“Tak, Tasha cuma terharu sebab abang sayangkan Tasha” aku menundukkan kepala dari memandang abang Arill.

“Eh, jangan perasan okay, abang tak sayang baby pun” kata abang Arill bersahaja.

Air mata aku terus mengalir bila mendengarnya. Walaupun aku tahu abang Arill tak bermaksud begitu. Tapi entah kenapa hati aku betul-betul sensitif. Macam mana aku nak hadapi semua ni seorang diri.

“Hey..hey..abang minta maaf. La, kenapa hari ni sensitif sangat ni. Period ek??” abang Arill mengelap air mata di pipi aku.

Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Aku rasa sepatah pun kata yang keluar dari mulut aku, mau terus meraung aku kat depan abang Arill. Hati aku pedih dengan situasi yang melanda aku sekarang ni.

“Dah, dah. Mesti la abang sayang baby. Baby kan satu-satunya adik yang abang ada. Pada siapa lagi abang nak sayang kalau bukan kat baby abang ni”

Kata-kata yang diluahkan seikhlasnya dari abang Arill betul-betul menghiris hati aku. Abang, kalau la abang tahu Tasha bukan adik abang.

“Kalau abang ada adik baru macam mana?? Abang sayang Tasha lagi tak??”

“Apa ni cakap pelik-pelik. Dari mana pula nak adanya adik lagi sorang. Ha, takkan mama pregnant kot” abang Arill buat muka terkejut.

Aku terus menampar tangan abang Arill.Adapula fikir sampai macam tu sekali. Ni tak ada kena mengena dengan mama la. Ni pasal Tasha. Tasha bukan anak kandung papa dan mama. Aku rasa macam nak jerit saja ke telinga abang Arill. Biar dia selami jiwa aku yang tengah tersiksa sekarang ni.

“Abang jangan main-main la. Tasha serius, kalau abang ada adik baru, abang sayang Tasha lagi tak??”

“Jangan merepek la” abang Arill terus bangun.

“Cakap la. Tasha nak tahu” aku menahan abang Arill dari terus berlalu tanpa memberikan jawapan terlebih dahulu.

Baby, dengar sini. Apa pun yang terjadi, baby tetap adik yang abang paling sayang di dunia ni sampai bila-bila. Ingat tu”

“Tasha pun nak abang tahu, apa pun yang terjadi, Tasha sayang sangat-sangat pada keluarga ni. Tasha tak tahu Tasha boleh teruskan hidup atau tidak kalau Tasha terpaksa tinggalkan keluarga ni”

“Ha..tengok. Dia dah start merepek dah. Ni yang malas nak layan baby punya jiwang pagi-pagi ni. Dah dah, jom” abang Arill terus menarik lengan aku untuk sarapan sama-sama.

“Tasha tak lapar. Abang pergilah makan dulu. Nanti Tasha lapar Tasha turun”

Baby ni macam tak tahu pulak perangai papakan. Papa tu selagi anak-anak dia tak turun makan sekali, dia takkan makan. Jom la” pujuk abang Arill.

“Tak pe, papa mesti faham la. Abang pergi turun dulu” aku terus kemas barang-barang aku tanpa mempedulikan abang Arill.

“Tasha tak suka Farhana datang tinggal sini ke?? Kalau tak suka, nanti abang bincang dengan papa”

“Eh, apa abang ni. Tasha tak kata pun Tasha tak suka lah. Abang jangan buat-buat cerita pulak

“Dah tu jom turun makan sekali. Abang tak kira. Turun sekarang juga”

Aku tak ada mood nak bertekak dengan abang Arill. Betul-betul tak ada mood. Aku terus mengikut saja permintaan abang Arill untuk turun bersarapan bersama-sama.

Sebaik tiba di meja makan, aku terus memandang wajah seorang demi seorang. Entah kenapa, aku rasa aku macam orang asing di sini. Akucubamenahan air mata aku. Aku jugacubasedaya upaya aku untuk tidak bertembung mata dengan papa.

“Adik, nak makan apa?? Mak Jah tolong ambilkan” Mak Jah menghampiri aku.

Aku terkedu, “Tak apa, Tasha ambil sendiri” aku terus mengambil roti bakar yang berada di hadapan aku. Aku tak ada selera untuk makan. Semuanya di rasakan pahit. Sepahit hempedu.

“Farhana, makan la. Jangan malu-malu. Mama ambilkan, Farhana nak makan apa??”

Aku terus menoleh ke arah mama. Nampaknya, aku dah tak ada ruang di hati mama, mama kini dah membahasakan dirinya sebagai mama dengan Farhana. Tapi kenapa aku harus cemburu, itu memang mama Farhana, aku yang tak sepatutnya memanggil mama. Pandangan mataku akhirnya bertaut juga dengan papa, aku cepat-cepat melarikan mataku dengan memandang ke arah lain.

“Tasha, minta diri dulu. Tasha dah kenyang” aku terus menolak kerusi dan ingin bangun.

Semua mata memandang ke arahku. Akucubamenahan gelora di jiwa aku saat ini. Aku masih sedih dengan apa yang berlaku. Masih tak dapat nak menerima hakikat yang sebenar.

“Ikut papa ke bilik bacaan sekarang. Papa ada perkara nak bincangkan dengan adik” tegas sekali suara papa.

Aku hanya menganggukkan kepala dan terus mengikut langkah papa sambil menundukkan kepala. Semua memandang ke arah kami. Pandang dengan pandangan yang pelik.

Sebaik masuk ke dalam bilik, aku hanya berdiri kaku. Aku tak tahu apa yang harus aku lakukan dan apa yang harus aku katakan pada papa. Aku hanya mampu mengalirkan air mata saja saat ini menandakan apa perasaan aku ketika ini.

“Papa tak suka dengan apa yang adik cuba lakukan sekarang ni. Kita dah bincangkan semalam” ujar papa.

“Habis apa yang perlu Tasha lakukan. Tasha bingung. Tasha tak tahu kedudukan Tasha sekarang dalam rumah ni. Tasha rasa Tasha cuma tetamu yang tak di undang dalam rumah ni. Tasha bangun pagi tadi dan Tasha rasa Tasha tak mampu nak lalui ini semua”

“Apa yang adik merepek ni. Papa tak suka apa yang adik cakap. Papa dah terangkan semalamkan, apa pun yang terjadi adik tetap anak papa sampai bila-bila. Boleh tak adik lupakan apa saja yang berlaku” papa datang menghampiri aku.

“Tasha tahu Tasha tak mampu hadapi semua ini. Tasha rasa Tasha macam orang asing dalam rumah ni. Mama dah tak pedulikan Tasha, nanti lama-lama papa juga akan bersikap begitu pada Tasha” air mata aku mengalir lagi.

“Siapa cakap mama dah tak pedulikan adik??” mama tiba-tiba muncul di sebalik pintu.

Aku hanya mendiamkan diri. Mama menghampiri aku dan terus memeluk aku seeratnya. Aku kaku dan aku tidak membalas pelukan mama.

“Kenapa?? Adik dah tak percayakan mama??” tanya mama, mungkin dia dapat merasakan apa yang aku fikirkan.

“Mama dah ada pengganti Tasha dan Tasha bukan anak mama lagi” luah aku perlahan.

“Adik, dengar sini apa mama nak cakap. Kasih sayang mama pada adik tak berkurang langsung pun untuk adik walaupun adik bukan anak kandung mama” kata mama seraya jari-jarinya ligat menyapu air mata yang mengalir di pipi aku.

Aku terus memeluk mama seeratnya. Aku takut, mungkin ini akan menjadi pelukan aku yang terakhir untuknya ataupun pelukan yang terakhir darinya untuk aku. Fikiran aku masih negatif tentang semua kejadian ini.

Aku meleraikan pelukan dari mama. Aku mula di himpit dengan perasaan ingin tahu yang sangat mendalam. Hari ini aku perlu tahu segala-galanya.

“Macam mana papa dan mama tahu Tasha bukan anak kandung papa dan mama??”

“Sebelum ni kami dah pernah berjumpa dengan keluarga yang menjaga Farhana. Mereka dah terangkan segala-galanya. Mereka sendiri pun terkejut masa mula-mula dapat tahu anak yang mereka jaga dengan penuh kasih sayang selama ni rupanya bukan anak kandung mereka” papa menarik nafas sebelum meneruskan ceritanya lagi.

Akucubasedaya upaya membuka hati aku untuk menerima semua ini dengan hati yang terbuka dan minda yang positif. Aku hanya mendengar dan terus mendengar cerita yang keluar dari mulut papa. Sepatah perkataan pun tak terkeluar dari mulut aku. Aku sangat-sangat berharap semua ini hanyalah sebuah mimpi.

Aku keliru, macam mana semua ni boleh terjadi dan keadaan macam ni boleh wujud dalam dunia ni. Kesilapan orang lain boleh menyebabkan hidup aku menjadi huru hara dalam sekelip mata.

Aku dan Farhana telah tertukar masa di hospital akibat kecuaian salah seorang pelatih jururawat yang di tugaskan menjaga bayi-bayi yang baru di lahirkan. Semuanya terbongkar selepas ayah kandung aku mengalami kemalangan jalan raya dan memerlukan darah yang banyak. Bila Farhana ingin menghulurkan bantuan tiba-tiba darahnya tidak sama dengan ayah atau pun ibu. Keadaaan itu menyebabkan mereka mula menyiasat perkara ini. Selepas hampir setahun baru mereka dapat temui jawapannya dan dapat berjumpa dengan papa dan mama. Mungkin takdir, nama papa dan ayah kandung aku sama dan masa aku dilahirkan di hospital itu, hanya dua bayi perempuan di lahirkan pada waktu yang sama iaitu aku dan Farhana.

Entah macam mana semua ini berlaku dan apa yang tersirat di sebalik ujian yang Allah berikan pada aku ini. Aku buntu. Macam mana aku nak hadapi semua ni. Semoga hati aku akan tabah dan kuat untuk harungi ini semua. Hanya kepadaMu Ya Allah, aku memohon semoga aku redha dengan segala ujian Mu terhadap aku. Amin.

Ku Dakap Erat Cintamu 21

BAB 21

TIBA-TIBA aku rasakan hidup aku yang sebelum ini seperti puteri raja bertukar menjadi mimpi ngeri setelah mendengar semuanya. Seperti Cinderella yang telah berubah ke keadaan asal bila tiba waktunya. Akukah Cinderella itu??

Berdosakah aku berpura-pura tidak ada apa-apa yang berlaku padahal aku tahu semuanya. Berdosakah aku tidak mengikut ibu dan ayah aku pergi, berdosakah aku..!!

“Ha semua dah adakan, sini mama kenalkan dengan Hana. Nurul Farhana” mama memulakan bicara yang aku tertungu-tungu dari tadi.

“Hana?? Tak pernah kenal pun mama” abang Arill bersuara.

Aku mendiamkan diri. Diam seribu bahasa. Hanya menjadi pendengar yang setia.

“Hana ni anak kawan mama, buat sementara waktu ni dia akan tinggal dengan kita. Dia akan belajar sama-sama dengan Tasha” mama menoleh ke arah aku.

Aku hanya mampu tersenyum walaupun di dalam hati seperti di hiris dengan sembilu. Sakit, teramat sakit dengan kenyataan ini. Aku tak ada talian darah langsung dengan keluarga ini.

“Jadi sementara tu mama biar dia tinggal dekat bilik tetamu dulu, lagipun bilik atas semua dah penuh”

“Mama, tak pa ma, biar Hana duduk  bilik Tasha. Tasha boleh pindah masuk ke blik tetamu” semuanya terkejut, tanpa sempat sesiapa mahu menyampuk, aku terus bersuara.

“Lagipun Tasha dah lama fikir nak tukar duduk bilik di bawah. Senang sikit” aku buat-buat tak pandang mata sesiapa pun. Takut untuk bertentang mata dengan mereka.

“Tak payah mengada-ngada, baby kan sayang bilik baby tu. Tiba-tiba nak bagi bilik tu pada Hana. Kenapa pula??” abang Rill menyerbu aku dengan kata-kata yang aku pun tak ada jawapan yang tepat untuk menyedapkan hati mereka.

“Mama, papa, betul, Tasha nak pindah dekat bawah. Biar Hana yang tinggal dekat bilik atas, lagipun Tasha rasa nak ubah angin sikit. Nak decorate bilik semula, seronok tu” aku pura-pura seronok dengan keadaan ini tetapi tiada siapa yang perlu tahu apa yang bermain di dalam hati aku. Biar aku seorang sahaja yang menanggung semua derita ini.

Are you sure sayang” papa memandang aku dengan pandangan yang sayu.

Yes papa” aku memandang papa supaya dia mengerti hati aku.

‘Papa, Tasha yang menumpang sekarang ni papa, papa faham kan. Papa masih sayangkan Tashakanpapa??’

 Aku cuba sampaikan kata-kata aku melalui pandangan mata dan mengharapkan yang papa mengerti apa yang aku cuba sampaikan.

“Okaylah kalau macam tu esok abang tolong adik kemaskan barang apa yang adik nak okay” abang Imm menghulurkan bantuan sementara abang Arill tak pandang aku langsung. Aku tahu dia marah.

Malam aku rasakan begitu panjang seperti mengerti perasaan aku. Aku tak ingin ada siang lagi. Adakah itu boleh berlaku. Tidak, aku tahu jawapannya tidak. Tak mungkin hanya ada malam tanpa siang. Puas aku berfikir apa yang terbaik untuk diri aku, dan apa yang terbaik untuk family aku sebenarnya. Tapi aku tertanya-tanya, family yang mana satu yang aku fikirkan. Ya Allah, Kau kuatkanlah hati aku menerima semua ini dan berikanlah aku petunjuk supaya aku dapat  mengharungi semua dugaanMu ini.

Aku betul-betul tidak dapat melelapkan mata. Perasaanku buntu. Aku bingkas bangun daripada katil sambil menyarungkan sweater. Aku ingin menghirup udara luar pada malam ini dan mungkin malam terakhir aku di rumah ini. Mungkinkah ini malam terakhir aku di rumah ini?? Soalan itu asyik berlegar dalam fikiran aku. Aku harus membuat keputusan yang tepat dan cepat dan yang paling penting tidak melukakan hati sesiapa pun. Tapi mana mungkin tidak akan ada hati yang terluka. Yang pasti hati aku tetap akan terluka walau apa pun keputusan yang akan aku buat.

Perlahan-lahan pintu utama aku buka. Tidak mahu mengejutkan Mak Jah mahupun Pak Abu yang mungkin tengah nyenyak di ulit mimpi-mimpi yang indah.

Aku termenung di taman mini yang dibina di belakang rumah.Adasatu kolam kecil yang di penuhi dengan ikan-ikan yang comel. Aku memandang ikan-ikan itu.

“Ikan, kalaulah kau boleh memahami apa yang aku ingin luahkan. Aku ingin sekali berkongsi masalah aku dengan kau. Kau tahu, aku sekarang dalam dilema” aku bercakap-cakap dengan ikan itu mengharapkan yang ikan-ikan itu akan memahami. Dan mungkin mengharapkan ikan-ikan itu dapat memberikan pandangan atau dapat menyelesaikan terus masalah yang aku hadapi sekarang ini.

B, I need you right now B. I’m feel lonely B” air mata aku mengalir tanpa di minta.aku memandang ke langit mencari bintang-bintang. Tapi tak ada sebutir bintang pun di langit. Tangisan aku makin kuat bila bintang yang aku cari tak dapat  ditemui.

“Sayang, kalau sayang rindu dekat B, sayang tengok bintang tau, setiap kali ada bintang di langit, pada saat itu lah B merindui sayang. Rindu sangat-sangat” Fariss mencubit pipi aku.

“Kalau tiba-tiba malam tu tak ada bintang macam mana?? Kiranya B tak rindukan Lia lah kan” aku pura-pura merajuk.

“Kalau malam tu tak ada bintang maksudnya B tengah tidur waktu tu. Time tidur mana boleh ingat dah.Kan sayangkan??” Farisscuba mengusik.

“Apa pula B, Lia time tidur pun ingat dekat B tau. Mana ‘aci’ macam ni” aku bingkas bangun meninggalkan Fariss.

Fariss lari mengejar aku yang dah jauh tinggalkan dia. “Sayang, tunggu B, B melawaklah. Sensitive pula princess B ni”

Lamunan aku terhenti apabila aku dapat rasakan seperti ada kehadiran seseorang. Siapa!! Takkan pencuri kot. Biar betul.

“Mak Jah, apa yang Mak Jah buat dekat sini malam-malam ni” aku terkejut dengan kehadiran Mak Jah.

“Mak Jah tak boleh tidur, Mak Jah tahu, mesti adik pun tak boleh tidurkan??”

“Tasha tak faham apa yang Mak Jah cakapkan ni” aku tak memandang langsung ke wajah Mak Jah. Aku takut Mak Jah dapat menangkap apa yang aku sedang sembunyikan dari pengetahuannya.

“Kalau adik boleh tidur, kenapa adik datang sini” Mak Jah masih menyoal aku.

Aku terdiam, aku tahu aku tak mungkin dapat merahsiakan apa-apa pun dari pengetahuan Mak Jah. Mak Jah yang menjaga dan membelai aku dari kecil sehingga dewasa. Dia pasti dapat meneka gelodak perasaan aku sekarang ini.

“Mak Jah” kata-kataku terhenti sebentar. Akucubamencari kekuatan untuk meluahkan apa yang terbuku dihati aku. “Mak Jah, Tasha dah dengar segala-galanya pasal Farhana petang tadi” aku mengatur kata-kata dengan berhati-hati.           

“Maksud adik?? Mak Jah tak faham apa yang adik cakapkan ni??” kali ini Mak Jah pula yangcubaberselindung. Aku memandang wajah Mak Jah.

“Tasha dah dengar segala-galanya. Mak Jah tak payah lah berselindung lagi” air mata aku mula menitis. Mak Jah lantas memeluk akucubamenenangkan hati aku yang gundah gulana ini. Aku teresak-esak dalam pelukan Mak Jah.

“Mak Jah..” dalam tangisan akucubamenghabiskan kata-kata aku. “Tasha berdosa tak Mak Jah??”

“Kenapa adik kata macam tu??” kali ni Mak Jah pula bertanyakan soalan.

“Tasha nampak ibu dan ayah Tasha tadi. Tapi Tasha tak berani nak berhadapan dengan mereka. Tasha takut ibu dan ayah Tasha nak ambil Tasha tinggal dengan mereka. Tasha takut. Tasha berdosa tak Mak Jah” aku memandang wajah Mak Jah yang turut mengalirkan air mata mendengar luahan hati aku. “Tasha berdosakan Mak Jah??” Mak Jah hanya mengelengkan kepala.

“ Mak Jah..” aku meleraikan pelukan dan melihat ke wajah Mak Jah.

“Tasha serba salah. Separuh dari perasaaan hati Tasha, seperti mahu keluar dari rumah ni dan pergi bersama dengan ibu dan ayah kandung Tasha. Tapi separuh lagi, seperti tak sanggup kehilangan apa yang dah Tasha miliki. Kehilangan papa, mama, abang-abang, Mak Jah dan Pak Abu sekali”

“Adik jangan pergi. Mak Jah sendiri pun tak sanggup kehilangan adik apatah lagi yang lain-lain”

“Mak Jah yakin ke kasih sayang mereka semua terhadap Tasha takkan berubah. Sekarang mereka dah ada pengganti Tasha” aku masih menangis. Mak Jah hanya mampu menganguk-angguk kepalanya.

Derapan kaki seseorang menuju ke arah kami membuatkan aku dan Mak Jah terkejut. Papa rupanya, aku tahu papa sentiasa dapat menghidu kalau salah seorang anaknya menghadapi masalah. Itulah papa yang aku kenali, seorang ahli korporat yang masih memegang kuat nilai-nilai kekeluargaan. Bagi papa, family comes first.

“Papa tahu adik dah tahu hal sebenar” ayat pertama yang keluar dari mulut papa membuatkan aku tersentak.

Mak Jah bangun meninggalkan aku dan papa. Aku diam seribu bahasa. Aku tak tahu apa yang harus aku ungkapkan. Papa duduk di sebelah aku, dia memegang erat bahu aku menandakan dia sentiasa ada untuk aku di saat aku perlukannya.

“Tasha bukan anak kandung papa” terluah juga kata-kata itu.

“Adik akan sentiasa jadi anak papa. Sampai akhir hayat papa” kata-kata papa membuatkan air mata aku mengalir lagi laju. Kenapa mesti aku yang berada di situasi macam ni??

“Esok Tasha akan pergi dari rumah ni” entah kenapa, aku menyebut tentang perkara ini walaupun bukan itu yang bermain dalam kepala aku.

“Jangan!! papa tak izinkan. Papa tak boleh hidup tanpa adik”

I have too papa. Kalau Farhana datang tinggal sini, bermakna Tasha terpaksa pergi dari sini dan tinggal bersama dengan keluarga kandung Tasha”

 “Tak boleh, papa tak akan benarkan. Keputusan papa muktamad, adik jangan pergi, lagipun keluarga kandung adik tak minta adik tinggal dengan mereka sebab mereka tak mampu nak besarkan adik. Mereka sendiri yang minta agar adik dapat terus tinggal di sini” papa mengelap lembut air mata aku yang jatuh di pipi.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku binggung dengan keputusan yang bakal aku buat. Ya Allah kau kuatkan la hati aku untuk semua perkara yang terjadi dalam hidup aku.

“Tasha tak tahu. Tasha bingung sekarang ni. Apa yang perlu Tasha buat??” aku pandang wajah papa.

“Adik tak perlu buat apa-apa. Cukup adik jadi anak papa sampai bila-bila” luah papa.

“Hati Tasha tak tenteram. Tasha rasa serba salah. Selama ni Tasha dah ambil hak orang lain”

“Apa adik cakap ni. Siapa pun tak salah. Mungkin ini semua takdir Allah yang hanya untuk menguji hambanya dan mungkin kali ni giliran adik untuk di uji. Allah takkan menguji seorang hamba itu di luar kemampuannya”

“Tapi kenapa Tasha rasa Tasha tak mampu nak hadapi ini semua. Tasha tak mampu dan Tasha tak sanggup nak lalui ujian ini” aku pandang wajah papa.

“Papa tahu anak papa mampu. Papa yakin pada adik. Adik jangan risau, papa akan sentiasa ada di sisi adik walau apa pun yang akan berlaku lepas ni. Adik percaya pada papakan??”

Aku tundukkan kepala tak mampu nak memandang anak mata papa sebab aku rasa aku tak boleh nak hadapi ini semua. Hati aku terlalu rapuh jika membabitkan hal keluarga.

“Pandang papa sayang, adik percaya pada papakan??” tanya papa lagi sambil memegang dagu aku dan di anggatnya wajah aku supaya bertentang mata dengannya.

Aku pandang papa lama. Air mata mengalir perlahan bila aku pandang wajah papa. Akucubamengumpul kekuatan untuk percaya pada kata-kata papa dan akhirnya aku anggukkan kepala perlahan.

“Dah dah. Jangan menangis lagi. Papa sedih lihat adik macam ni”

Aku masih terus pandang wajah papa.Adagenangan air mata yang aku nampak. Aku terus mengalihkan pandangan aku, tak sanggup untuk terus melihat wajah papa.

“Papa jangan sesekali berhenti dari sayang Tasha” ucap aku perlahan tanpa memandang ke arah papa.

“Papa tak mungkin berhenti dari menyayangi adik. Adik tunjang hidup papa, sekali adik pergi dari hidup papa, papa pasti akan tumbang” jawab papa.

Aku terus memeluk papa sambil menangis teresak-esak bila dengar kata-kata papa. Papa mengusap-usap ubun-ubun aku perlahan.